Tuesday, 27 July 2010

Veteran Umno Melaka kesal dipinggirkan


Petikan artikel daripada Harakah keluaran 26 – 28 Rejab 1431 / 9 – 11 Julai 2010

Melaka : Kesal dan marah itulah hati beberapa orang veteran Umno Melaka yang merasakan segala jasa serta pengorbanan mereka bagi mencapai kemerdekaan tidak dihargai malah mereka terus tersisih daripada arus pembangunan negara.

Mereka seramai 17 orang diketuai almarhum Yat Limat telah ditugaskan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tuh Ghaffar Baba mengumpulkan dana sebanyak RM3,000.00 sebagai tambang ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia dan hanya tinggal 5 orang yang telah uzur mendakwa tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau pembelaan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan untuk dikenang dan diingati generasi baru.
Menurut Husin Bawal, 72, bekerja sendiri, bahawa segala jerih-perih mereka tidak pernah dihargai oleh pihak kerajaan sebaliknya Shah Rukh Khan pula yang menerima pingat daripada Kerajaan Negeri Melaka.

“ Zaman tu kita pergi pungut derma nak cari RM1 pun susah, orang Melayu cemek, hina dan kata orang Melayu nak merdeka buat terompah pun tak dapat, jadi kita mesyuarat buat pancaragam dan drama bangsawan bagi mengumpul dana."

“Mula-mula kita main bangsawan di Sekolah Kebangsawan Duyong, ada berlakon, bernyanyi, silat dan berjaya maka dari dari situ kami buat persembahan di seluruh Melaka di mana ada cawangan Umno seperti di Bukit Baru, Masjid Tanah, Sungai Rambai, Merlimau dan Pulau Sebang."

“Saya bermain bongo dan tabla, satu malam dapat 50 sen untuk minum the 20 sen dan mee goreng 30 sen, kita minta lebih sikit Yat kata kita tak boleh sebab kita bantu kerajaan untuk merdeka maka kita kena berkorban, “ katanya.

Yusop Amat, 74, bekerja sendiri berkata dariapda merdeka sehingga sekarang sesen pun tidak pernah menerima bantuan daripada pihak kerajaan malah apabila dibangkitkan beliau ditekan pula oleh pimpinan Umno.

“ Kami sokong kerajaan sepatutnya bagi sedikit sumbangan kepada kami yang nak habiskan sisa hidup ini, bukan harap balasan tapi sebagai tanda ingatan biar orang sekarang menghargainya."

“ Orang sekarang tahu Umno sahaja, orang dulu berjuang betul betul berjuang tapi orang sekarang berjuang mata senget sebelah mengejar habuan."
“Aku masuk Umno daripada Umno hutan rimba, aku bersihkan tanam mangga bila dah berbuah semua berebut," ujarnya.

Mohd Sah Suboh, 82, bekas “Special Constable” (SC) menyatakan bahawa beliau merupakan pengasas kumpulan tersebut yang membuat persembahan ghazal dan lagu asli menggunakan gitar serta bonggo kemudiannya menyertai SC pada tahun 1955.

“Bukan nak mengungkit tapi kami dengan upah secawan the bersengkang mata kumpul duit untuk merdeka, kemudian saya sertai tanah rancangan dengan gaji RM2 sehari dan selama 6 tahun tiada gaji."

“Dapat medal pun tapi punyalah susah medal dibuat daripada gangsa digadai RM3, orang dulu banyak teraniaya nak dapat kerusi roda pun susah."

Menurut Jantan Mo’min, 84, terlantar asma bahawa merkea bukanlah meminta diberi ganjaran di atas pengorbanan yang dilakukan itu tetapi bantulah sedikit kehidupan mereka yang rata-ratanya kurang berkemampuan dan uzur dalam meniti usia emas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59