Friday, 28 May 2010

Himpunan Bantah Judi di Melaka



Rakyat jelata yang hadir...di anggarkan lebih kurang 500 orang yang hadir..



Mesej dari rakyat buat UMNO...

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ust Ghani memberi ucapan..


Timbalan Pesuruhjaya PAS, Sdr Adly turut memberi ucapan..


Ucapan dari wakil Perhubungan..


Ketua Pemuda Jasin memberi ucapan..


Wakil PKR Melaka, Sdr Wahab turut memberi ucapan..









Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Mesej untuk kerajaan BN-UMNO..


Report by : Blogger Bukit Katil


Thursday, 27 May 2010



FAKTA ISU JUDI BOLA


Keengganan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengulas keputusan kerajaan BN meluluskan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bola sepak Piala Dunia dikecam pelbagai pihak.
“ We are not going to talk about that ( Kita tidak akan membincangkannya ),” kata Najib kepada wartawan selepas upacara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia, 20 Mei lalu.


Lesen judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Dato’ Seri Mohd Najib, kononnya sebagai usaha untuk mengurangkan aktiviti pertaruhan haram yang berleluasa di negara ini.

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ianya akan memperbanyakkan lagi, pembuat pertaruhan haram dan ‘jerung’ ah long pula akan menawarkan pertaruhan yang lebih baik dan menarik, termasuklah jerat pinjaman haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dicabar supaya menyatakan pendiriannya terhadap pengeluaran lesen judi sukan kepada Berjaya Group Sdn. Bhd.


“ Wahai orang – orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang panah, adalah ( semuanya ) kotor ( keji ) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. ( Al-Quran al-Maidah 5:90 ).

“ Tindakan meluluskan judi bola bercanggah dengan hukum syarak. Dalam al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina.” – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hasyim Yahaya.

Menurut Utusan Malaysia, 13 Mei 2010 halaman 21, Berjaya Group memiliki syarikat pertaruhan sukan berlesen pertama di Malaysia apabila menguasai 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd dengan harga tunai RM 525 juta. Ascot Sports pula adalah milik korporat judi terkaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang sekarang memiliki modal saham berbayar RM 80 juta.

New Straits Times 14 Mei 2010 halaman 13 menyatakan sebanyak 220 daripada 680 pusat jualan Sports Toto akan dijadikan pusat betting bola sepak yang dijadualkan bermula 11 Jun nanti. Kerajaan Pusat bakal mendapat pulangan dalam bentuk cukai dan bayaran lesen. Turut bersubahat sama dengan kerajaan Barisan Nasional memajukan perjudian tajaan Ascot Sport ialah AmInvestment Bank sebagai penasihat utama dan OSK Investment Bank sebagai penasihat bebas.

* Artikel dipetik secara bebas daripada Harakah keluaran 10 – 13 Jamadilakhir 1432 / 24 – 27 Mei 2010.


Tuesday, 25 May 2010

UMNO DAN JUDI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN





Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan ini menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya melahirkan bantahan kita terhadap JUDI BOLA yang dianjurkan oleh kerajaan di bawah pimpinan YAB Najib Tun Razak dengan menyertai perhimpunan aman Jumaat ini di Masjid Al-Azim. Kita amat mengesali tindakan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan meluluskan lesen judi bola kepada Berjaya Group dan dengan ini mendesak agar kerajaan memansuhkan lesen judi bola tersebut.


YA UNTUK BOLA, TIDAK KEPADA JUDI !


Monday, 24 May 2010

Jalan Maut



Cuba anda perhatikan keadaan jalan raya dan longkang? Ia amat berbahaya kepada mereka yang tidak berhati-hati ketika mengunakannya. Keadaan longkang yang terletak berhampiran jalan tanpa ada pengadang / penutupnya boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna di Kampung Bukit Beruang Jaya.

Diharapkan pihak yang berkenaan tampil untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Keadaan jalan seperti ini sememangnya akan mengundang padah jika tidak berhati - hati kepada pengguna jalan raya yang ingin membelok ke kiri jalan. Keadaan longkang yang terbuka dan berhampiran selekoh akan mengundang risiko malang yang tidak berbau.


Friday, 21 May 2010

Peniaga Bumiputera Melaka Ditindas


MELAKA 18 Mei - Nasib peniaga gerai bumiputera sering dianaktiri oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan lagi perkara baru sebaliknya kerap berlaku. Janji untuk menyediakan penempatan baru sekadar omong kosong apabila peniaga diarah berpindah segera tanpa memberitahu tapak baru kepada peniaga untuk memulakan perniagaan.

Itulah yang terjadi kepada 20 peniaga gerai makanan dan minuman berhampiran kawasan letak kereta di Taman Rempah di sini di mana Bot Melaka Rivercruise beroperasi apabila mereka diarahkan mengosongkan tapak berkenaan. Notis terakhir bertarikh 15 Mei lalu dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kepada peniaga terbabit selewat-lewatnya Rabu ini untuk mengosongkan kawasan tersebut daripada sebarang gerai yang didirikan di situ sejak setahun lalu.

Wakil peniaga Abd. Karim Kassim, 30, berkata, tiga pertemuan dengan MBMB dan Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), pihak terbabit telah bersetuju untuk menyediakan tapak baru jika mereka bersetuju untuk mengosongkan kawasan tersebut.''Berdasarkan janji yang diberikan itu, kami telah bersetuju tetapi sebaliknya baru-baru ini kami mendapat notis arahan untuk berpindah segera tanpa jaminan tapak baru seperti yang dijanjikan berhampiran kawasan tersebut.


''Ini benar-benar mengecewakan kami seluruh peniaga bumiputera di sini. Kenapa melaungkan slogan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan tetapi sebaliknya kami sebagai rakyat ditindas," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam. Katanya, MBMB dan PPSPM tidak mengotakan janji bagi menyediakan tapak baru setelah kesemua peniaga telah memberikan persetujuan untuk berpindah dari tapak yang didiami sejak setahun lalu.

"Selepas menerima notis tersebut kami telah mengemukakan surat rayuan tetapi tidak ada maklum balas daripada MBMB tetapi sebaliknya mereka mendapat notis daripada PPSPM meminta tapak itu dikosongkan untuk kerja penambahbaikan akan dilaksanakan di tapak itu," katanya.

Seorang lagi peniaga, Abd. Rahman Kassim, 34, pula berkata, belum sempat diadakan perbincangan lanjut berkenaan notis kedua itu, peniaga dikenakan kompaun bernilai RM250 pula oleh pihak MBMB pada tarikh 9 Mei lalu.Katanya, kompaun itu dikenakan kepada mereka dengan alasan mereka berniaga tanpa lesen di tapak berkenaan.

Mengulas perkara itu, Abd. Rahman berkata, beberapa peniaga telah tamat lesen perniagaan namun mereka tidak memperbaharui lesen itu kerana belum ada penyelesaian berkenaan dua notis terdahulu.

"Kami bukan tak nak perbaharui lesen tapi masalah berkenaan dua notis awal belum selesai dan kami tak tahu di mana sebenarnya kami boleh berniaga jadi macam mana nak perbaharui lesen," katanya. Katanya, kompaun itu juga belum dijelaskan kerana mereka masih belum pasti kedudukan mereka walaupun diberi tempoh sehingga 23 Mei untuk berjumpa pegawai MBMB supaya kes kompaun boleh diselesaikan di luar mahkamah.

Seorang lagi peniaga, Moktar Kadir, 58, berkata, sehingga kini tiada pihak tampil untuk berbincang dengan mereka untuk menyelesaikan dilema itu.Katanya, kesemua peniaga bersedia untuk berbincang dan berpindah ke lokasi baru sekiranya diarahkan sekali gus dapat meneruskan perniagaan.


Tuesday, 18 May 2010

Wong Fei Hung


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkanjatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu).

Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.


Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi.

Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.


Thursday, 13 May 2010

Tugu 1 Malaysia Mahal 3 Kali Ganda


Artikel dipetik daripada Harakah keluaran 18 – 21 Jamadilawal 1431 / 3 – 6 Mei 2010

Melaka : DAP Melaka mempersoalkan kos pembinaan Tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang bernilai RM 352 ribu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kerna ianya meningkat 3 kali ganda berbanding dengan harga pasaran sebanyak RM 100 ribu.

Menurut Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong, harganya meningkat 3 kali ganda daripada harga pasaran dan dipercayai mempunyai unsur rasuah atau penyelewengan dalam penganugerahan tender tersebut.

“ Ini tidak sejajar dengan slogan 1 Malaysia di mana salah satu wawasan utamanya ialah untuk menghapuskan rasuah dan ini menghina konsep 1 Malaysia kerana harga pasarannya cuma RM 100 ribu tapi meningkat kepada RM 352 ribu.”

“ Saya akan tulis surat kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan kos itu kepadanya dan cadangkan supaya RM 350 ribu itu beri kepada saya untuk dibina tiga tugu yang sama supaya beliau boleh letak di tempat yang beliau rasa sesuai,” katanya.

Sementera itu, beliau juga mempertikaikan kualiti tugu itu yang dibina menggunakan material bermutu rendah dan hanya dibaluti dengan kanvas.

“Kualiti materialnya teruk, kalau tengok daripada jauh atau luar nampak cantik tetapi bila dekat dan tengok dalamnya teruk, hanya guna kanvas, aluminium yang nipis serta pemasangannya tidak kemas sama macam polisi 1 Malaysia.”

“ Kita lihat luaran polisi BN Nampak berubah seperti kata nak bersih, telus dan bantu rakyat tapi ini membuktikan sebenarnya tiada perubahan yang ada hanya slogan untuk tutup keadaan yang sebenarnya,” kata beliau.

Beliau turut membangkitkan persoalan adakah Perdana Menteri juga bersetuju dengan harga yang meningkat begitu tinggi sehingga tiga kali ganda itu.

Tugu tertinggi di Malaysia itu dibina sempena lawatan Najib ke Melaka pada 4 Februari lalu , antara aturcara majlisnya ialah perasmian Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan pelancaran 1 Malaysia serta jamuan rakyat di sebelah malamnya yang menelan belanja RM 600 ribu di mana ianya ditanggung kerajaan negeri.

Ianya dibina daripada tetulang besi dan tapak asasnya daripada konkrit simen, tingginya 58 kaki atau 17.7 meter dengan lebarnya 30 kaki atau 9.1 meter hanya dibaluti dengan kanvas di bahagian depan dan belakangnya.

Manakala, di bahagian kiri kanannya ditutup menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di depannya ditutup dengan kayu lapis nipis serta termasuklah 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.


Monday, 10 May 2010

USRAH PEMUDA KAWASAN BUKIT KATIL


Tempat : Rumah saudara Jauhar Mohd Dawi
Tarikh : 30 April 2010
Masa : 7.30 malam – 9.30 malam

Pengisian :

Saudara Amin selaku pengerusi majlis memulakan usrah dengan bacaan surah Al-fatihah kemudian disambung dengan bacaan Al-ma’thurat.

Pengisian usrah diteruskan dengan bacaan surah Muhammad ayat ke-14 dan 15 oleh saudara Abu Khir dan kemudian dibacakan pula terjemahan ayat oleh saudara Aizat.

Sesi perbincangan berkaitan ayat yang dibacakan dimulakan oleh saudara Taufik dengan membacakan tafsir ayat berpandukan Kitab Tafsir A-Azhar karangan Prof. Hamka. Ayat ke-14 menjelaskan berkaitan perbandingan yang Allah berikan berkaitan orang-orang yang melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Allah dan orang –orang yang ingkar dan melakukan sesuatu hanya berpandukan kehendak nafsu mereka. Amalan mereka ini di hiaskan oleh syaitan sehingga dilihat baik oleh mereka yang memandang. Di akhir ayat Allah menyatakan bahawa sudah pasti tidak akan sama amalan kedua-dua orang ini.

Dalam ayat ke-15 pula, Allah memotivasikan orang-orang yang beriman dengan menceritakan perihal kecantikan syurga yang tidak terbayang dan tidak terjangkau dek akal. Bagaimana di syurga kelak akan ada sungai yang mengalir dari tiga jenis air iaitu air yang payau, susu, arak dan madu. Mereka yang tinggal kekal di dalam syurga ini pula diberikan makanan oleh Allah dari buah-buahan yang pelbagai jenisnya. Kemudian ditanyakan oleh Allah keadaan mereka adakah sama seperti keadaan ahli neraka yang diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadi hancur isi perut mereka. Sudah pasti sekali-kali tidak akan sama!.

Perbincangan diteruskan dengan ulasan dari sahabat-sahabat, seterusnya disimpulkan oleh Ustaz Norkhairi. Di antara ulasan penting yang disampaikan oleh Ustaz Norkhairi adalah ;
Setiap niat mesti dibenarkan oleh keazaman dan kesungguhan di dalam hati, seterusnya dibenarkan melalui perbuatan.

Ustaz menambah dengan cerita seorang sahabat yang menyesal kerana tidak menyertai peperangan Badar. Kemudian dia berazam untuk bersama-sama rasulullah dalam peperangan yang berikut. Niat dan keazaman beliau ini kemudiannya telah dibenarkan dan direalisasilkan melalui perang Uhud. Kebenaran azam beliau telah terbukti apabila beliau syahid, dan diceritakan para sahabat tidak dapat mengecam mayatnya kerana tubuhnya yang dipenuhi luka.

Terdapat empat golongan orang yang mati syahid, iaitu;
· Seorang yang soleh kemudian dia pergi berjihad dijalan Allah dengan jiwa yang berani lalu dia syahid
· Seorang yang soleh kemudian dia pergi berjihad dijalan Allah dengan perasaan takut lalu dia syahid
· Seorang yang mencampur-adukkan amalan soleh dan amalan maksiat kemudian dia berjihad dijalan Allah lalu dia syahid
· Seorang yang melakukan maksiat kemudian dia berjihad dijalan Allah lalu dia syahid.

Begitulah keadaan orang yang bersungguh-sungguh dalam usaha melaksanakan syariat Allah. Seterusnya ustaz mengaitkan dengan keadaan semasa ahli jemaah pada hari ini. Kebanyakan kita tidak bersungguh dalam berjuang, sehinggakan belumpun mencapai kemenangan ada sebahagian dari kita yang sudah mula mengejar kedudukan dan harta. Wallahua’lam.

Usrah ditamatkan pada jam 9.30 malam dengan surah Al-Asr dan Tasbih Kafarah. Seterusnya solat isyak secara berjemaah dan jamuan makan.


Laporan oleh : Mohd Taufik Rizal bin Mohd Said


Friday, 7 May 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil 2010


PAS Kawasan Bukit Katil yang mengadakan mesyuarat agung kali ke 7 pada hari Ahad 2 Mei 2010 yang lalu meluluskan sebulat suara usul mengheret pemimpin kerajaan BN yang sanggup menggunakan khidmat APCO dalam kerja-kerja melibatkan keselamatan negara.Usul yang dibentangkan secara tergempar oleh Dewan Pemuda Kawasan itu diterima sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Semasa membentangkan usul tersebut wakil Dewan Pemuda Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kedurjanaan, kecurangan dan kebiadapan pemimpin kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia dan umat Islam seluruh dunia. Mereka mesti disiasat dan diheret ke muka pengadilan kerana membelakangkan undang-undang negara.

Mengapa khidmat APCO digunakan sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel yang terus terang menzalimi rakyat Palestin secara berterusan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil juga berpendapat, selain membazirkan duit rakyat, mungkin telah berlakunya penyalahgunaan kuasa di dalam mendapatkan khidmat APCO tersebut.


Dalam hal yang berkaitan, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tersebut telah menyebut tentang pendedahan di dalam akhbar Harakah terkini mengenai isu artis luar negara, Pitbull yang akan mengadakan konsert selama 12 jam tanpa henti bermula dari 7 malam hingga 7 pagi pada bulan Mei ini ( berita berkaitan di bahagian bawah artikel ini ).


Menurut maklumat yang diterima beliau, artis tersebut bakal mengadakan persembahan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Pahang. Penaja utama konsert ini juga adalah sebuah syarikat arak terkemuka, yang mungkin akan mengedarkan arak secara percuma kepada pengunjung konsert tersebut.

Konsert terbuka itu dikhuatiri bakal mengulangi konsert tepi pantai di Port Dickson beberapa tahun lalu yang dicemari dengan aktiviti minum arak, pengambilan dadah dan seks bebas.

Beliau turut sama merasmikan Markas PAS Paya Dalam yg telah siap pembinaannya sejak awal tahun ini yang turut sama menempatkan PASTI Al Hadi.



Berita berkaitan Markas PAS Paya Dalam :
http://blogbukitkatil.blogspot.com/2010/05/maka-pada-tanggal-17-jamadil-awal-1431.html

Lagi gambar – gambar sekitar mesyuarat agung Pas Kawasan Bukit Katil : http://blogbukitkatil.blogspot.com/2010/05/gambar-gambar-mesyuarat-agung-pas.html

Laporan asal Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil 2010 : http://mutaligat.blogspot.com/2010/05/apco-pas-kawasan-bukit-katil-lulus-usul.htm

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan memberi penjelasan mengapa meluluskan persembahan konsert Pitbull pada 15 Mei ini.

“Bagaimanakah artis seperti Pitbull berjaya mendapat kelulusan untuk membuat persembahan sedangkan video clip dan lirik lagu beliau ternyata berbaur lucah dan membawa pengaruh seks rambang, budaya penagihan dadah sebagai rekerasi?” tanya beliau.

Katanya, penjelasan itu perlu dibuat oleh pihak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana Pitbull membawa unsur negatif kepada rakyat negara ini.

“Bukankah kementerian harus mempertahankan kesejahteraan dan ketenteraman rakyat Malaysia supaya tidak didedahkan kepada elemen-elemen dan unsur–unsur negatif yang boleh memudaratkan rakyat Malaysia amnya?” katanya lagi.

Merujuk kepada garis panduan, Jawatankuasa Puspal dipertanggungjawabkan untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.

Tambahnya, merujuk kepada Fakta 4.3 dan 4,4 dari garis panduan, keputusan sesuatu permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Puspal adalah keputusan majoriti ahli mesyuarat yang mana korum bilangan minimum ahli mesyuarat tetap yang diperlukan untuk jawatankuasa itu boleh bersidang adalah lapan orang.

Ini, katanya bermakna jawatankuasa seramai minimum lapan orang telah gagal membuat penilaian yang sewajarnya berkenaan kesesuaian artis seprti Pitbull itu.
“Jika perkara ini dibenarkan, maka ianya telah menjadi satu ‘daya ukur’ atau telah menjadikannya satu precedent yang mana di masa-masa akan datang, mana-mana penganjur yang mempunyai artis yang hampir sama akan mendapat kelulusan,” katanya lagi.


Tambahnya, juga satu perkara lain yang serius ialah kebenaran Puspal untuk membenarkan konsert berlangsung selama 12 jam tanpa henti dari 7 malam hingga ke 7 pagi hari berikutnya telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert.

Ini, katanya kerana seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.
Begitu juga, ujarnya bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi.


“Bukankah konsert 12 jam ini jelas melanggar beberapa syarat-syarat yang ditetapkan?” soalnya lagi.
Menurutnya, ternyata melalui isu Pitbull itu menampakkan yang pihak kementerian tidak akur dengan wacana tersebut malah membuka ruang untuk budaya negatif menular ke masyarakat muda kita.


Selepas dihebahkan berkenaan konsert Pitbull 12 jam itu yang akan berlangsung di kawasan persekitaran Genting Highlands, dikhabarkan ia akan berpindah lokasi ke Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Difahamkan bahawa kemungkinan pihak Pejabat Daerah Bentong tidak membenarkan acara tersebut diadakan.


Justeru, kata Nasharudin, PAS berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil pendekatan sedemikian di atas dasar kemudaratan akhlak dan etika kepada masyarakat anak-anak muda pelbagai bilang bangsa dan agama di negara kita ini.

“Kami yakin kebijaksanaan dan kewibawaan (DBKL) untuk tidak membenarkan Konsert 12 jam ini di mana-mana jua lokasi di Kuala Lumpur akan memelihara ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat muda ibu kota dan negara amnya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

sumber : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26429:pas-desak-kerajaan-jelaskan-lulus-konsert-pitbull&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124


Tuesday, 4 May 2010

Gambar - gambar sekitar Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil 2010























Monday, 3 May 2010

SUKAN PASTI KAWASAN BUKIT KATIL 2010


Keputusan Sukan Bola Sepak


Keputusan Sukan Bola Jaring


Sukan Pasti Kawasan Bukit Katil berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Tahun ini, Pasti Al Hadi dari Paya Dalam menjadi tuan rumah kejohanan. Pertandingan bola sepak pula diadakan di gelanggang Futsal berhampiran yang diuruskan oleh JKKK Umno di situ. Semua Pasti yang berada dalam kawasan Bukit Katil mengambil bahagian dalam kejohan sukan kali ini. Buat Julung-julung kalinya pertandingan perbarisan dan kontigen terbaik turut diadakan kali ini. Kontijen pasukan terbaik dimenangi oleh Pasti Al Kautsar dari Ayer Keroh manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasti Seri Jati. Pasti Seri Jati sekali lagi mempertahankan johan bola sepak yang dimenangi tahun lepas dengan mengalahkan Pasti Ar Rahmah dengan keputusan sepakan penalti 4 - 3. Sementara itu johan bola jaring dimenangi oleh Pasti Ar Rahmah dengan mengalahkan Pasti Al Ikhwan dengan keputusan 9 - 2.

Buat pertama kalinya juga kejohanan bola sepak diadakan di gelanggang Futsal bersebelahan dengan balairaya. Apa yang lebih menarik kejohanan sukan pasti ini menyaksikan kejatuhan bendera Umno di situ.....


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59