Tuesday, 16 November 2010

Usul DAP bantah roboh surau ditolak semasa Persidangan DUN Melaka


MELAKA: Usul yang dibawa oleh Adun DAP agar Kerajaan Negeri Melaka membatalkan hasrat ingin merobohkan surau dan Pasti Jaya Insan di Bukit Katil ditolak dengan suara terbanyak oleh Adun Umno-BN dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keduabelas, di sini.

Usul yang dibawa oleh Adun Bachang, Lim Jak Wong itu antara lain berbunyi bahawa tindakan kerajaan negeri mempergunakan Akta Tanah Negara 1960 bukan sahaja merampas tanah 21 pemiliknya tetapi juga menafikan hak kanak-kanak Pasti dan penduduk setempat yang ingin mendalami ilmu agama.

Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew yang bangun menyokong usul itu mempertikaikan mengapa jalan tersebut dibengkokkan dan bangunan surau serta Pasti hendak dirobohkan sedangkan ada pilihan yang lebih baik dan mengapa tindakan kejam ini ingin diambil.

“Kami akan pertahankan dan tak benarkan ianya dirobohkan demi bagi menjayakan cita-cita jahat politik Umno-BN yang tidak berani berlawan secara telus di pentas demokrasi."

“Saya nak nasihatkan kalau roboh surau tersebut maka BN akan jatuh dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti dengan ditolak oleh rakyat, kalau sebelum ini dewa Hindu dirobohkan, kuil Buddha dirobohkan dan hari ini surau nak dirobohkan,”
ujarnya.

Beberapa wakil daripada PAS negeri Melaka dan PAS Kawasan Bukit Katil turut hadir sebagai pemerhati semasa sesi perbahasan sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat ( DAP ) yang membawa usul tersebut.

• Artikel asal dipetik daripada HARAKAH edisi 5 - 7 ZULHIJAH 1431 / 12 - 14 NOVEMBER 2010

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59