Wednesday, 2 February 2011

Warga emas tuntut janji di Merlimau


MELAKA – Sepasang suami isteri di Kampung Permatang Serai, Merlimau, di sini, terpaksa menjalani kehidupan di rumah usang yang boleh disifatkan seperti pondok buruk.

Sekiranya hujan, Abdul Hamid Mat, 51, dan Sabariah Abdul Rahman, 50, terpaksa tidur dalam keadaan basah di ruang dapur rumah sejak tiga tahun lalu akibat bumbung yang sudah uzur.

Walaupun sudah memohon bantuan atas keprihatinan pergerakan Puteri UMNO kawasan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil, malah pernah menjadi mangsa marah segelintir pihak yang sepatutnya membantu menyelesaikan masalah.

Abdul Hamid berkata, dia tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai nelayan dan kehidupannya ibarat ‘kais pagi makan pagi’ sememangnya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumahnya berikutan memerlukan kos tinggi.

Menurutnya, hanya wang saraan bantuan nelayan RM200 setiap bulan menjadi taruhan untuk meneruskan hidup dan sedikit wang gaji daripada isteri yang bekerja kilang di pekan Merlimau.

Sinar Harian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Azman Md Safiee said...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau Untuk 14 Feb-8 Mac (Tarikh lain adalah kadar Biasa:Rujuk posting sebelum ini):. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59