Wednesday, 16 February 2011

SAJAK : SEHARUSNYA BILA TERBUKA TABIR TAHUN BARU


Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sudah memenuhi dewan berasa sesal
dan pilu; 40 hari
suasana berkabung dihirup
atas usia yang tergelincir semalam
diselubungi sejuta asap
lihat saja sekumpulan kerbau
bergelumang dengan lumpur kelabu
menyembunyikan rupa yang sebenar.

Berlarilah sejauh-jauhnya daripada terpalit
aktiviti
meraikan kedatangan tahun baru
dengan perbuatan tak berkualiti
atau menghidupkan program
membangkai
yang ketara membabi buta melanggar
batas hukum
dan mencalar wajah ketimuran
yang mulus sebagus gadis manis
masih meniti permatang bening
embun bersiul-siul
di jendela dinihari.

Seharusnya bila terbuka tabir tahun baru
kita sama-sama sepakat mengisi petak
sangat bersyukur
atas diberi-Nya peluang sekali lagi
untuk hidup menuju pengabdian sejati.

Mohd Adid Ab Rahman,
Selandar, Melaka

Dipetik daripada Harakah keluaran 1 – 3 RABIULAWAL 1432 / 4 – 6 FEBRUARI 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59