Friday, 16 April 2010

MELAKA MAJU 2010: MURID TERPAKSA BELAJAR BAWAH KHEMAH


Kerajaan Melaka sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk aktiviti pelancongan. Membazirkan duit rakyat untuk program Gegau Melaka yang merupakan program Umno-BN. Membazirkan jutaan ringgit lagi apabila Eye On Malaysia disita. Untuk PRK Hulu Selangor pemimpin Umno-BN akan berhabisan lagi untuk memenangkan calon MIC.Mereka pasti akan berkempen Pakatan Rakyat tidak membela nasib rakyat.



Lagu lama akan dimainkan Kelantan yang dikuasai oleh Pas terus mundur dan tak membangun.Kepada Ketua Melaka, bela dan jaga kebajikan rakyat negeri sendiri. Jika sebelum ini beliau cukup bermurah hati untuk mendermakan kepada YBK RM 5.4 juta di Selangor mengapa rakyat sendiri diabaikan?

Murid di sebuah sekolah sekitar bandaraya Melaka terpaksa belajar dalam khemah. Sekarang ni pula musim hujan dan cuaca panas terik tak menentu. Bayangkalah anak-anak ini belajar dalam suasana yang amat daif dan menyedihkan.


++++++
Komen : Kerajaan Melaka berhutang sejumlah RM1.5 bilion tetapi masih membazirkan wang rakyat. Salah satunya merancang membina Menara Taming Sari bernilai RM23 juta semata-mata untuk kemudahan pelancong melihat pemandangan Melaka. Selain itu perbelanjaan rombongan Ali Rustam melawat Amerika Latin semata-mata nak tengok kaedah menghijaukan Melaka mencecah RM1 juta. Tapi murid di negeri sendiri belajar di bawah khemah aje..
Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih.
Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang mana pulangan keuntungannya dipertikaikan.
Lu pikir la sendiri..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

ye, kita maklum dgn perkara spt di atas. cuma, adat bila berhujah, pastikan maklumat cukup tepat untuk menembak, baru lawan x gelak kat kita.
pembangunan prasarana sekolah adalah dibawah tanggungan pusat, bukan negeri. maksudnya, kerajaan pusat mewujudkan sekolah dan menyediakan segala2nya yg perlu utk menubuh-wujudkan sebuah sekolah termasuk bilik darjah. so x boleh kaitkan walaupun dah terangan berlaku.

Admin said...

jangan guna anonymous.. tu x gentlemen namanya....

hahaha.. kerajaan pusat pun x boleh nak tlg negeri melaka sebab duit x de. Pada hal kat melaka lah paling ramai umno di dunia... hehehe... kesian kat umno melaka... asyik kena kencing je denga pemimpin mereka... kahkahkah...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59