Wednesday, 10 November 2010

OECD HANYA BERI SURAT UCAPAN TAHNIAH MELAKA MAJU


MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam akhirnya mengakui Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) cuma hanya memberikan surat ucapan tahniah kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 bukannya pengiktirafan.

Beliau berkata demikian di dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keduabelas setelah didesak
oleh wakil DAP yang meminta penjelasan Ketua Menteri Melaka mengenai pendedahan wakil OECD Jon Hall yang menafikan mengiktiraf Melaka Maju 2010.

Sebelum itu, ketika menjawab soalan lisan ketiga yang dikemukakan Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng pada hari pertama persidangan, Ali Rustam mempertahankan pengisytiharan Melaka
Maju 2010 kerana diiktiraf OECD dan Perdana Menteri di samping melabelkan pihak yang mempertikaikannya sebagai irihati serta khianat.

“Sukalah saya tegaskan di sini bahawa kita tidak syok sendiri dalam mengumandangkan kejayaan kita itu, kejayaan dan tahap kemajuan
kita telah diukur dengan menggunakan khidmat nasihat serta kepakaran OECD dan badan tersebut telah mengiktiraf kemajuan kita.
“Kita telah berjaya mengatasi negara-negara OECD sebanyak 29 daripada 32 indikator dan ini bermakna kita berjaya mengatasi negara-negara
maju, kaya, besar dan kuat seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Jepun dan Kanada,” kata Ali Rustam.

Betty dalam soalan tambahannya mempersoalkan mengapa diisytiharkan Melaka negeri maju sedangkan belum mencapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi dan Bandar Teknologi Hijau serta adakah pengisytiharannya berperingkat-peringkat kerana ianya tiada bermakna kepada rakyat yang kebanyakannya berpendapatan rendah.


Ali Rustam menjawab bahawa OECD tidak menggunakan ekonomi berpendapatan tinggi
serta teknologi hijau sebagai indikatornya sebab ianya perkara baru tetapi Melaka telah melepasi perkapita OECD dan sekarang Melaka sudah layak, malah beliau juga terperanjat dengan kehebatan Melaka.

“OECD cuma beri surat tahniah kepada Melaka Maju 2010 dan yang isytihar ialah Perdana Menteri, ikut suka kitalah nak maju macam mana. Kalau kita rasa negeri kita dah maju maka jadi majulah, Yang Berhormat tak setuju apa nak hairan,” kata Ali Rustam ketika menjawab penjelasan yang diminta oleh Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong.


Sumber : Harakah edisi 1 - 4 ZULHIJAH 1431 • 8 - 11 NOVEMBER 2010 •

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59