Saturday, 31 July 2010

Gambar Ceramah Ali Rustam vs Mat Sabu


BN - Ini gambar Ali Rustam Ceramah

BN - Sekitar kurang 70 orang

PAS - Ceramah Mat Sabu

PAS - Hampir 700 orang yang datang

PAS - Kawasan Ali Rustam, Bukit Baru

Ceramah ini berlangsung di Bukit Baru yang mana kawasan Bukit Baru kawasan Ketua Menteri Melaka. Namun kalau dilihat dalam gambar ini bahawasanya UMNO akan tumbang tidak lama lagi kalau mengikut senario rakyat yang turun padang mendengar ceramah mala tadi.

Beza tempat ceramah PAS dan UMNO hanyalah 50 meter sahaja. Tetapi dalam gambar ini menunjukkan rakyat Bukit Baru menolak Ali Rustam sebagai Ketua Menteri. Buktinya, kehadiran yang datang ceramah PAS/PR adalah hampir 700 orang manakala ceramah UMNO/BN hanya sekitar 70 orang.


Thursday, 29 July 2010

UMNO Melaka makin fobia


Fobia dengan apa? Dengan ceramah PAS. Pantang dengar sahaja ada ceramah PAS akan diadakan, maka dianjurkan juga program yang serupa di kawasan yang berhampiran. Terbaru adalah di Paya Dalam, berlangsungnya program Makan Durian Bersama Rakyat. Nak tiru program Jamuan Rakyat di Taman Harta Pertama agaknya, bila dapat tahu kejayaan PAS menarik ramai penduduk tempatan.

Menurut YDP PAS Kawasan Bukit Katil, 2 program makan durian di Bukit Baru sebelum ini masih belum dibayar oleh sepenuhnya oleh Umno. Takut pula program malam tadi turut menjadikan pembekal durian mangsa terbaru Umno Melaka. Den pernah terdengar semasa pilihanraya 2008 yang lepas, pembekal peralatan pilihanraya Umno di Melaka juga tidak dibayar, melibatkan ratusan ribu ringgit. Entah – entah sampai sekarang juga masih belum dibayar.

Nak kata sambutan terhadap program Umno malam tadi adalah baik, pada den, baik lagi sambutan yang diterima terhadap ceramah PAS. Makin larut malam, makin bertambah pendengar / penonton di sekitar Markas PAS Paya Dalam. Kalau tak percaya, boleh tanya kepada brader polis yang berpakaian preman ( SB? ) yang bertugas mengambil gambar malam tadi. Sibuk bebenar mengambil gambar sekitar program PAS. Den nak tanya, program Umno tak ambil gambar sekali ke?

Kepada penceramah – penceramah Umno yang membuat ‘kacau’ malam tadi, den ingin mengingatkan ‘jemputan’ YDP Pas yang mengajak hangpa semua berceramah di atas pentas yang sama di Markas PAS Bukit Baru pada 30 hb ( Jumaat 30 Julai ) nanti. Mat Sabu mai datang ceramah di sana malam tu. Biar semua rakyat buat penilaian. Kalau setakat anjurkan program dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS, bukan anak jantan namanya. Kalau sengaja pasang pembesar suara kuat – kuat, halakan pula ke tempat ceramah PAS, bukan nama sengaja mengganggu ke? . Kalau berani sambutlah cabaran untuk berpidato / berdebat / berdialog secara terbuka dengan pemimpin PAS / Pakatan Rakyat di atas pentas yang sama.

Sesungguhnya Umno Ayer Molek dan Bukit Baru dah kecut perut dengan kebangkitan PAS.



Tuesday, 27 July 2010

Veteran Umno Melaka kesal dipinggirkan


Petikan artikel daripada Harakah keluaran 26 – 28 Rejab 1431 / 9 – 11 Julai 2010

Melaka : Kesal dan marah itulah hati beberapa orang veteran Umno Melaka yang merasakan segala jasa serta pengorbanan mereka bagi mencapai kemerdekaan tidak dihargai malah mereka terus tersisih daripada arus pembangunan negara.

Mereka seramai 17 orang diketuai almarhum Yat Limat telah ditugaskan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tuh Ghaffar Baba mengumpulkan dana sebanyak RM3,000.00 sebagai tambang ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

Kini, 12 orang daripadanya telah meninggal dunia dan hanya tinggal 5 orang yang telah uzur mendakwa tidak pernah menerima sebarang sumbangan atau pembelaan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan untuk dikenang dan diingati generasi baru.
Menurut Husin Bawal, 72, bekerja sendiri, bahawa segala jerih-perih mereka tidak pernah dihargai oleh pihak kerajaan sebaliknya Shah Rukh Khan pula yang menerima pingat daripada Kerajaan Negeri Melaka.

“ Zaman tu kita pergi pungut derma nak cari RM1 pun susah, orang Melayu cemek, hina dan kata orang Melayu nak merdeka buat terompah pun tak dapat, jadi kita mesyuarat buat pancaragam dan drama bangsawan bagi mengumpul dana."

“Mula-mula kita main bangsawan di Sekolah Kebangsawan Duyong, ada berlakon, bernyanyi, silat dan berjaya maka dari dari situ kami buat persembahan di seluruh Melaka di mana ada cawangan Umno seperti di Bukit Baru, Masjid Tanah, Sungai Rambai, Merlimau dan Pulau Sebang."

“Saya bermain bongo dan tabla, satu malam dapat 50 sen untuk minum the 20 sen dan mee goreng 30 sen, kita minta lebih sikit Yat kata kita tak boleh sebab kita bantu kerajaan untuk merdeka maka kita kena berkorban, “ katanya.

Yusop Amat, 74, bekerja sendiri berkata dariapda merdeka sehingga sekarang sesen pun tidak pernah menerima bantuan daripada pihak kerajaan malah apabila dibangkitkan beliau ditekan pula oleh pimpinan Umno.

“ Kami sokong kerajaan sepatutnya bagi sedikit sumbangan kepada kami yang nak habiskan sisa hidup ini, bukan harap balasan tapi sebagai tanda ingatan biar orang sekarang menghargainya."

“ Orang sekarang tahu Umno sahaja, orang dulu berjuang betul betul berjuang tapi orang sekarang berjuang mata senget sebelah mengejar habuan."
“Aku masuk Umno daripada Umno hutan rimba, aku bersihkan tanam mangga bila dah berbuah semua berebut," ujarnya.

Mohd Sah Suboh, 82, bekas “Special Constable” (SC) menyatakan bahawa beliau merupakan pengasas kumpulan tersebut yang membuat persembahan ghazal dan lagu asli menggunakan gitar serta bonggo kemudiannya menyertai SC pada tahun 1955.

“Bukan nak mengungkit tapi kami dengan upah secawan the bersengkang mata kumpul duit untuk merdeka, kemudian saya sertai tanah rancangan dengan gaji RM2 sehari dan selama 6 tahun tiada gaji."

“Dapat medal pun tapi punyalah susah medal dibuat daripada gangsa digadai RM3, orang dulu banyak teraniaya nak dapat kerusi roda pun susah."

Menurut Jantan Mo’min, 84, terlantar asma bahawa merkea bukanlah meminta diberi ganjaran di atas pengorbanan yang dilakukan itu tetapi bantulah sedikit kehidupan mereka yang rata-ratanya kurang berkemampuan dan uzur dalam meniti usia emas.


Thursday, 22 July 2010

Komen YB Iskandar Abd Samad


Ikuti juga komen oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Iskandar Abd Samad yang disampaikan semasa ceramah beliau, berkenaan dengan ceramah Umno di Bukit Pulau, Bukit Baru pada malam Sabtu 3 Julai 2010.

1. Menurut beliau di Selangor, Umno di sana lebih menghormati PAS / Pakatan Rakyat. Tidak berlaku kejadian ceramah pada tempat yang amat hampir, di waktu dan masa yang sama. Lebih baik kita berforum, berdebat, hujah lawan hujah, daripada Umno kacau ceramah PAS dengan mengadakan ceramah sebelah – menyebelah.

2. Beliau tidak faham apabila mendapati insiden ceramah sebelah-menyebelah ini berlaku di Melaka. Di Selangor perkara sebegini boleh dikatakan tidak berlaku, amat jarang sekali terjadi program ceramah yang bertembung pada tempat yang sebelah-menyebelah, berlangsung pada masa yang sama. Apabila beliau turun daripada kereta menjejakkan kaki ke Markas PAS Bukit Pulau malam tersebut, beliau merasa amat terkejut. Ingatkan beliau adalah JKKK yang berceramah, rupa – rupanya Ketua Menteri Melaka. Tidak sangka seorang Ketua Menteri boleh buat kerja sebegini. Kesian rakyat Melaka ada Ketua Menteri macam ini.

3. Baru – baru ini Menteri Besar Selangor telah dijemput untuk menghadiri perjumpaan bekas – bekas graduan Universiti of Quensland, sebuah universiti ternama di Australia. Di antara ratusan ribu graduan yang berjaya menamatkan pendidikan daripada universiti bertaraf antarabangsa tersebut, seramai 50 orang telah dipilih dan dipanggil untuk menjadi kumpulan pemikir bagaimana untuk memajukan universiti tersebut. Antaranya adalah pemenang Noble Price, dan bermacam lagi yang mempunyai latar belakang yang hebat – hebat.

4. Orang yang macam ini lah yang kita nak lantik jadi Menteri Besar, bukannya Ketua Menteri yang buat kerja JKKK. Kalau macam ini nak datang ke Selangor,nak jadi Menteri Besar jauh sekali. Exco? Jangan harap. Ahli Majlis? Tak mungkin. Bertanding JKKK pon, nyaris-nyaris sahaja menang.

5. Beliau juga tidak pasti, samada taktik Umno Melaka berceramah sebelah – menyebelah begini adalah hasil daripada nasihat Apco atau tidak. Sebab kita tahu bahawa Umno mempunyai Apco sebagai mastermindnya. Sah, berpuluh2 juta telah dibayar kepada Apco untuk menaikkan imej kerajaan di mata Amerika. Di antara pengarah – pengarah Apco adalah ketua perisik Israel, yang telah merancang ribuan pembunuhan rakyat Palestin.


Tuesday, 20 July 2010

Ali Rustam dan Roda Berpusing


Ikuti sambungan intipati ceramah YB Bachang, Lim Jak Wong di Bukit Pulau pada hari Sabtu 3 Julai 2010 10 malam.
* Untuk makluman, fakta bernombor yang dipaparkan adalah berdasarkan ceramah beliau pada malam tersebut yang mungkin ada kesilapan oleh penulis artikel, disebabkan audio yang kurang jelas.


5. Ali Rustam sangat suka dengan roda berpusing, sebab itu di Melaka ada 4 roda berpusing telah dibina. Yang pertama adalah Eye On Melaka di Pirate Park, yang lokasinya terletak di Jalan Tun Ali, dulunya adalah Stesen Bas Ekspres. Ia dibina dengan kos RM 3.3 juta, yang mana duit itu dapat membina sekurang – kurangnya 8 buah buah rumah kos rendah sekiranya kos sebuah rumah lebih kurang RM 40 ribu ringgit.

6. Tetapi yang peliknya kerajaan negeri Melaka ini, bila dah keluar duit, tak tahu macam mana nak uruskannya. Apa tidaknya, 70 % keuntungan diberi kepada syarikat yang dilantik untuk menguruskannya, 30 % kpd kerajaan negeri. Bijakkah tindakan ini, yang mana analogi mudahnya adalah jika kita meminjam daripada bank sebanyak RM 3.3 juta, bank akan mengenakan faedah pinjaman sebanyak 4 % setahun, bersamaan RM 132,00.00. Pada tahun 2008, setelah ditolak kos penyelenggaran dan lain – lain, hasil keuntungan Eye On Melaka adalah sebanyak Rm343,089. Jadi kerajaan mengambil 30 % daripadanya, iaitu sebanyak RM102,926.00, tidak cukup untuk membayar faedah bank. Rugi RM29,000.00.

7. Pada tahun 2009, Eye On Melaka mengalami kerugian sebanyak RM69,830.00. Jadi kerajaan negeri rugi sebanyak RM29,940.00, apabila dicampur dengan faedah, rugi sebanyak RM152,550.00. Ali Rustam ini pandai kira atau tak?

8. Diceritakan satu kisah semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, Ali Rustam menggalakkan rakyat Melaka menanam pokok kelapa pandan. Menurut beliau, setiap pokok yang ditanam akan mendatangkan hasil sebanyak 10 ringgit, dan tak payah baja. Hanya pergi buang air kecil ( untuk membajakan pokok tersebut ) sudah cukup! Dalam dewan semuanya ketawa. Ingatkan beliau ingin menarik semula kenyataan itu tetapi tidak, malah disambung pula, kalau wanita hendak buang air kecil, buatlah pada malam hari ( supaya orang tidak nampak disebabkan gelap ).

Inikah mentaliti seorang Ketua Menteri ?

9. Roda berpusing yang ketiga terletak berhampiran dengan Rumah Merah di Bandar Hilir iaitu kincir air. Engineer dihantar ke Syria utk belajar membina kincir air tersebut di tepi sungai Melaka. Tetapi bila balik ke Melaka untuk membinanya ( dengan kos RM 2 juta) , ianya tidak bergerak. Apabila ditanya di dalam Dewan Undangan Negeri, dijawabnya kincir itu bergerak selama 2 jam dan rehat 1 jam berselang-seli, bila diperiksa, memang betul ianya bergerak selama 2 jam dan rehat 1 jam tetapi tidak sampai 1 hari, langsung tidak bergerak lagi. Suatu pembaziran yang nyata apabila menghantar jurutera ke Syria semata-mata untuk belajar membina kincir air yang tidak bergerak.

10. RM 25 juta dibelanjakan utk membina Menara Taming Sari, yang mana projek tersebut dikatakan mendatangkan keuntungan. Untuk makluman, kos RM 25 juta adalah bersamaan dengan kos pembinaan rumah kos rendah sebanyak 625 buah.

11. Eye on Malaysia – belanja RM 43 juta ( boleh membina sebanyak 1075 buah rumah kos rendah ) untuk dibawa dan dibina di Bandar Hilir, Melaka, yang lokasi Eye on Malaysia tersebut sebelum ini adalah di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Eye On Malaysia hanya berfungsi selama 18 bulan – mengalami kerugian sebanyak RM 46 juta. Apabila Ali Rustam bercadang untuk membawanya ke Melaka, ianya telah dibantah sekeras – kerasnya di dalam Dewan Undangan Negeri. Namun Ali Rustam tetap berdegil lalu membawanya ke Melaka. Berfungsi selama 14 bulan, sekarang tidak bergerak disebabkan hutang tak mampu bayar. Yang hairannya Ali Rustam baru – baru ini bercadang untuk menggantikan roda tersebut dengan yang lebih besar. Astaga!

12. Satu projek monorel telah dibina di tepi sungai Melaka yang menelan kos RM 16 juta. Dijangka akan berfungsi pada bulan Mei tetapi ditangguhkan sehingga bulan Ogos disebabkan beberapa masalah. Kosnya bertambah menjadi RM 18 – RM 20 juta. Jarak monorel tersebut hanyalah 1.5 km, jadi bayangkanlah kosnya bagi setiap seratus meter, berapa juta wang yang terlibat?


Monday, 19 July 2010

Ceramah di Bukit Pulau, Bukit Baru


Ikuti intipati ceramah oleh YB Bachang, Lim Jak Wong di Bukit Pulau pada hari Sabtu 3 Julai 2010. Ini merupakan ceramah kedua di Dun Bukit Baru yang diganggu oleh Umno setelah ceramah pertama di Markas Bukit Baru berhadapan dengan pangsapuri Sri Siantan.

1. Sindiran dibuat terhadap “air percuma” yang diberi oleh Negeri Melaka yang dipimpin oleh Ali Rustam, seolah – olah meniru Kerajaan Negeri Selangor. Bezanya ia tidak merangkumi seluruh negeri seperti di Selangor, tetapi difokuskan di tempat - tempat tertentu terutamanya di Bandar Melaka. “Air percuma” ini diberikan melalui saluran yang juga percuma lagi semula jadi, iaitu apabila hujan yang mencurah-curah dengan lebatnya. Bekalan “air percuma” yang dimaksudkan adalah banjir, yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Malah difahamkan perkara ini pernah dibahas dan dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka sejak 10 tahun lalu. Apa yang berlaku adalah masalah ini berlanjutan, malah boleh dikatakan semakin menjadi - menjadi apabila projek pelancongan Sungai Melaka ( Melaka River Cruise ) dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

2. Jadi berapa lama lagi kita perlu menunggu dan berdoa agar jangan ditimpa masalah banjir kilat di Melaka ini? Sampai bila kita perlu mengangkat tangan berdoa supaya dielakkan hujan lebat menimpa kawasan rumah kita? Sampai bila kita harus berasa risau apabila melihat langit mendung dan gelap, takut - takut banjir kilat melanda lagi? Nak tunggu 10 tahun lagi baru selesai masalah? Apa nasib anak cucu kita yang hidup dalam kebimbangan, walaupun setelah Melaka diisytiharkan negeri Maju pada Oktober 2010 ini? Dikatakan lebih kurang 10 juta ringgit telah dibelanjakan, tetapi apa kesannya?


Tentu kecewa benar Datuk Ali Rustam terhadap sambutan “hangat” yang “luar biasa” terhadap program ceramah beliau. Berapa kerat yang datang? Dengar – dengar salah satu corong pembesar suara yang dihalakan ke kawasan ceramah PAS terbakar malam tu…..


Pengunjung yang hadir ke ceramah PAS jauh lebih ramai.

3. Projek tambak laut telah mengkayakan kroni-kroni Umno, yang mana pantai dari Kota Laksamana ditambak hingga ke Klebang dan sekarang sampai ke Tanjung Kling. Yang hidup senang dan mewah adalah suku sakat Umno, tetapi rakyat hidup dalam kesusahan. Ali Rustam akan mengisytiharkan Melaka Negeri Maju pada bulan Oktober 2010, dan sempena dengan pengisytiharan ini, wajarlah Ali Rustam juga diberikan anugerah Bapa Banjir Kilat Negeri Melaka.

4. Setiap kali banjir kilat berlaku, kerajaan akan mengumumkan peruntukan untuk mengatasi masalah ini. Pada tahun lalu, dalam Dewan Undangan Negeri, sebanyak RM 128 juta, tetapi adakah ianya berjaya menyelesaikan masalah ini? Tiada. Pada tahun ini pula diumumkan peruntukan sebanyak RM 80 juta lagi, berjuta - juta duit rakyat 'membanjiri' projek banjir tetapi apa hasilnya ?


Friday, 16 July 2010

Ketua Menteri Melaka ganggu ceramah PAS


Petikan artikel daripada Harakah keluaran 26 – 28 Rejab 1431 / 9 – 11 Julai 2010

Melaka : Tindakan Umno yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam mengganggu ceramah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Bukit Baru, baru- baru ini, disifatkan oleh orang ramai sebagai kebudak-budakkan dan tidak bertamadun.

Umno mengadakan program makan durian 1 Malaysia secara percuma sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia secara langsung antara Jepun dan Paraguay tidak sampai 50 meter daripada ceramah PAS dengan sistem audio yang membingitkan bagi mengganggu ceramah pertama oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab.

Seterusnya ceramah oleh Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong dan Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub diganggu oleh Adun Duyong, ( MCA ), Gan Tian Loo dengan ucapan provokasinya sambil menjerit-jerit ‘mari makan durian 1 Malaysia’ berulang-ulang kali.

Manakala apabila Salahuddin Ayub berucap menyampaikan fakta dan hujah yang bernas, Ali Rustam pun turut sama berucap bagi mengganggu ceramah itu tetapi secara merapu sambil ketawa terbahak-bahak sehingga orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah kebudak-budakannya.

Salahuddin berkata, “ Saya ingat dah berubah dah, dah tua-tua ni kalau nak berlawan, berlawanlah dengan cara ‘gentlemen’, bukannya ganggu ceramah PAS tengok bola, otak pon macam bola cantik di luar kosong di dalam, tapi takpe itulah kelas pemimpin UMNO”.
Beliau menjelaskan kesan judi bola mendatangkan malapetaka yang besar kepada negara tetapi pemimpin Umno tidak peduli kerana mereka memerlukan bantuan daripada tauke judi.

“Tak dapat laksanakan judi bola kerana bantahan meluas maka mereka akan dera rakyat dengan menarik subsidi barang-barang keperluan dan menaikkan harganya seperti gula, gandum, sus dan beras untuk tamping kerugian mereka serta petrol juga akan dinaikkan.”

“ Jadi rakyat kena sedar akan perkara ini dimana PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi mungkin lepas April 2011 dan yang menariknya sekarang ini negara sedang tunggu kebangkitan orang Melayu saja bagi mengubah pemerintahan yang korup ini,” kata beliau.

Antara yang turut hadir pada ceramah tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghadi Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Mohd Ali Sharif, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Cikgu Yusof Wahab dan Ketua Cabang KeADILAN, Md Yusof Abdullah.


Tuesday, 13 July 2010

Catatan Perjalanan - Masjid Negara, Sabtu 3 Julai 2010


Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi ( GMJ )
Azmi Abdul Hamid berucap di sidang media

Salah seorang wakil Pemuda Bukit Katil ( berkopiah putih ),
yang juga pimpinan Pemuda PAS Negeri Melaka yang turut hadir


Penangguhan demo Anti Judi Bola daripada jam 2 kepada jam 5 petang pada den telah mengakibatkan penurunan yang mendadak dari segi bilangan demonstran ( dan juga bilangan pasukan simpanan persekutuan a.ka. FRU yang biasanya menemani bersama .. ). Ada diantara wakil daripada Pemuda Kawasan Bukit Katil yang terpaksa berpatah balik setelah mengetahui tentang perubahan waktu tersebut, disebabkan bertembung dengan program lain. Walaupun begitu, ianya masih boleh dianggap satu kejayaan besar dan mencatatkan sejarah tersendiri.

Apapun, perhimpunan di Masjid Negara tersebut diadakan dengan satu semangat dan kesedaran bahawa setelah 53 tahun Negara berdiri, sudah cukuplah Umno melaksanakan pemerintahan yang memusnahkan negara. Apa alasan yang boleh diberikan untuk menghalalkan judi, terutamanya judi sukan di negara ini? Tidak ada. Komuniti Cina dan India juga tidak mengaku judi adalah sebahagian daripada budaya dan agama yang mereka anuti.

Seluruh rakyat sudah nampak kemungkaran besar yang terjadi kerana terlaksananya bermacam – macam judi, yang terbaru judi bola anjuran kerajaan BN. Yang tua dan muda semuanya rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara daripada judi. Tiada siapa yang akan mengatakan judi itu baik untuk masyarakat dan keluarga.
Jika kita mengatakan sesuatu tentang judi, tiada siapa yang akan menerima bahawa judi itu baik untuk negara.

Perhimpunan yang penuh bersejarah ini menyaksikan bahawa kempen Tak Nak Judi yang dilancarkan akan dilaksanakan sepanjang tahun dan selepas itu dan seterusnya. Kita tidak akan berhenti. Ini adalah bukan kerja hari ini, ini adalah bukan kerja esok, ini adalah kerja seumur hidup. Mari kita berganding tangan, mari kita bahu membahu menyelematkan negara yang kita yang kita cintai ini.

Laporan dan gambar oleh Pondok Parit Ismail


Saturday, 10 July 2010

" MELAKA!, SEGALA-GALANYA BERMULA DI SINI".


Begitulah cogankata yang diwar-warkan oleh pemimpin UMNO/BN...Pemimpin yang tidak mengamalkan Islamyang syumul / yang sebenarnya. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya! Kalau pemimpin dah tak betul, rakyat akan menerima tempiasnya. Maksiat kian berleluasa..... bunoh, rogol, rasuah, menipu dan.............. begitulah Melaka, negeri bersejarah yang telahpun diiktiraf dan diisytiharkansebagai Bandaraya Warisan Dunia! Sungguh gah pemimpin negeri Melakamendapat pengiktirafan tersebut. Gah di mata dunia, tetapi amat hina di sisi Allah S.W.T. Inilah yang kita tentang, yang hendak kita perbetulkan melalui Pakatan Rakyat (PR). Sememangnya cabarannya amat besar untuk kita menongkah arus. Hanya dengan tekad dan semangat yang kental serta keyakinan yang padu di atas pertolongan Allah sahaja kita akan dapat merubah keadaan. Insya'Allah.

Haji Abdullah Haji Ahmad
Ketua Cawangan PAS Taman Cempaka

=== Berita berkaitan, versi bahasa Inggeris ====

Three female students rescued from prostitution syndicate
By MARTIN CARVALHO malacca@thestar.com.my

MALACCA: Police rescued three teenagers believed to have been forced into vice when they busted a syndicate offering the sexual services of secondary school students.
State CID chief Asst Comm Mohd Adnan Abdullah said seven suspects, including a woman in her 20s who is believed to be the pimp, were arrested in an operation on Monday.
"Besides the female pimp, police also detained another woman and her male companion as they are believed to be involved in the syndicate," he told reporters yesterday.
He said the activities of the syndicate came to light when a student lodged a police report against one of the suspects, claiming she was forced to entertain men.
"We believe the syndicate was offering the services of the students to clients for between RM60 and RM80.
"Four men were also detained as they are believed to have sought the services of the girls," he added.
Based on initial investigations, he said the syndicate had been operating from a hotel in the city since May.
ACP Mohd Adnan said the suspects would be charged under the Child Act 2001 and could face a maximum prison sentence of 15 years and a RM50,000 fine or both upon conviction.


Eleven-year-old gang raped by six men
Compiled by NG SI HOOI, C. MEKALAH and A. RAMAN

AN 11-year-old girl's stroll with her boyfriend at a jetty in Umbai ended with her being raped by a former boyfriend and his five friends on June 29, Sinar Harian reported.
The victim and her boyfriend were walking along the jetty at noon when they were threatened by the six.
Malacca CID chief Assistant Comm Mohd Adnan Abdullah said the victim and her boyfriend were taken in a car to a house not far from the jetty by her former boyfriend and his friends.
"The victim claimed she was raped but does not remember how many of them raped her," he said at the state police contingent headquarters.
Mohd Adnan said two men have been arrested. The case is being investigated under Section 376 of the Penal Code


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59