Monday, 15 November 2010

Bukti Melaka Negeri Maju


Melaka telah diisytiharkan negeri maju tetapi penduduk di Parlimen Bukit Katil hidup penuh kesusahan akibat banjir. Inilah yang berlaku di sebuah rumah di dalam DUN Bachang, di mana masalah air longkang tidak dapat mengalir dengan baik sehingga melimpah ke kawasan rumah menyebabkan seorang penduduk di sini dirundung kekecewaan.

Bakar Putih, 51, berkata, dia berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat membina longkang baru di kawasan rumahnya supaya air hujan yang bertakung dapat mengalir dengan baik. Menurutnya, masalah itu sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lama dan dia tidak pasti sampai bila boleh bertahan lagi.

“Setiap kali hujan air akan melimpah masuk ke dalam rumah saya kerana saluran longkang di sini tidak sistematik.
“Masalah ini bukan sahaja menyebabkan saya rugi, tetapi memenatkan saya kerana terpaksa mencuci rumah setiap kali ia berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Bakar berkata, buat sementara waktu, dia mengambil inisiatif membina tembok sendiri supaya air yang melimpah tidak dapat masuk ke dalam rumah.

“Sekiranya air bertakung rendah, bolehlah tembok ini menghalang air masuk.

“Tetapi, jika hujan sampai dua jam, saya terpaksa bersedia kerana air berkenaan tetap masuk dan memenuhi rumah,’katanya.

Malah, katanya, dia terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk memastikan air kering untuk menimba air keluar.

“Sekarang saya tidak dapat tidur lena kerana hujan sering turun. Saya percaya sekiranya longkang dibina pasti ia dapat mengatasi masalah ini.

“Biarpun tidak sebaik mana, namun diharapkan dapat mengurangkan bebanan penduduk. Setidak-tidaknya dapatlah saya hidup dengan lebih selesa,’katanya.

Inilah dia antara kesengsaraan rakyat negeri Melaka yang tidak mendapat pembelaan pihak berkuasa kerajaan negeri Melaka, yang megah dengan pengisytiharaan negeri maju, tetapi rakyat diabaikan.

Laporan asal oleh akhbar Sinar Harian edisi digital, Rabu 10 Nov 2010. http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8388132.asp

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59