Tuesday, 6 April 2010

Kos Pondok Bas Dipertikai


http://generasiparameswara.blogspot.com/2010/04/pondok-bas-rm44525.html

MELAKA: Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong meminta siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), Bukit Katil, di sini, kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang murah serta berkualiti rendah.

Khoo berkata, jumlah kos yang tidak munasabah itu diterimanya melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka yang telah bersidang baru-baru ini."

Kita mengesyaki adanya unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok bas itu yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Harga tersebut terlalu mahal, tak masuk akal, ukurannya terlalu kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki dan kalau ikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 saja," kata beliau.

Sepatutnya tambah beliau, MBMB mengeluarkan tender secara terbuka kepada kontraktor agar berlakunya ketelusan dan dapat menghindarkan penyelewengan serta ketirisan yang menyebabkan kosnya meningkat berkali ganda."

Material ataupun bahan binaan yang digunakannya juga jenis murah dan teruk yang sudah tentu harganya lebih rendah lagi."

Ini adalah di antara pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam negeri Melaka yang diperintah oleh Barisan Nasional dan kita harap pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini supaya amalan buruk seperti ini boleh dibendung," ujarnya.

Selain itu, pelbagai lagi projek yang tiada mempunyai keperluan atau kepentingan telah dilaksanakan di Melaka seperti membaikpulih balairaya yang tidak rosak dan membina pondok bas sedangkan tiada bas melaluinya bertujuan untuk mengenyangkan kroni pihak tertentu.

Bagaimana harganya boleh melebihi harga sebuah rumah kos rendah tiga bilik yang boleh dihuni 5 hingga 7 sekeluarga. Ini satu lagi perkara pelik bin ajaib yang berlaku di Melaka seperti dalam filem DoReMi.

SPRM dan PDRM sila siasat kes ini kerana ianya mempunyai kebarangkalian penyelewengan atau ketirisan yang melibatkan wang rakyat Melaka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59