Sunday, 4 April 2010

H1N1 ragut 2 beranak di Melaka


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menasihatkan orang ramai khususnya penduduk negeri Melaka agar terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini. Ini berikutan kes terbaru yang dilaporkan menerusi media masa mengenai mangsa terbaru yang meninggal dunia setelah disahkan positif H1N1 di Hospital Melaka.

Kejadian kluster Influenza-Like Illness (ILI) juga telah dilaporkan di Melaka oleh TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 31 Mac 2010 menerusi laman web
http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php ;
satu kejadian di Ladang Sime Darby Merlimau Estate Melaka (melibatkan 16 pekerja), satu di Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah Melaka (31 pelajar), dan satu di IKM Jasin Melaka (7 pelajar).


============

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/58581-h1n1-ragut-2-beranak-di-melaka

KUALA KUBU BHARU, 3 April — Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah
dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara
ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing masing pada Rabu dan semalam di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara
ini pada keseluruhannya semakin baik.
“Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum,” katanya di sini.

Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita
berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke
hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).
Wanita itu telah diberikan rawatan Tamiflu bagaimanapun masalah kencing manis yang
tidak terkawal menyebabkan komplikasi “severe metabolic acidosis” akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman lain dan kencing manis, katanya.

Liow berkata anak wanita itu pula yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung 36
minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.
“Pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1. Rawatan Tamiflu dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari yang sama.

“Selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat ‘‘Adult Respiratory Distress Syndrome’’,” katanya.

Beliau berkata ujian terhadap bayi wanita itu bagaimanapun negatif untuk H1N1 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas mengenai jangkitan itu pada keseluruhannya, Liow berkata sehingga pukul 6 petang semalam seramai 26 orang telah disahkan positif H1N1, dan sebanyak 375 kes ILI sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Liow berkata orang ramai yang berisiko seperti wanita hamil, penghidap penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di 104 fasiliti kesihatan.
Orang ramai boleh layari laman web www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

Bernama


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59