Wednesday, 16 February 2011

Merlimau - Jangan Jadi Hulu Selangor


Sebentar tadi (10.2.11 jam hampir 6.00 petang) saya terima panggilan talipon dari Sdr Yusof (Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Selandar) memberitahu saya bahawa rumah yang disewa oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Melaka di Permatang Serai, Merlimau telah dikacau oleh seorang lelaki Melayu yang mendabik dada bahawa beliau akan menjadi calon untuk DUN Merlimau mewakili Barisan Nasional.

Rumah yang disewa oleh KEADILAN itu adalah kepunyaan kakak ipar saya. Lelaki Melayu itu adalah juga penduduk Permatang Serai dan saling mengenali kakak ipar saya dan anak-anak buah saya didalam rumah itu.

Lelaki itu telah datang ke rumah kakak ipar saya dan berjumpa dengan anak buah saya dan bertanya secara kasar seperti: "Dengar awak sewakan rumah awak kepada PKR, betul ke?" Anak buah saya menjawab: "Betul."

"Kenapa bodoh sangat sewakan rumah kepada PKR? Dah, batalkan sewa itu, ambil duit dari UMNO, kita bayar sekali ganda dari PKR, dan saya pastikan UMNO akan hantar batu dan lain-lain untuk membaiki laman rumah." katanya, sombong.

Anak buah saya kata: "Tak boleh buat begitu sebab saya dah terima bayaran sewa dari PKR."

Melayu sombong itu bertanya: "Awak orang PKR ke?"

Anak buah saya jawab: "Kat rumah ni, macam-macam parti ada, PKR, PAS dan UMNO. Kami anak-beranak boleh hidup serumah walaupun berbeza parti. Rumah ini kepunyaan emak saya dan terserah kepada dia nak sewakan kepada siapa."

Ketua Wanita PKR Melaka juga menalipon isteri saya, Hendon Jaafar, adik kepada tuan rumah, memita isteri saya menalipon kepada anak buah kami di Merlimau tu.

Isteri saya sudah pun bercakap dengan anak buahnya, dan anak buahnya itu telah memberikan jaminan bahawa dia tidak akan menyewakan rumah tersebut kepada UMNO. Dia faham tujuan UMNO itu supaa orang-orang Pembangkang tidak mendapat kemudahan menyewa rumah.

Isteri saya menceritakan juga pengalaman dia semasa di Hulu Selangor. Setiap rumah untuk disewa oleh PKR didatangi oleh wakil-wakil UMNO dengan menawarkan sewa berkali-kali ganda yang ditawarkan oleh PKR.

Namun setelah PKR tidak mengambil rumah-rumah itu untuk disewa, UMNO juga tidak menyewa rumah-rumah itu. War-war UMNO mahu menyewa rumah-rumah itu hanyalah untuk menghalang rumah-rumah itu dari disewa oleh PKR, akhirnya rumah-rumah itu samapai siap PRK Hulu Selangor itu tidak disewa pun oleh UMNO.

Ini bermakna UMNO hanyalah khianat kepada pemilik-pemilik rumah yang terdiri daripada orang-orang Melayu daripada mendapat rezeki semasa PRK itu.

Anak buah isteri saya itu faham, bahkan melahirkan perasaan menyampah dengan sikap sombong wakil dari UMNO itu.

Sumber : Selatan Online

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Sejak bile pulak ade PKR Cabang Selandar?

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59