Friday, 7 May 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil 2010


PAS Kawasan Bukit Katil yang mengadakan mesyuarat agung kali ke 7 pada hari Ahad 2 Mei 2010 yang lalu meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN yang sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Mereka mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang negara.

Mengapa khidmat APCO digunakan sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang terus terang menzalimi rakyat Palestin secara berterusan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil juga berpendapat, selain membazirkan duit rakyat, mungkin telah berlakunya penyalahgunaan kuasa di dalam mendapatkan khidmat APCO tersebut.


Dalam hal yang berkaitan, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut telah menyebut tentang pendedahan di dalam akhbar Harakah terkini mengenai isu artis luar negara, Pitbull yang akan mengadakan konsert selama 12 jam tanpa henti bermula dari 7 malam hingga 7 pagi pada bulan Mei ini ( berita berkaitan di bahagian bawah artikel ini ).


Menurut maklumat yang diterima beliau, artis tersebut bakal mengadakan persembahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Pahang. Penaja utama konsert ini juga adalah sebuah syarikat arak terkemuka, yang mungkin akan mengedarkan arak secara percuma kepada pengunjung konsert tersebut.

Konsert terbuka itu dikhuatiri bakal mengulangi konsert tepi pantai di Port Dickson beberapa tahun lalu yang dicemari dengan aktiviti minum arak, pengambilan dadah dan seks bebas.

Beliau turut sama merasmikan Markas PAS Paya Dalam yg telah siap pembinaannya sejak awal tahun ini yang turut sama menempatkan PASTI Al Hadi.



Berita berkaitan Markas PAS Paya Dalam :
http://blogbukitkatil.blogspot.com/2010/05/maka-pada-tanggal-17-jamadil-awal-1431.html

Lagi gambar – gambar sekitar mesyuarat agung Pas Kawasan Bukit Katil : http://blogbukitkatil.blogspot.com/2010/05/gambar-gambar-mesyuarat-agung-pas.html

Laporan asal Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil 2010 : http://mutaligat.blogspot.com/2010/05/apco-pas-kawasan-bukit-katil-lulus-usul.htm

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa meluluskan persembahan konsert Pitbull pada 15 Mei ini.

“Bagaimanakah artis seperti Pitbull berjaya mendapat kelulusan untuk membuat persembahan sedangkan video clip dan lirik lagu beliau ternyata berbaur lucah dan membawa pengaruh seks rambang, budaya penagihan dadah sebagai rekerasi?” tanya beliau.

Katanya, penjelasan itu perlu dibuat oleh pihak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana Pitbull membawa unsur negatif kepada rakyat negara ini.

“Bukankah kementerian harus mempertahankan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat Malaysia supaya tidak didedahkan kepada elemen-elemen dan unsur–unsur negatif yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia amnya?” katanya lagi.

Merujuk kepada garis panduan, Jawatankuasa Puspal dipertanggungjawabkan untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.

Tambahnya, merujuk kepada Fakta 4.3 dan 4,4 dari garis panduan, keputusan sesuatu permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Puspal adalah keputusan majoriti ahli mesyuarat yang mana korum bilangan minimum ahli mesyuarat tetap yang diperlukan untuk jawatankuasa itu boleh bersidang adalah lapan orang.

Ini, katanya bermakna jawatankuasa seramai minimum lapan orang telah gagal membuat penilaian yang sewajarnya berkenaan kesesuaian artis seprti Pitbull itu.
“Jika perkara ini dibenarkan, maka ianya telah menjadi satu ‘daya ukur’ atau telah menjadikannya satu precedent yang mana di masa-masa akan datang, mana-mana penganjur yang mempunyai artis yang hampir sama akan mendapat kelulusan,” katanya lagi.


Tambahnya, juga satu perkara lain yang serius ialah kebenaran Puspal untuk membenarkan konsert berlangsung selama 12 jam tanpa henti dari 7 malam hingga ke 7 pagi hari berikutnya telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert.

Ini, katanya kerana seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.
Begitu juga, ujarnya bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


“Bukankah konsert 12 jam ini jelas melanggar beberapa syarat-syarat yang ditetapkan?” soalnya lagi.
Menurutnya, ternyata melalui isu Pitbull itu menampakkan yang pihak kementerian tidak akur dengan wacana tersebut malah membuka ruang untuk budaya negatif menular ke masyarakat muda kita.


Selepas dihebahkan berkenaan konsert Pitbull 12 jam itu yang akan berlangsung di kawasan persekitaran Genting Highlands, dikhabarkan ia akan berpindah lokasi ke Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Difahamkan bahawa kemungkinan pihak Pejabat Daerah Bentong tidak membenarkan acara tersebut diadakan.


Justeru, kata Nasharudin, PAS berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil pendekatan sedemikian di atas dasar kemudaratan akhlak dan etika kepada masyarakat anak-anak muda pelbagai bilang bangsa dan agama di negara kita ini.

“Kami yakin kebijaksanaan dan kewibawaan (DBKL) untuk tidak membenarkan Konsert 12 jam ini di mana-mana jua lokasi di Kuala Lumpur akan memelihara ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat muda ibu kota dan negara amnya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26429:pas-desak-kerajaan-jelaskan-lulus-konsert-pitbull&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59