Friday, 30 April 2010




TEMA : MENJANA GENERASI AL-QURAN

8 PASTI TELAH MENGESAHKAN PENYERTAAN DI DALAM SUKAN BOLASEPAK DAN BOLAJARING :
PASTI AL-KAUTSAR, AYER KEROH
PASTI JAYA INSAN, BUKIT KATIL
PASTI AL-HADI, PAYA DALAM
PASTI AR-RAHMAH, SOLOK GAUNG,
PASTI SERI JATI, TAMAN SERI JATI
PASTI TARIQUS SAADAH, BUKIT BARU
PASTI AL IKHWAN, MELAKA BARU
PASTI AS SOLEHAH, TAMAN MERDEKA
ACARA LAIN : PERARAKAN KONTIJEN, YANG TURUT DISERTAI OLEH PASTI RAUDATUL SAKINAH, KANDANG
Aturcara
7:30 pagi : Pendaftaran
8:00 pagi : Perbarisan dan perarakan kontijen
8:30 pagi : Kejohanan Sukan Bolasepak dan Bolajaring bermula
12:45 tengahari : Majlis penutup dan penyampaian hadiah
1:30 petang : Bersurai


Tuesday, 27 April 2010

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka projek 'Gajah Putih'


MELAKA: Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri melaksanakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang sehingga kini masih gagal menarik minat syarikat penerbangan lain untuk beroperasi di situ.

"Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata dalam Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa syarikat penerbangan seperti AirAsia, FireFly dan lain-lain untuk menyediakan perkhidmatan di LTAM." Dan katanya lagi syarikat penerbangan akan menentukan samada operasi di sesebuah lapangan terbang itu perlu atau tidak berdasarkan kepada 'business decision' masing-masing."

Dengan jawapannya maka fahamlah kita bahawa LTAM ini akan menjadi satu lagi projek Gajah Putih sehingga ke suatu masa yang kita pun tidak pasti," kata beliau. Beliau berkata, sebenarnya kerajaan telah gagal menjalankan kajian dan analisis yang baik sebelum membuat keputusan untuk menaiktaraf lapangan terbang dan apakah kerajaan tidak membuat kajian terperinci dari segi komersial dan lain-lain.

"Akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja, walaupun lapangan terbang ini sudah dirasmikan sebanyak dua kali tetapi ianya masih sunyi sepi tiada kapalterbang komersil besar yang menggunakannya," tambahnya. LTAM yang bernilai RM193 juta terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya telah dinaiktaraf seperti pemanjangan landasan dari 1,800 meter kepada 2,135 meter turut menempatkan menara kawalan, unit bomba dan penyelamat serta pusat kawalan kaji cuaca bagi membolehkan pesawat Airbus dan Boeing 737 beroperasi.

Manakala Terminal LTAM yang baru berharga RM190 juta seluas 7,000 meter persegi dilengkapi kemudahan seperti ruang menunggu penumpang berlepas dan ketibaan, bilik VIP, tandas, enam kaunter masuk dan empat kaunter keluar bagi penerbangan antarabangsa dan domestik dikatakan bakal mengendalikan 1.5 juta penumpang setahun berbanding hanya 300,000 sebelum ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak juga meminta kerajaan negeri merangka strategi pengisian khusus agar dapat dimanfaatkan oleh semua syarikat penerbangan tempatan dan luar negara ketika merasmikannya 4 Februari lalu kerana hanya satu syarikat sahaja yang menggunakannya iaitu Riau Airlines yang menawarkan penerbangan Melaka-Pekan Baru-Melaka.

Tinjauan Harakah ke lokasi juga mendapati suasananya sunyi sepi tanpa deruan enjin kapalterbang yang membingitkan seperti lapangan terbang antarabangsa lain dan tiada kapalterbang pun kelihatan di landasannya malahan, keadaan di dalam Terminal menyaksikan petugasnya hanya duduk santai sahaja kerana tiada penumpang yang hendak diuruskan.

sumber : http://generasiparameswara.blogspot.com/


Saturday, 24 April 2010

ALI RUSTAM MAHU PENDIDIKAN SEKS DITERUSKAN DI SEKOLAH


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Muhd. Ali Rustam menggesa agar cadangan pendidikan seks diteruskan pelaksanaanya di sekolah. Perkara ini dinyatakan dalam lawatannya ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Tee di Klebang baru-baru ini.

Walau bagaimanapun beliau meminta Kementerian Pelajaran membuat penjelasan lanjut kepada ibu bapa dan menukar nama pendidikan seks untuk mengubah persepsi masyarakat.Inilah contoh pemikiran pemimpin Umno untuk memesongkan makna seolah-olah ingin menghalalkan sesuatu tindakan. Misalnya istilah arak kepada minuman keras. Bagi pemimpin Umno meminum arak bukan satu kesalahan besar berbeza jika dilakukan oleh orang lain selain daripada pemimpin Umno.

Sebab itulah dalam Umno ada judi halal dan judi haram. Sport Toto, 4D, judi di Genting Highlands termasuk kateogori judi halal sebab itulah pemimpin Umno sokong untuk diberi lesen dan kemudahan.

Apakah dengan menukar nama zina kepada seks bebas, rasuah kepada politik wang, arak kepada minuman keras maka masyarakat akan terdidik dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang bertentangan di sisi Islam? Boleh jadi sebab itulah juga disebabkan istilah politik wang yang digunakan oleh pemimpin Umno, maka rasuah yang dilakukan oleh Ali Rustam dalam pemilihan Umno lalu tidak dianggap sebagai satu perbuatan yang berdosa di sisi agama dan undang-undang negara. Lantaran itu, Ali Rustam masih mampu dengan muka tak malu di Hulu Selangor mengaibkan orang lain, sekaligus menggambarkan dirinya suci dan bersih.

Inilah contoh apabila, Islam tidak dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam semua masaalah. Maka sebab itulah Ali Rustam sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri memotong elaun guru takmir yang mengajar masjid dan surau di Melaka daripada RM 50 yang kini tinggal cuma RM 10 je bermula awal tahun ini. Adakah masyarakat Barat yang dikiblatkan oleh pemimpin Umno seperti Ali Rustam berjaya mengatasi gejala zina dan anak haram setelah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah?

Ali Rustam sebagai Pengerusi MAIM cuba lihat statistik kes zina, pertambahan anak haram dan kes buang anak di Melaka. Adakah Ali Rustam mahu kes-kes yang terus naik mendadak ini terus meningkat umpama pesta maksiat yang sedang subur di Melaka sekarang?

sumber : http://angkasanuri.blogspot.com/


Thursday, 22 April 2010

Projek Jeti Sungai Lereh Membazir


MELAKA: Projek penempatan semula nelayan di sepanjang pantai Klebang dan Tanjung Puteri yang dibina di Sungai Lereh akhirnya seperti yang diduga menjadi satu lagi bukti pembaziran wang rakyat oleh kerajaan Umno/BN, di sini.

Antara nelayan yang terlibat itu ialah dari pengkalan Lereh, Pantai Hailam, Balik Bukit, Pantai Puteri dan Pantai Kundor di mana penempatan nelayan yang terbesar ialah di Pantai Puteri yang menempatkan hampir 100 nelayan.

Pembinaan jeti yang menelan belanja sebanyak RM3.3 juta sepanjang kira-kira 200 meter itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk balai nelayan dan dua pondok rehat serta tandas.

Muara sungai yang telah diubahsuai kononnya bagi menempatkan lebih ramai lagi nelayan di situ telah menimbulkan masalah baru iaitu mendapan pasir dan menghalang pergerakan nelayan keluar masuk dari jeti berkenaan ke laut.

Walaupun pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah beberapa kali melakukan kerja-kerja pengorekkan namun masalah sama tetap berulang kerana kawasan itu memang secara semulajadinya merupakan tempat mendapan pasir dan tidak sesuai dijadikan laluan muara sungai berbanding muara lama yang sudah ditambak.

Pengarah JPS Melaka, Gapar Asan memberitahu, JPS akan melakukan kerja-kerja pengorekkan berkala sebagai alternatif terbaik menyelesaikan isu berkenaan sementara menunggu projek tambak laut di muara sungai berkenaan dijalankan.

Persoalannya ialah berapakah kos pengorekkan tersebut dan ianya juga merupakan kos tambahan atau kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai disebabkan kurang cerdiknya polisi pembangunan kerajaan negeri.

Jeti itu hanya digunakan sekitar 20 nelayan asal Sungai Lereh sahaja dan rata-rata nelayan yang diarahkan berpindah itu membantah kerana cadangan tersebut tidak rasional serta tidak mengambilkira pandangan mereka terlebih dahulu.

Selain disebabkan oleh muara yang cetek, kawasannya yang sempit, faktor keselamatan bot dan peralatan menangkap ikan, kurangnya kemudahan nelayan seperti bahanapi diesel yang jauh, menjejaskan pendapatan mereka dan pelbagai lagi kos akan bertambah.

Akhirnya yang mendapat untung daripada projek yang dikatakan untuk membantu nelayan ini adalah pihak-pihak yang tertentu dan mempunyai kepentingan seperti kontraktornya di mana kebiasaannya terdiri daripada kroni-kroni mereka.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pembangunan Desa dan Pertanian, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, Kerajaan negeri merancang untuk memindahkan nelayan-nelayan dari Pantai Puteri ke penempatan nelayan di Sungai Lereh dengan tujuan mencantikkan lagi pemandangan di kawasan tersebut dan kerana mahu menjadikan Pantai Puteri sebagai destinasi pelancongan baru.

Pendedahan seperti ini hanyalah sekelumit kisah benar yang berlaku di Melaka Bandaraya Bersejarah bagi mengenyangkan kroni Umno/BN yang rakus tanpa memikirkan pembaziran wang rakyat supaya mereka terus memberikan sokongan dan bersama-sama mempertahankan serta mengekalkan kelangsungan kuasa Umno/BN.

Maka tidak hairanlah ketika Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Angkatan Muda KeADILan Melaka membuat laporan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam Mac tahun lepas, mereka ini tanpa merasa malu mempertahankan beliau dan melakukan provokasi bagi mengagalkan laporan itu.

sumber : http://generasiparameswara.blogspot.com/


Tuesday, 20 April 2010

Ali Rustam Dah Tak Rasuah Lagi, Betul Ke?


Melihat kepada laporan Malaysiakini aku betul-betul meluat dengan sikap pemimpin UMNO BN. Lebih-lebih lagi Ali Rustam, konon-kononnya bersih dari rasuah setelah disucikan oleh SPRM. Setelah ko di lihat bersih bolehlah ko nak mengata orang lain pulak. Dimana nak letak muka Tengku Ahmad Rithaudeen selaku pengerusi Lembaga Displin UMNO? Adakah tuduhan terhadap Ali Rustam yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hanya rekaan semata-mata? Betul ke Ali Rustam tak merasuah lagi ?

Ali Rustam dilaporkan dalam ceramah di Hulu Selangor yang sekadar 50 orang yang hadir dan membuat serangan peribadi ke atas Zaid Ibrahim yang merupakan calor PKR di Hulu Selangor. “Dia cakap dia dah tak minum lagi," katanya yang disambut dengan senyuman daripada para hadirin."Aku bukan nak mengata kau (Zaid), aku cuma dengar cerita. Bukan saya kata...," katanya.


Ali Rustam juga berkata ada pihak yang mengatakan bahawa Datuk Zaid sudah tidak lagi mengambil alkohol. "Dia kata Datuk Zaid dah tak minum lagi. Betul ke? Orang kata Datuk Zaid minum. Sekarang Datuk Zaid dah tak minum lagi. "Satu lagi orang kata, Datuk Zaid baru balik haji. Dah dia nak bela, beria-ria," katanya. Selain percubaan mengaibkan Zaid, peribadi berberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga diserang habis-habisan oleh UMNO BN.

Aku bukan nak membela sesiapa tetapi kalau nak diikutkan berapa ramai lagi pemimpin UMNO BN menjadikan arak sebagai minuman harian mereka. Dakwaan tersebut telah dibuat oleh Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang) dalam Dewan Rakyat tempoh hari yang menyaksikan Khairy Jamaluddin dan Tajuddin Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pasir Salak) macam cacing kepanasan menjawab tuduhan tersebut.

Oleh itu, pemimpin UMNO BN janganlah nak berlagak baik pulak. Jangan lupa, kilang-kilang arak yang berada dalam negara ini adalah warisan pemerintahan daripada UMNO BN bukannya Pakatan Rakyat.


Monday, 19 April 2010

Pertandingan Badminton Beregu Terbuka


Anjuran :- Al-Kautsar Sport Center Club
Kerjasama :- YB. ADUN Ayer Keroh (DAP)
Tarikh :- 01 Mei 2010
Masa :- 08.00pagi - 03.00petang
Tempat :- Dewan Badminton Bachang
Yuran Pendaftaran :- RM 40 ( 1 Bergu )


Hadiah :- Juara (Piala Pusingan, RM200, Hamper, Medal, Sijil)
:- Naib Juara (RM150, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-3 (RM100, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-4 (RM70, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-5 (RM50, Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-6-15 (Hamper, Medal, Sijil)
:- Ke-16 & kebawah (Cenderahati, Sijil)

Pertanyaan
:- En. Yakin 013-6265359
:- En. Saidi 012-3348412
:- En. Syam 013-6204097
:- En. Saat 012-9349531


http://nadarakyat.blogspot.com/2010/04/pertandingan-badminton-bergu-terbuka.html


Friday, 16 April 2010

MELAKA MAJU 2010: MURID TERPAKSA BELAJAR BAWAH KHEMAH


Kerajaan Melaka sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk aktiviti pelancongan. Membazirkan duit rakyat untuk program Gegau Melaka yang merupakan program Umno-BN. Membazirkan jutaan ringgit lagi apabila Eye On Malaysia disita. Untuk PRK Hulu Selangor pemimpin Umno-BN akan berhabisan lagi untuk memenangkan calon MIC.Mereka pasti akan berkempen Pakatan Rakyat tidak membela nasib rakyat.


Lagu lama akan dimainkan Kelantan yang dikuasai oleh Pas terus mundur dan tak membangun.Kepada Ketua Melaka, bela dan jaga kebajikan rakyat negeri sendiri. Jika sebelum ini beliau cukup bermurah hati untuk mendermakan kepada YBK RM 5.4 juta di Selangor mengapa rakyat sendiri diabaikan?

Murid di sebuah sekolah sekitar bandaraya Melaka terpaksa belajar dalam khemah. Sekarang ni pula musim hujan dan cuaca panas terik tak menentu. Bayangkalah anak-anak ini belajar dalam suasana yang amat daif dan menyedihkan.


++++++
Komen : Kerajaan Melaka berhutang sejumlah RM1.5 bilion tetapi masih membazirkan wang rakyat. Salah satunya merancang membina Menara Taming Sari bernilai RM23 juta semata-mata untuk kemudahan pelancong melihat pemandangan Melaka. Selain itu perbelanjaan rombongan Ali Rustam melawat Amerika Latin semata-mata nak tengok kaedah menghijaukan Melaka mencecah RM1 juta. Tapi murid di negeri sendiri belajar di bawah khemah aje..
Selain Eye On Malaysia, sebuah Skrin Air Terbesar di dunia dan 'aerospace dome' yang bernilai RM 43 juta yang sedang dalam pembinaan di tempat yang berhampiran.Ini semua menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan projek-projek mega di Melaka sebelum ini yang akhirnya menjadi projek gajah putih.
Di antaranya ialah projek Pulau Melaka yang bernilai bilion ringgit yang menjadi sarang maksiat dan tempat melepas gian penagih dadah. Ali Rustam juga tidak mengambil ikhtibar daripada kegagalan projek 'Suara dan Bunyi' yang bernilai jutaan ringgit yang mana pulangan keuntungannya dipertikaikan.
Lu pikir la sendiri..


Tuesday, 13 April 2010

Street Soccer Bukit Beruang



Pada hari Ahad, 11 April 2010 telah berlangsungnya kejohanan Street Soccer di Bukit Beruang anjuran beberapa orang penduduk tempatan. Lebih daripada 10 pasukan telah telah mengambil bahagian yang mana mewakili empat taman perumahan yang berdekatan iaitu Taman Bukit Merdeka, Taman Bunga Raya, Taman Faridah dan Taman Bukit Beruang Utama.



Remaja yang terlibat berusia di dalam kejohanan tersebut terdiri dalam lingkungan belasan tahun. Kejohanan ini dilangsungkan secara liga yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.00 petang.

Saudara Saiful Arifin, saudara Mohd Faizan Abu Samah dan saudara Arifin bin Sulaiman yang menjadi penganjur kepada sukan tersebut telah mengambil inisiatif ini dengan hasrat untuk menarik belia sekitar memenuhi masa mereka dengan kegiatan yang berfaedah disamping mengeratkan lagi silaturahim antara mereka dan pemimpin masyarakat tempatan.



Turut hadir dalam kejohanan itu adalah ADUN DAP dari Ayer Keroh, Khoo Paoy Tiong bersama pimpinan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, Nazri Ariffin dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Bukit Katil, Jauhar Md Dawi. Hadir sama beberapa Pemuda Cawangan PAS Bukit Beruang.

Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak menarik perhatian kepada belia disamping mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dikala musim gejala sosial yang kian menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Semoga belia Bukit Beruang akan terus bersama dalam setiap program yang bakal diadakan sebagai satu sukan yang menjadi rutin kepada mereka.


Thursday, 8 April 2010

Sistem Penyaman Udara Rosak lagi, Poliklinik Ayer Keroh Panas


http://dapmlk.blogspot.com/

Poliklinik Ayer Keroh yang menghadapi masalah berkulat sebelum ini, sekarang pula menghadapi masalah tanpa hawa dingin sehingga suhu meningkat kepada 31.5C.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.8juta untuk memperbaiki sistem penyaman udara yang menjadi punca bangunan poliklinik tersebut berkulat.Akan tetapi, setelah ia mula beroperasi semula pada 28Sept2009, hanya 4 bulan saja i.e. 08Feb2010, sistem penyaman udara tersebut ROSAK lagi!!!!

Ini jelas menunjukkan Kerajaan Barisan National tidak pernah berubah. Amalan projek diberikan kepada kroni-kroni BN telah menyebabkan kecacatan dalam projek mereka.

Akibatnya keutamaan rakyat dikorbankan dan merugikan masyarakat.Kejadian Poliklinik ini jelas menunjukkan kerja tidak dijalankan dengan betul dan menyusahkan para pesakit yang mengunjungi klinik ini. Begitu juga, ianya juga tidak adil kepada semua kakitangan klinik tersebut yang terpaksa bertugas selama 8 jam dalam suasana yang panas.

Mananya "RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"Nampaknya, untuk menghapuskan ketidakadilan ini, satu-satu caranya ialah MENOLAK BN, MENUKAR KERAJAAN!!!!


Adun Ayer Keroh YB Khoo sedang menunjukkan notis tentang penyaman udara di Poliklinik Ayer Keroh.


Tuesday, 6 April 2010

Kos Pondok Bas Dipertikai


http://generasiparameswara.blogspot.com/2010/04/pondok-bas-rm44525.html

MELAKA: Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong meminta siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), Bukit Katil, di sini, kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM44,525.

Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang murah serta berkualiti rendah.

Khoo berkata, jumlah kos yang tidak munasabah itu diterimanya melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka yang telah bersidang baru-baru ini."

Kita mengesyaki adanya unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok bas itu yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Harga tersebut terlalu mahal, tak masuk akal, ukurannya terlalu kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki dan kalau ikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 saja," kata beliau.

Sepatutnya tambah beliau, MBMB mengeluarkan tender secara terbuka kepada kontraktor agar berlakunya ketelusan dan dapat menghindarkan penyelewengan serta ketirisan yang menyebabkan kosnya meningkat berkali ganda."

Material ataupun bahan binaan yang digunakannya juga jenis murah dan teruk yang sudah tentu harganya lebih rendah lagi."

Ini adalah di antara pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam negeri Melaka yang diperintah oleh Barisan Nasional dan kita harap pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini supaya amalan buruk seperti ini boleh dibendung," ujarnya.

Selain itu, pelbagai lagi projek yang tiada mempunyai keperluan atau kepentingan telah dilaksanakan di Melaka seperti membaikpulih balairaya yang tidak rosak dan membina pondok bas sedangkan tiada bas melaluinya bertujuan untuk mengenyangkan kroni pihak tertentu.

Bagaimana harganya boleh melebihi harga sebuah rumah kos rendah tiga bilik yang boleh dihuni 5 hingga 7 sekeluarga. Ini satu lagi perkara pelik bin ajaib yang berlaku di Melaka seperti dalam filem DoReMi.

SPRM dan PDRM sila siasat kes ini kerana ianya mempunyai kebarangkalian penyelewengan atau ketirisan yang melibatkan wang rakyat Melaka.


Sunday, 4 April 2010

H1N1 ragut 2 beranak di Melaka


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menasihatkan orang ramai khususnya penduduk negeri Melaka agar terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A(H1N1) yang telah diumumkan sebelum ini. Ini berikutan kes terbaru yang dilaporkan menerusi media masa mengenai mangsa terbaru yang meninggal dunia setelah disahkan positif H1N1 di Hospital Melaka.

Kejadian kluster Influenza-Like Illness (ILI) juga telah dilaporkan di Melaka oleh TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 31 Mac 2010 menerusi laman web
http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php ;
satu kejadian di Ladang Sime Darby Merlimau Estate Melaka (melibatkan 16 pekerja), satu di Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah Melaka (31 pelajar), dan satu di IKM Jasin Melaka (7 pelajar).


============

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/58581-h1n1-ragut-2-beranak-di-melaka

KUALA KUBU BHARU, 3 April — Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah
dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara
ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.
Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing masing pada Rabu dan semalam di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara
ini pada keseluruhannya semakin baik.
“Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum,” katanya di sini.

Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita
berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke
hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).
Wanita itu telah diberikan rawatan Tamiflu bagaimanapun masalah kencing manis yang
tidak terkawal menyebabkan komplikasi “severe metabolic acidosis” akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman lain dan kencing manis, katanya.

Liow berkata anak wanita itu pula yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung 36
minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.
“Pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1. Rawatan Tamiflu dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari yang sama.

“Selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat ‘‘Adult Respiratory Distress Syndrome’’,” katanya.

Beliau berkata ujian terhadap bayi wanita itu bagaimanapun negatif untuk H1N1 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas mengenai jangkitan itu pada keseluruhannya, Liow berkata sehingga pukul 6 petang semalam seramai 26 orang telah disahkan positif H1N1, dan sebanyak 375 kes ILI sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Liow berkata orang ramai yang berisiko seperti wanita hamil, penghidap penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di 104 fasiliti kesihatan.
Orang ramai boleh layari laman web www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

Bernama


Thursday, 1 April 2010

Betty Chew persoal banjir kilat di Melaka


Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Isu banjir kilat di bandar Melaka masih lagi belum dapat diselesaikan dan kembali menghangatkan suasana Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedua belas, Seri Negeri, di sini, baru-baru ini.

Adun Kota Laksamana ( DAP ), Betty Chew Gek Cheng dalam soalan lisannya mempersoalkan sistem penghadang air ( Baraj ) di muara sungai Melaka yang menyebabkan bandar Melaka seringkali dilanda banjir kilat dan apakah ukuran yang digunakan untuk menakung atau melepaskan air sungai.

Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Dato’ Latif Thamby Chik menyatakan baraj bertujuan mengekalkan ukuran ketinggian air bagi operasi bot pelancong dan air akan dilepaskan jika hujan lebat serta air laut surut.

Dalam soalan tambahannya, Betty menyatakan tahap air sungai Melaka yang dikekalkan kepada 1 meter dan 1.2 meter di Taman Rempah adalah sesuai untuk bot pelancong tetapi mengakibatkan kesusahan kepada penduduk di bandar kerana banji kilat pada setiap masa.

Menurut Latiff, kerajaa sedang melakukan projek menyelesaikan banjir kilat dan tambahan pula industri pelancongan di sungai Melaka mendatangkan hasil yang lumayan kepada kerjaan negeri.

Betty seterusnya meminta penjelasan berhubung keuntungan hasil daripada industri pelancongan di sungai Melaka tetapi rakyat menderita dan meminta exco mengkaji sistem perparitan kerana sama ada musim hujan atau kemarau banjir kilat tetap berlaku.

Sebaliknya Latiff hanya menyatakan bahawa kerajaan telah mewujudkan bilik gerakan untuk atasi banjir kilat dan beliau mengatakan tiada masalah lagi.

Adun Bandar Hilir ( DAP ), Tey Kok Kiew pula mencadangkan supaya keuntungan daripada industri pelancongan di Sungai Melaka digunakan untuk membantu penduduk yang terjejas seperti menaikkan ketinggian aras rumah mereka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59