Wednesday, 16 February 2011

Merlimau, Melaka negeri bersejarah


Merlimau di Jasin di dalam negeri bersejarah, apakah PAS sekali lagi akan meletakkan calon muslimat untuk bertanding di DUN Merlimau? Di Melaka banyak sejarah diukir, dan PAS perlu mengukir lagi sejarah di negeri bersejarah. Calon PAS telah dipilih oleh majlis syura dan dalam senarai pendek calon PAS Melaka telah mengemukakan seorang calon muslimat sebagaimana di Tenang. PAS telah melihat bagaimana muslimat PAS telah memanopoli perarakan calon di Tenang.

Muslimat PAS telah ke depan dan lebih maju dari wanita UMNO yang dikatakan akan terus kempunan kerana ketua wanita UMNO sekarang hanya seorang senator menjawat jawatan menteri second hand. Muslimat PAS, wanita DAP dan srikandi PKR telah bersatu semasa menjalankan kempen bersama bertemu pengundi. Jika ini digembelingkan lagi bermakna kuasa wanita akan lebih bersemangat untuk menang di Merlimau walaupun tewas di Tenang. Tenang tetap menang dalam kalah. UMNO tetap kalah di Tenang sampai sekarang tak tenang tenang.

Apakah muslimat di Merlimau juga dijadikan calon, hanya 24 Februari nanti akan diketahui. Jika diambil kira semangat di Tenang, PAS pasti akan mengukir lagi sejarah di bandaraya bersejarah. Yang pasti muslimat PAS sudah bersiap sedia untuk datang dan bertempur lagi di Merlimau.

Satu daerah berjiran dengan Tenang, Cikgu Normala pasti datang menambahkan tenaga dan sengat di depan serangan kempen. Kali ini muslimat pasti lebih hebat. Pengalaman pertama mematangkan mereka untuk terus berhujah dengan wanita UMNO di Merlimau.

Merlimau bukan lagi kubu kuat UMNO. Walaupun Ali Rustam dan Majidin terus melaungkan amaran. Kalau kubu kuat tak lah sampai Majidin terpaksa buat walkabout, gila ke apa tpm jalan kaki cari pengundi, kalau kuat tak buat macam tu, letak aje tunggul pun pasti menang. Kalau kuat tak perlu paksa JKR kerja sampai malam, SAMB terpaksa cari banyak kepala paip nak sambung air, tak perlu kerah Jabatan Pertanian tanam pisang awak.

Kasihan kepada pegawai kerajaan di Melaka. UMNO terus memaksa semua jabatan dan agensi supaya terus bekerja demi mempertahankan kuasa UMNO di Melaka. Kubu mereka di Tenang telah bocor dan dirobek robek oleh muslimat PAS, ego UMNO makin dikelabukan, tiada apa yang boleh dibanggakan sangat oleh UMNO Tenang.

Kubu kuat UMNO hanyalah kubu maut menanti mereka. Tenang kubu kuat UMNO dan kubu yang mengapungkan air banjir dan boleh menghanyutkan apa saja termasuk Toyota Hilux yang berat bertan-tan. Kubu kuat bermakna selamat untuk penghuninya, kalau kubu kuat kita rasa damai dan tenteram dari segala ancaman tapi di Tenang kubu kuat UMNO menjadi perangkap maut kepada pengundi UMNO.

Hampir 60 ribu terpaksa pindah dari kubu kuat, kuatnya kubu dulu terpaksa dihantar kuda troy untuk menakluknya. tapi UMNO berkubu alamat tak selamat le penduduknya. Di Merlimau kubu UMNO perlu diruntuhkan agar rakyat selamat dunia dan akhirat.

FZT

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59