Thursday, 23 December 2010

Hati - hati penduduk Melaka, barang sudah luput tarikh dijual


MELAKA - Terdapat sebahagian pasar raya besar di negeri ini dikesan menjual barangan dengan menawarkan potongan harga, tetapi sebenarnya sudah tamat tarikh luput.

Ia mungkin tidak disedari pengguna kerana beranggapan barangan dijual di pasar raya terjamin kualiti.

Bagaimanapun, Yayasan Insan Melaka (YIM) mengesan sebuah pasar raya mega di negeri ini menjual barangan yang sudah luput tarikh yang tidak sedari pembeli.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, perbuatan itu dikesan setiap kali jualan musim perayaan dengan menawarkan potongan harga bagi menarik pembeli.

Beliau mengakui, pihaknya mendapat banyak aduan daripada pengguna kerana tertipu membeli barangan murah, tetapi rupa-rupanya sudah luput tarikh.

“YIM memandang keadaan ini sebagai satu penganiayaan kepada pengguna. Sepatutnya pengusaha pasar raya lebih peka dan tidak mengambil ringan kerana ia melibatkan kesihatan pengguna,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, dekat sini semalam.

Beliau berkata, selain menjual barangan sudah tamat tarikh luput, terdapat juga aduan mengenai barangan dijual tidak menepati kualiti seperti makanan dalam tin sudah kemik serta bungkusan makanan tidak menepati spesifikasi.

Menurutnya, amat memeranjatkan kerana aduan berkenaan datangnya daripada pelanggan pasar raya besar di negeri ini.

“Ini dilihat sebagai sesuatu serius kerana tidak sepatutnya sebuah pasar raya besar sanggup menipu pengguna semata-mata mahu meraih keuntungan.

“Orang ramai sudah pasti mempercayai pasar raya itu menjual barangan berkualiti berbanding kedai runcit biasa,” katanya.

Sinar Harian

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59