Sunday, 28 March 2010

Kincir Air Sungai Melaka tidak berfungsi, membazir


Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Adun Bachang ( DAP ), Lim Jak Wong menyatakan bahawa pembinaan ‘Kincir Air’ di sungai Melaka adalah satu kegagalan dan pembaziran keranya ianya tidak boleh berfungsi, ketika beliau membahaskan ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan negeri Kedua belas.

“ Sehingga hari ini kincir air tersebut masih tidak berfungsi walaupun sebanyak RM1.76 juta telah dibelanjakan iaitu fasa pertama RM1,477,500.00; fasa kedua RM191,650.00 dan fasa ketiga RM98,000.00.

“ Adakah kita kena tunggu fasa keempat atau seterusnya beratus hingga berjuta wang rakyat dibelanjakan, malah projek ini juga menjejaskan imej kerajaan negeri yang menjadikan pelancongan sebagai punca pendapatannya.

Beliau menyatakan sepatutnya segala perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti agar dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.

Manakala Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Dato’ Latiff Thamby Chik ketika menjawab soalan lisan berkenaan ‘Kincir Air’ menyatakan bahawa ianya telah berfungsi semula pada 28 Februari 2010 dan Utem Holdings Sdn Bhd sedang menjalankan kerja – kerja penambahbaikan beberapa kelengkapan mekanikal untuk memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, beliau yang memberi idea pembinaan ‘Kincir Air’ tersebut dan mendapat ilham ketika berkunjung ke Li Jiang, China, kerana ianya telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“ Saya fikir baik dibina kincir air seperti di Li Jiang itu dan kita keluarkan tender reka dan bina serta hantar mereka ke Syiria untuk mendalami kepakaran itu tetapi ianya berat dan sungai Melaka airnya tenang terpaksa guna motor.”

“ Kita terpaksa baiki dan gagal, jadi banyak pihak suruh buang untuk dibina yang baru, saya kata takkan nak buant RM1.4 juta kita ada teknologi takkan ini tak boleh dibuat.”

“Utem kata kosnya RM98,000.00 dan mereka setuju baiki, hari ini kita minta mereka baiki dan benda ini kecil aje pakar – pakar ramai orang dah boleh pergi ke bulan,” katanya.

Kincir Air yang dibuat daripada kayu itu dibina pada 18 September 2007 dan siap pada 28 Mac 2008 oleh Rintiz Rezeki (M) Sdn Bhd dengan kos RM1,477,500.00 tetapi ianya gagal berfungsi atau bergerak disebabkan kayunya yang berat dan air sungai Melaka yang tenang tidak bergerak.

Lalu, diarahkan TPM Engineering Sdn Bhd anak syarikat Teknologi Park Malaysia merekabentuk dan memfabrikasi sistem gegalas, membekalkan motor dan kotak galas panel kawalan bagi menggerakkan roda kincir air secara mekanikal dengan kos RM191,650 pada 13 Jun 2008 dan siap pada 2 April 2009.

Namun, ianya masih gagal digerakkan dan diambil alih oleh Utem Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknika Malaysia Melaka pada 29 Julai 2009 dengan kos tambahan RM98,000 lagi di mana dikatakan berjaya berfungsi selama sebulan bermula 20 Oktober 2009 tetapi kemudiannya rosak semula.

Sebaliknya, Dato’ Latiff menyatakan di dalam jawapan lisannya bahawa’Kincir Air’ itu telah beroperasi semula pada 28 Februari lalu tetapi ketika Harakah melakukan tinjauan ianya tidak bergerak dan dimaklumkan hanya berpusing sesekali sahaja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Rather than condemn about the mistake done on the watermill, why not help to solve the problem. Malaysian have plenty of capable people but most of them prefer to keep quiet. Why? We prefer to trust those from overseas, right. I believe many of us are prepared to take the challenge on a no-cure no-pay basis. Maybe, the challenge can be turned into a reality show.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59