Wednesday, 16 February 2011

Muslimat PAS bantu mangsa banjir di Melaka


MELAKA: Dewan Muslimat PAS Pusat turut turun padang menziarahi mangsa banjir di sekitar Merlimau dan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian oleh Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, di sini, baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Muslimat Melaka, Kintan Man melalui kerja-kerja kebajikan seperti ini kita dapat menyantuni pelbagai golongan masyarakat dan mampu menterjemahkan mesej Islam yang kita bawa.

“Kita harap program sebegini menjadi penghubung antara kita dan masyarakat dan seterusnya dapat menarik hati mereka untuk menyokong dasar perjuangan kita.



“Program ini berjaya menemui hampir kesemua mangsa banjir di Chincin dan Sungai Rambai sama ada melalui mangsa sendiri ataupun wakilnya di mana kita berjaya sampaikan kepada hampir 50 keluarga yang mengalami banjir baru-baru ini.

“Malah ada mangsa banjir yang sebelum ini tidak menerima apa-apa bantuan pun daripada mana-mana pihak yang bertanggungjawab kerana pelbagai alasan,” katanya.

Beliau menambah, sumbangan yang diberikan itu amat bermakna kepada mereka kerana banjir yang melanda pada kali ini agak menjejaskan mereka berikutan hujan lebat dan air yang naik secara mendadak tanpa diduga seperti tahun-tahun sebelumnya.

Banjir yang berlaku kali ini di Jasin, Alor Gajah dan Sungai Rambai turut mengakibatkan satu kematian dan menyebabkan kerugian harta-benda kepada mangsa yang terlibat.

HARAKAH 11 - 14 RABIULAWAL 1432 / 14 - 17 FEBRUARI 2011

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59