Monday, 19 July 2010

Ceramah di Bukit Pulau, Bukit Baru


Ikuti intipati ceramah oleh YB Bachang, Lim Jak Wong di Bukit Pulau pada hari Sabtu 3 Julai 2010. Ini merupakan ceramah kedua di Dun Bukit Baru yang diganggu oleh Umno setelah ceramah pertama di Markas Bukit Baru berhadapan dengan pangsapuri Sri Siantan.

1. Sindiran dibuat terhadap “air percuma” yang diberi oleh Negeri Melaka yang dipimpin oleh Ali Rustam, seolah – olah meniru Kerajaan Negeri Selangor. Bezanya ia tidak merangkumi seluruh negeri seperti di Selangor, tetapi difokuskan di tempat - tempat tertentu terutamanya di Bandar Melaka. “Air percuma” ini diberikan melalui saluran yang juga percuma lagi semula jadi, iaitu apabila hujan yang mencurah-curah dengan lebatnya. Bekalan “air percuma” yang dimaksudkan adalah banjir, yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Malah difahamkan perkara ini pernah dibahas dan dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka sejak 10 tahun lalu. Apa yang berlaku adalah masalah ini berlanjutan, malah boleh dikatakan semakin menjadi - menjadi apabila projek pelancongan Sungai Melaka ( Melaka River Cruise ) dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

2. Jadi berapa lama lagi kita perlu menunggu dan berdoa agar jangan ditimpa masalah banjir kilat di Melaka ini? Sampai bila kita perlu mengangkat tangan berdoa supaya dielakkan hujan lebat menimpa kawasan rumah kita? Sampai bila kita harus berasa risau apabila melihat langit mendung dan gelap, takut - takut banjir kilat melanda lagi? Nak tunggu 10 tahun lagi baru selesai masalah? Apa nasib anak cucu kita yang hidup dalam kebimbangan, walaupun setelah Melaka diisytiharkan negeri Maju pada Oktober 2010 ini? Dikatakan lebih kurang 10 juta ringgit telah dibelanjakan, tetapi apa kesannya?


Tentu kecewa benar Datuk Ali Rustam terhadap sambutan “hangat” yang “luar biasa” terhadap program ceramah beliau. Berapa kerat yang datang? Dengar – dengar salah satu corong pembesar suara yang dihalakan ke kawasan ceramah PAS terbakar malam tu…..


Pengunjung yang hadir ke ceramah PAS jauh lebih ramai.

3. Projek tambak laut telah mengkayakan kroni-kroni Umno, yang mana pantai dari Kota Laksamana ditambak hingga ke Klebang dan sekarang sampai ke Tanjung Kling. Yang hidup senang dan mewah adalah suku sakat Umno, tetapi rakyat hidup dalam kesusahan. Ali Rustam akan mengisytiharkan Melaka Negeri Maju pada bulan Oktober 2010, dan sempena dengan pengisytiharan ini, wajarlah Ali Rustam juga diberikan anugerah Bapa Banjir Kilat Negeri Melaka.

4. Setiap kali banjir kilat berlaku, kerajaan akan mengumumkan peruntukan untuk mengatasi masalah ini. Pada tahun lalu, dalam Dewan Undangan Negeri, sebanyak RM 128 juta, tetapi adakah ianya berjaya menyelesaikan masalah ini? Tiada. Pada tahun ini pula diumumkan peruntukan sebanyak RM 80 juta lagi, berjuta - juta duit rakyat 'membanjiri' projek banjir tetapi apa hasilnya ?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59