Thursday, 13 May 2010

Tugu 1 Malaysia Mahal 3 Kali Ganda


Artikel dipetik daripada Harakah keluaran 18 – 21 Jamadilawal 1431 / 3 – 6 Mei 2010

Melaka : DAP Melaka mempersoalkan kos pembinaan Tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang bernilai RM 352 ribu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerna ianya meningkat 3 kali ganda berbanding dengan harga pasaran sebanyak RM 100 ribu.

Menurut Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong, harganya meningkat 3 kali ganda daripada harga pasaran dan dipercayai mempunyai unsur rasuah atau penyelewengan dalam penganugerahan tender tersebut.

“ Ini tidak sejajar dengan slogan 1 Malaysia di mana salah satu wawasan utamanya ialah untuk menghapuskan rasuah dan ini menghina konsep 1 Malaysia kerana harga pasarannya cuma RM 100 ribu tapi meningkat kepada RM 352 ribu.”

“ Saya akan tulis surat kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan kos itu kepadanya dan cadangkan supaya RM 350 ribu itu beri kepada saya untuk dibina tiga tugu yang sama supaya beliau boleh letak di tempat yang beliau rasa sesuai,” katanya.

Sementera itu, beliau juga mempertikaikan kualiti tugu itu yang dibina menggunakan material bermutu rendah dan hanya dibaluti dengan kanvas.

“Kualiti materialnya teruk, kalau tengok daripada jauh atau luar nampak cantik tetapi bila dekat dan tengok dalamnya teruk, hanya guna kanvas, aluminium yang nipis serta pemasangannya tidak kemas sama macam polisi 1 Malaysia.”

“ Kita lihat luaran polisi BN Nampak berubah seperti kata nak bersih, telus dan bantu rakyat tapi ini membuktikan sebenarnya tiada perubahan yang ada hanya slogan untuk tutup keadaan yang sebenarnya,” kata beliau.

Beliau turut membangkitkan persoalan adakah Perdana Menteri juga bersetuju dengan harga yang meningkat begitu tinggi sehingga tiga kali ganda itu.

Tugu tertinggi di Malaysia itu dibina sempena lawatan Najib ke Melaka pada 4 Februari lalu , antara aturcara majlisnya ialah perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan pelancaran 1 Malaysia serta jamuan rakyat di sebelah malamnya yang menelan belanja RM 600 ribu di mana ianya ditanggung kerajaan negeri.

Ianya dibina daripada tetulang besi dan tapak asasnya daripada konkrit simen, tingginya 58 kaki atau 17.7 meter dengan lebarnya 30 kaki atau 9.1 meter hanya dibaluti dengan kanvas di bahagian depan dan belakangnya.

Manakala, di bahagian kiri kanannya ditutup menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di depannya ditutup dengan kayu lapis nipis serta termasuklah 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59