Tuesday, 20 July 2010

Ali Rustam dan Roda Berpusing


Ikuti sambungan intipati ceramah YB Bachang, Lim Jak Wong di Bukit Pulau pada hari Sabtu 3 Julai 2010 10 malam.
* Untuk makluman, fakta bernombor yang dipaparkan adalah berdasarkan ceramah beliau pada malam tersebut yang mungkin ada kesilapan oleh penulis artikel, disebabkan audio yang kurang jelas.


5. Ali Rustam sangat suka dengan roda berpusing, sebab itu di Melaka ada 4 roda berpusing telah dibina. Yang pertama adalah Eye On Melaka di Pirate Park, yang lokasinya terletak di Jalan Tun Ali, dulunya adalah Stesen Bas Ekspres. Ia dibina dengan kos RM 3.3 juta, yang mana duit itu dapat membina sekurang – kurangnya 8 buah buah rumah kos rendah sekiranya kos sebuah rumah lebih kurang RM 40 ribu ringgit.

6. Tetapi yang peliknya kerajaan negeri Melaka ini, bila dah keluar duit, tak tahu macam mana nak uruskannya. Apa tidaknya, 70 % keuntungan diberi kepada syarikat yang dilantik untuk menguruskannya, 30 % kpd kerajaan negeri. Bijakkah tindakan ini, yang mana analogi mudahnya adalah jika kita meminjam daripada bank sebanyak RM 3.3 juta, bank akan mengenakan faedah pinjaman sebanyak 4 % setahun, bersamaan RM 132,00.00. Pada tahun 2008, setelah ditolak kos penyelenggaran dan lain – lain, hasil keuntungan Eye On Melaka adalah sebanyak Rm343,089. Jadi kerajaan mengambil 30 % daripadanya, iaitu sebanyak RM102,926.00, tidak cukup untuk membayar faedah bank. Rugi RM29,000.00.

7. Pada tahun 2009, Eye On Melaka mengalami kerugian sebanyak RM69,830.00. Jadi kerajaan negeri rugi sebanyak RM29,940.00, apabila dicampur dengan faedah, rugi sebanyak RM152,550.00. Ali Rustam ini pandai kira atau tak?

8. Diceritakan satu kisah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, Ali Rustam menggalakkan rakyat Melaka menanam pokok kelapa pandan. Menurut beliau, setiap pokok yang ditanam akan mendatangkan hasil sebanyak 10 ringgit, dan tak payah baja. Hanya pergi buang air kecil ( untuk membajakan pokok tersebut ) sudah cukup! Dalam dewan semuanya ketawa. Ingatkan beliau ingin menarik semula kenyataan itu tetapi tidak, malah disambung pula, kalau wanita hendak buang air kecil, buatlah pada malam hari ( supaya orang tidak nampak disebabkan gelap ).

Inikah mentaliti seorang Ketua Menteri ?

9. Roda berpusing yang ketiga terletak berhampiran dengan Rumah Merah di Bandar Hilir iaitu kincir air. Engineer dihantar ke Syria utk belajar membina kincir air tersebut di tepi sungai Melaka. Tetapi bila balik ke Melaka untuk membinanya ( dengan kos RM 2 juta) , ianya tidak bergerak. Apabila ditanya di dalam Dewan Undangan Negeri, dijawabnya kincir itu bergerak selama 2 jam dan rehat 1 jam berselang-seli, bila diperiksa, memang betul ianya bergerak selama 2 jam dan rehat 1 jam tetapi tidak sampai 1 hari, langsung tidak bergerak lagi. Suatu pembaziran yang nyata apabila menghantar jurutera ke Syria semata-mata untuk belajar membina kincir air yang tidak bergerak.

10. RM 25 juta dibelanjakan utk membina Menara Taming Sari, yang mana projek tersebut dikatakan mendatangkan keuntungan. Untuk makluman, kos RM 25 juta adalah bersamaan dengan kos pembinaan rumah kos rendah sebanyak 625 buah.

11. Eye on Malaysia – belanja RM 43 juta ( boleh membina sebanyak 1075 buah rumah kos rendah ) untuk dibawa dan dibina di Bandar Hilir, Melaka, yang lokasi Eye on Malaysia tersebut sebelum ini adalah di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Eye On Malaysia hanya berfungsi selama 18 bulan – mengalami kerugian sebanyak RM 46 juta. Apabila Ali Rustam bercadang untuk membawanya ke Melaka, ianya telah dibantah sekeras – kerasnya di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun Ali Rustam tetap berdegil lalu membawanya ke Melaka. Berfungsi selama 14 bulan, sekarang tidak bergerak disebabkan hutang tak mampu bayar. Yang hairannya Ali Rustam baru – baru ini bercadang untuk menggantikan roda tersebut dengan yang lebih besar. Astaga!

12. Satu projek monorel telah dibina di tepi sungai Melaka yang menelan kos RM 16 juta. Dijangka akan berfungsi pada bulan Mei tetapi ditangguhkan sehingga bulan Ogos disebabkan beberapa masalah. Kosnya bertambah menjadi RM 18 – RM 20 juta. Jarak monorel tersebut hanyalah 1.5 km, jadi bayangkanlah kosnya bagi setiap seratus meter, berapa juta wang yang terlibat?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59