Sunday, 6 February 2011

PAS Jasin bantah BN salah guna politeknik


MELAKA: PAS Kawasan Jasin membantah tindakan BN yang menggunakan Politeknik Merlimau di sini, bagi tujuan berpolitik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau.

Menurut Naib Yang Dipertuanya, Ustaz Kamaruddin Sidik, tindakan Dato’ Seri Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya BN di Dewan Platinum politeknik berkenaan baru-baru ini, merupakan salah guna kemudahan institusi pendidikan.

“Ini merupakan tindakan terdesak Umno- BN yang khuatir dengan saingan sengit yang akan dihadapi mereka pada PRK nanti memandangkan senario semasa yang banyak memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

“Umno juga dilihat berhadapan dengan masalah untuk memilih calon yang sesuai kerana wujud perebutan di antara beberapa kumpulan yang melobi dan bakal mengakibatkan pepecahan di kalangan mereka,” ujarnya.

Selain itu, beliau mahukan Mohd Ali sebagai Pengerusi BN negeri memberi penjelasan mengenai tindakan berkenaan.

“Beliau kena perjelaskan kenapa sebuah politeknik digunakan bagi tujuan berpolitik, sekiranya ia boleh digunakan sebagai tempat berpolitik, maka PAS pun berhak diberi peluang yang sama (untuk menggunakannya).

“Sekiranya ia tidak boleh digunakan (untuk berpolitik), maka jelas majlis yang diadakan itu sudah menyalahgunakan kemudahan disediakan yang sepatutnya bebas daripada politik kepartian,” tegasnya.

Umno-BN dilihat sudah mula menggerakkan jentera pilihan raya walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya belum bermesyuarat lagi dengan melancarkan jentera BN di Politeknik Merlimau dan menyampaikan sumbangan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 1,046 penerima di Dun Merlimau oleh Ali Rustam, baru-baru ini.

HARAKAH • 27 – 30 SAFAR 1432 / 31 JANUARI – 3 FEBRUARI 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59