Friday, 16 July 2010

Ketua Menteri Melaka ganggu ceramah PAS


Petikan artikel daripada Harakah keluaran 26 – 28 Rejab 1431 / 9 – 11 Julai 2010

Melaka : Tindakan Umno yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam mengganggu ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Bukit Baru, baru- baru ini, disifatkan oleh orang ramai sebagai kebudak-budakkan dan tidak bertamadun.

Umno mengadakan program makan durian 1 Malaysia secara percuma sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia secara langsung antara Jepun dan Paraguay tidak sampai 50 meter daripada ceramah PAS dengan sistem audio yang membingitkan bagi mengganggu ceramah pertama oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab.

Seterusnya ceramah oleh Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong dan Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub diganggu oleh Adun Duyong, ( MCA ), Gan Tian Loo dengan ucapan provokasinya sambil menjerit-jerit ‘mari makan durian 1 Malaysia’ berulang-ulang kali.

Manakala apabila Salahuddin Ayub berucap menyampaikan fakta dan hujah yang bernas, Ali Rustam pun turut sama berucap bagi mengganggu ceramah itu tetapi secara merapu sambil ketawa terbahak-bahak sehingga orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah kebudak-budakannya.

Salahuddin berkata, “ Saya ingat dah berubah dah, dah tua-tua ni kalau nak berlawan, berlawanlah dengan cara ‘gentlemen’, bukannya ganggu ceramah PAS tengok bola, otak pon macam bola cantik di luar kosong di dalam, tapi takpe itulah kelas pemimpin UMNO”.
Beliau menjelaskan kesan judi bola mendatangkan malapetaka yang besar kepada negara tetapi pemimpin Umno tidak peduli kerana mereka memerlukan bantuan daripada tauke judi.

“Tak dapat laksanakan judi bola kerana bantahan meluas maka mereka akan dera rakyat dengan menarik subsidi barang-barang keperluan dan menaikkan harganya seperti gula, gandum, sus dan beras untuk tamping kerugian mereka serta petrol juga akan dinaikkan.”

“ Jadi rakyat kena sedar akan perkara ini dimana PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi mungkin lepas April 2011 dan yang menariknya sekarang ini negara sedang tunggu kebangkitan orang Melayu saja bagi mengubah pemerintahan yang korup ini,” kata beliau.

Antara yang turut hadir pada ceramah tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghadi Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Ali Sharif, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dan Ketua Cabang KeADILAN, Md Yusof Abdullah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59