Thursday, 27 May 2010



FAKTA ISU JUDI BOLA


Keengganan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengulas keputusan kerajaan BN meluluskan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia dikecam pelbagai pihak.
“ We are not going to talk about that ( Kita tidak akan membincangkannya ),” kata Najib kepada wartawan selepas upacara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia, 20 Mei lalu.


Lesen judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Dato’ Seri Mohd Najib, kononnya sebagai usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ianya akan memperbanyakkan lagi, pembuat pertaruhan haram dan ‘jerung’ ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dicabar supaya menyatakan pendiriannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn. Bhd.


“ Wahai orang – orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang panah, adalah ( semuanya ) kotor ( keji ) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. ( Al-Quran al-Maidah 5:90 ).

“ Tindakan meluluskan judi bola bercanggah dengan hukum syarak. Dalam al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina.” – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hasyim Yahaya.

Menurut Utusan Malaysia, 13 Mei 2010 halaman 21, Berjaya Group memiliki syarikat pertaruhan sukan berlesen pertama di Malaysia apabila menguasai 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd dengan harga tunai RM 525 juta. Ascot Sports pula adalah milik korporat judi terkaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang sekarang memiliki modal saham berbayar RM 80 juta.

New Straits Times 14 Mei 2010 halaman 13 menyatakan sebanyak 220 daripada 680 pusat jualan Sports Toto akan dijadikan pusat betting bola sepak yang dijadualkan bermula 11 Jun nanti. Kerajaan Pusat bakal mendapat pulangan dalam bentuk cukai dan bayaran lesen. Turut bersubahat sama dengan kerajaan Barisan Nasional memajukan perjudian tajaan Ascot Sport ialah AmInvestment Bank sebagai penasihat utama dan OSK Investment Bank sebagai penasihat bebas.

* Artikel dipetik secara bebas daripada Harakah keluaran 10 – 13 Jamadilakhir 1432 / 24 – 27 Mei 2010.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59