Tuesday, 1 February 2011

Nasib Islam di Melaka, terdesak rumah jadi surau


TAMAN REMBIA SETIA - Sejak lima tahun lalu, penduduk di sini menunaikan solat fardu secara berjemaah di sebuah rumah ihsan penduduk yang merelakan rumah sewanya itu diguna pakai sebagai surau kepada penduduk taman itu.

Ketiadaan surau di taman terbabit mendesak penduduk taman berkenaan bersuara menuntut hak mereka kerana kemudahan sepatutnya lengkap di sebuah taman perumahan hanya menjadi angan-angan penduduk selama ini untuk menunaikan ibadah.

Sebanyak dua kali permohonan dilakukan pihak atasan taman itu kepada pihak yang berkaitan, namun hanya mengundang kekesa-lan apabila sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk menubuhkan surau di taman terbabit.

Sementara itu, Pengerusi Taman Rembia Setia, Mohd Nurzamani Musa berkata, dia kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menga-baikan kebajikan penduduk dekat sini yang memerlukan kemudahan surau untuk aktiviti keagamaan.

"Saya sangat berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan ketiadaan surau di taman ini. Susah kami di sini hendak lakukan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, tadarus al-Quran dan kelas agama untuk penduduk.

"Kami bernasib baik apabila ada ihsan daripada penduduk yang sudi memberikan kebenaran menggunakan rumahnya untuk dijadikan tempat kami menunaikan solat berjemaah dan sebarang aktiviti, jika tidak sunyi taman ini tanpa aktiviti keagamaan," katanya. Penduduk ditemui, Rahmat Bakar, 46, berkata, penduduk taman berkenaan sangat memerlukan surau untuk menunaikan solat berjemaah.

Rahmat yang juga Pengerusi Surau Sementara Taman Rembia Setia itu turut melahirkan rasa kesal dengan ketiadaan surau terbabit bukan sahaja membataskan kehadiran penduduk untuk menyertai aktiviti keagamaan, sebaliknya bulan Ramadan suram tanpa tempat menunaikan tarawih yang selesa.

"Jika mahu diikutkan, jumlah penduduk taman yang akan hadir menunaikan solat berjemaah seramai 300 orang, namun ketiadaan surau yang selesa di taman ini hanya memuatkan 50 jemaah sahaja yang memaksa mereka keluar untuk ke masjid.

"Surau ihsan ini bukan sahaja mendapat sambutan golongan dewasa taman ini, sebaliknya kanak-kanak turut hadir mengikut ibu bapa mereka menunaikan solat di sini dengan keluasan yang ada tidak memadai untuk seluruh penduduk. Menurutnya, tambah menyedihkan apabila terpaksa memasang khemah untuk menunaikan solat.

Sinar Harian 9 Jan 2010

Pautan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59