Thursday, 17 February 2011

Umno sedang rosakkan anak muda



MELAKA: Pemuda PAS digesa meningkatkan usaha bagi menyelamatkan anak muda Malaysia yang sedang dirosakkan oleh Umno-BN, tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani ketika melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Pemuda PAS Melaka.

“Umno sedang merancang untuk rosakkan anak-anak muda kerana anak muda adalah aset penting kepada perjuangan Islam. Mereka rosakkan sahsiah, peribadi dan jatidiri pemuda, sebab itu pemuda Pas jangan jadi pemuda Umno! leka seperti mereka!

“Sejarah di Bosnia asalnya mereka ketagih arak hingga bila diserang Kristian Serbia mereka tak bersedia, begitu juga pemuda di Palestine yang akhirnya Israel menguasainya."


Beliau menjelaskan perjuangan PAS bukan hanya untuk memenangi PRK Dun Merlimau sahaja tetapi juga ingin memenangi di seluruh negara disebabkan negara sedang dilanda masalah besar contohnya hutang negara yang semakin meningkat.

“Seperti Mesir hutangnya besar hingga tak mampu bayar akhirnya terpaksa tunduk kepada kuasa barat dan Yahudi, di mana ketika ditanya Mubarak kenapa tak buka sempadan di Gaza dia kata Israel tak beri lampu hijau.

“Kita pemuda PAS kena berjuang sama ada menang atau pun syahid sebagaimana mereka yang syahid di Memali 80 peratus daripadanya adalah golongan pemuda yang berumur di bawah 40 tahun,” ujarnya.

Di samping itu, beliau mengingatkan pemuda PAS supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi menghadapi PRK Dun Merlimau berikutan cabaran yang akan dihadapi PAS dan Pakatan Rakyat sangat hebat.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamarudin Sidek; Ahli Jawatankuasa PAS Negeri dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri.

Ustaz Azman kemudiannya menyampaikan bendera PAS kepada wakil Pemuda PAS Kawasan sebagai simbolik pelancaran gerakerja dan majlis turut diserikan dengan penyampaian beberapa buah lagu perjuangan oleh Azhan Atan.

HARAKAH 11 - 14 RABIULAWAL 1432 / 14 - 17 FEBRUARI 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59