Friday, 29 October 2010

Video: UMNO Anggap Dia Tuhan


video


(Sila guna earphone untuk audio yang jelas)


Ini adalah video bagaimana UMNO mengaku bahawa dialah yang memberi segala-galanya dalam Malaysia. Jalan raya, bangunan, hospital dan sebagainya serta mengatakan manusia ini adalah menumpang jalan. Manusia seperti orang UMNO ini sudah lupa Tuhan dan menghina hukum hudud.

Dalam ceramah ini juga, pihak UMNO menggangu ceramah yang telah dianjurkan oleh pihak PAS. Berceramah yang merapu bahawa UMNO akan mempertahankan keris Hang Tuah. Dia lupa sejarah bahawa negeri yang mula-mula ada sultan adalah dari Melaka namun Melaka juga negeri yang tiada sultan sehingga ke hari ini.

Ini akibat sifat Melayu UMNO yang tamak serta menghina hukum Tuhan. Mereka lupa diri dan tidak tahu bersyukur. Akibatnya ceramah mereka dipulaukan oleh ahli mereka sendiri. Cuba lihat video di atas dan kira berapa jumlahyang datang ke ceramah UMNO yang merapu itu?

Pada masa yang sama ada juga kedengaran ceramah dari pihak PAS yang turut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek namun diganggu oleh 'ustaz' dari UMNO yang bernama Tajuddin Osman.

Beginilah sikap umno yang suka buat kacau jika Pakatan Rakyat cuba untuk berceramah. Mereka sering dilihat seperti cacing kebingungan dan sering kali menjadi lembu liar ketika ceramah Pakatan Rakyat diadakan. 


Sunday, 24 October 2010

UMNO Terdesak Sangat



Pelajar-Pelajar Sekolah yang dikerah pihak tidak bertanggungjawab ke kancah politik
UMNO Semakin terdesak apabila menggunakan pelajar sekolah dalam Pilihan Raya Kecil di DUN Galas. Tindakan ini menunjukkan UMNO sahaja boleh guna pelajar dalam berkempen tetapi apabila Pakatan Rakyat melibatkan pelajar, maka keluarlah istilah AUKU dan sebagainya.
Sementara itu adalah diharapkan Barisan Nasional lebih berhati-hati di dalam menggunakan pelajar-pelajar sekolah untuk aktivitinya. Sewaktu di dalam perjalanan ke Bukit Cekati tengahari tadi, penulis telah terlihat sekumpulan pelajar-pelajar sekolah bermotosikal menukar pakaian sekolah di tepi jalan. Mereka kemudiannya memakai pakaian bertulis “Ambo Nok Parti Ku Li” dan menunggang motorsikal beramai-ramai ke Bilik Gerakan Barisan Nasional.
Tindakan menggunakan pelajar-pelajar sekolah yang dicurigai kesemuanya memiliki lesen memandu motorsikal yang sah mungkin di dalangi oleh Pemuda UMNO. Ini merupakan sesuatu yang tidak cermat untuk melibatkan pelajar sekolah dengan parti politik apatah lagi ketika Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan merupakan tetamu terhormat di majlis tersebut.
Sumber: Blogger RM4juta


Friday, 22 October 2010

Demonstrasi Polis vs Demonstrasi Pakatan Rakyat


Hari ini PAS Bukit Katil mengadakan demonstrasi membantah pengambilan tanah oleh kerajaan negeri untuk membina jalan. Pada masa yang sama, wanita turut membantah menyatakan sokongan terhadap penghinaan Rosmah terhadap agama dengan rekaan busana fesyen yang mengaibkan.

sila klik link suaramelaka

Bukan Pakatan Rakyat sahaja yang berdemonstrasi malahan pihak polis turut berdemonstrasi setelah Pakatan Rakyat mengadakannya. Beza 10 minit selepas Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi.

sila klik link kijang59


Monday, 18 October 2010

Konvoi Pemuda PAS Bukit Katil


Seramai 30 orang telah menyertai rombongan konvoi jelajah Parlimen Bukit Katil yang melibatkan 20 buah motosikal dan 4 buah kereta untuk menyampaikan mesej kepada rakyat mengenai isu yang berlaku dalam negara khasnya di dalam negeri Melaka.

Konvoi tersebut bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 1 petang di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil. Setelah selesai, peserta konvoi menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid berdepan dengan Markaz PAS Bukit Katil. Konvoi tersebut memberi isyarat kepada keangkuhan kerajaan BN Melaka yang cuba merobohkan PASTI dan Surau di kawasan tersebut.

Jumaat lepas juga telah diadakan demonstrasi membantah kezaliman kerajaan UMNO/BN yang cuba merobohkan PASTI dan surau tersebut. Demonstrasi diadakan di hadapan Masjid berhadapan dengan Markaz PAS.
















Sunday, 17 October 2010

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti














BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Sumber berita : Harakah Daily http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29049:500-sertai-demo-bantah-roboh-surau-pasti&catid=1:utama&Itemid=50

Sumber gambar : AMK Melaka


Thursday, 7 October 2010

Sembang Santai


Assalamua’laikum w.b.t.

Hari ini seawal jam 8 pagi saya sudah berada di tempat kerja. Saya memulakan tugasan hari ini dengan melakukan lawatan tapak dan melihat perkembangan kerja-kerja di tapak. Sesudah itu, saya bertegur sapa dengan pekerja-pekerja di tapak. Bertanyakan keadaan mereka dan perihal kerja mereka. Selepas semuanya dipastikan dalam keadaan baik saya masuk ke pejabat dan menyudahkan kerja-kerja di pejabat pula. Pagi yang cerah dan ceria

Sekitar jam 10 pagi, awan hitam kelihatan mula berkumpul di dada langit menandakan hari akan hujan. Saya duduk di bawah bangunan dalam kawasan tapak bina. Lebih kurang setengah jam kemudian hujan turun. Hujan ini membawa seribu macam kenangan dan bersamanya ada rahmat dan kasih sayang Allah untuk setiap makhluk ciptaannya. Sedang saya duduk-duduk, datang seorang pekerja indonesia berketurunan jawa. Lelaki yang digelar sebagai Bang Tono ini menyapa saya dan kemudian kami berbual-bual . Bang Tono ini pada saya seorang yang hebat, bukan sahaja ilmunya dalam bidang pembinaan malah pengalaman dalam kehidupan juga cukup banyak.

Bang Tono memberitahu saya dia punya falsafah hidup tersendiri. Kata-katanya membuat saya tertarik untuk mendengar lebih lanjut akan kata-katanya. “kebahagiaan itu bukan terletak pada matlamat, tetapi pada jalan menuju matlamat”, begitu kata Bang Tono. Setiap orang bercita-cita untuk menjadi kaya, tetapi setelah berusaha puluhan tahun dia tetap belum mencapai cita-citanya. Saya bertanya kepadanya, mengapa begitu?. Manakan tidak, manusia tidak akan pernah puas. Walau diberikan segunung emas, namun dia tetap akan meminta untuk ditambahkan segunung emas lagi, begitulah seterusnya.

Justeru, sampai bila kita akan menjadi kaya? Sambung bang tono lagi, orang yang kaya itu adalah orang yang sentiasa bersyukur. Jika hari ini rezkinya segunung emas, dia lalu menadah tangan mensyukuri nikmat Allah, namun walau esok rezkinya hanya secupak beras, dia tetap menadah tangan mensyukuri nikmat tersebut. Saya mengangguk mengiyakan kata-kata Bang Tono. Sambungnya lagi, apa yang penting adalah kita menikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya. Kaya itu matlamat dan kehidupan kita sehari-hari adalah jalan menuju matlamat. Mendengarkan kata-kata Bang Tono menjadikan saya teringat kepada firman Allah yang bermaksud “ jika kamu bersyukur nescaya akan aku tambahkan nikmat ku kepada mu, dan jika kamu kufur sesungguhnya azabku amatlah pedih”, begitulah janji Allah. Syukur Allah menjadikan kita kaya dan sentiasa berkecukupan.

Bicara Bang Tono lagi, hidup ini mesti dinikmati sepuasnya. Dengan itu barulah kita merasakan nikmatnya hidup. Matlamat hidup ini jauh di hadapan, susah payah kita dalam menuju kemenangan itu lah yang menukar pahit maung perjuangan ini kepada kemanisan dan kepuasan kelak. Berusrah, bertamrin, berprogram, memberi masa, jiwa, harta dan tenaga, semuanya menjadi rencah penyedap acuan jalan penuh ranjau ini. Di akhir perbualan kami, Bang Tono menasihati saya, katanya “kamu masih muda, masih banyak yang akan kamu pelajari. Belajarlah untuk bersabar dan bersyukur, kerna kehidupan ini tak semudah yang diimpikan. Hanya sabar dan syukur akan menjadi ubat yang mujarab bagi menyembuh luka sepanjang jalan penuh ranjau berduri ini.” Perbualan kami berakhir di sini, kami berpisah sementara untuk meneruskan kerja masing-masing. Terima kasih Bang Tono untuk ilmu yang sangat berguna ini. Ya Allah, jadikan hambamu ini dari kalangan orang-orang yang sabar dan bersyukur. Amin.

{ .: abu uwais :. }


Sunday, 3 October 2010

Gambar Hari Kedua Ijtima Tarbawi


 7000 orang hadir bersama forum Mursyidul Am
 Sambutan dari orang kampung
 Memenuhi setiap ruang termasuk bawah khemah peniaga


 Kuliah Subuh oleh Ketua Pemuda Pusat


Saturday, 2 October 2010

Gambar Sekitar Ijtima' Tarbawi


 Masjid Nur Zahirah
 Di Tapak Program
 Kibaran Di Jejantas





 Kehadiran 5000 orang pemuda seluruh negara
 Ketika Kupasan Tuan Presiden
 Sekitar Kawasan Tapak Program





Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59