Sunday, 6 February 2011

PAS tandingi kerusi DUN Merlimau


KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat menetapkan kerusi Dun Merlimau akan ditandingi PAS seperti mana yang ditetapkan status quo Pakatan Rakyat. Ketua Pengarahnya, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman berkata perkara tersebut telah disepakati oleh kepimpinan Pakatan Rakyat memandangkan ia diputuskan semasa pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

“Setakat ini berdasarkan status quo kerusi Dun Merlimau akan ditandingi oleh PAS mewakili Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Jawapan tersebut sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ingin melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat agar bertelagah dalam menetapkan calon dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ujarnya, jika terdapat sebarang perubahan ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau diadakan selepas kematian penyandangnya, Dato’ Mohamad Hidhir pada 20 Januari lalu akibat komplikasi jantung.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59