Thursday, 1 April 2010

Betty Chew persoal banjir kilat di Melaka


Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Isu banjir kilat di bandar Melaka masih lagi belum dapat diselesaikan dan kembali menghangatkan suasana Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedua belas, Seri Negeri, di sini, baru-baru ini.

Adun Kota Laksamana ( DAP ), Betty Chew Gek Cheng dalam soalan lisannya mempersoalkan sistem penghadang air ( Baraj ) di muara sungai Melaka yang menyebabkan bandar Melaka seringkali dilanda banjir kilat dan apakah ukuran yang digunakan untuk menakung atau melepaskan air sungai.

Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Dato’ Latif Thamby Chik menyatakan baraj bertujuan mengekalkan ukuran ketinggian air bagi operasi bot pelancong dan air akan dilepaskan jika hujan lebat serta air laut surut.

Dalam soalan tambahannya, Betty menyatakan tahap air sungai Melaka yang dikekalkan kepada 1 meter dan 1.2 meter di Taman Rempah adalah sesuai untuk bot pelancong tetapi mengakibatkan kesusahan kepada penduduk di bandar kerana banji kilat pada setiap masa.

Menurut Latiff, kerajaa sedang melakukan projek menyelesaikan banjir kilat dan tambahan pula industri pelancongan di sungai Melaka mendatangkan hasil yang lumayan kepada kerjaan negeri.

Betty seterusnya meminta penjelasan berhubung keuntungan hasil daripada industri pelancongan di sungai Melaka tetapi rakyat menderita dan meminta exco mengkaji sistem perparitan kerana sama ada musim hujan atau kemarau banjir kilat tetap berlaku.

Sebaliknya Latiff hanya menyatakan bahawa kerajaan telah mewujudkan bilik gerakan untuk atasi banjir kilat dan beliau mengatakan tiada masalah lagi.

Adun Bandar Hilir ( DAP ), Tey Kok Kiew pula mencadangkan supaya keuntungan daripada industri pelancongan di Sungai Melaka digunakan untuk membantu penduduk yang terjejas seperti menaikkan ketinggian aras rumah mereka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59