Thursday, 18 March 2010

JKKK Jaga Balai Raya kata Ali Rustam


Harakah keluaran 29 Rabiulawal – 2 Rabiulakhir 1431 / 15 – 18 Mac 2010 :

Melaka : Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa balai raya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK ) dan Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menggunakannya adalah merupakan perkara biasa.

“ Balai raya adalah di bawah Pegawai Daerah dan diuruskan JKKK dan Pakatan Rakyat tak dibenarkan adalah perkara biasa sebab negeri Pakatan Rakyat juga tak benarkan Umno gunakan. “ katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong yang menanyakan balai raya di bawah bidang kuasa siapa dan mengapakah kerajaan tidak benarkan pembangkang menggunakan balai raya.

Selanjutnya Khoo meminta penjelasan berhubung kenyataan Ali Rustam itu sama ada balai raya ini hanya untuk Umno-BN sahaja atau untuk kegunaan orang ramai dan kenapa memerlukan kelulusan JKKK serta siapa yang lebih utama JKKK atau Adun.

Sebaliknya Ali Rustam menyindir negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pun begitu juga seperti Pulau Pinang sambil mengatakan jika tidak percaya boleh tanya isteri Ketua Menterinya dan menyatakan tindakan kerajaan negeri Kelantan lebih teruk.

Speaker Dun, Dato’ Othman Muhamad turut mencelah dengan mengatakan bahawa di Selangor Umno-BN yang bina balai raya tetapi sekarang ini dihalang untuk menggunakannya.

Sebelum itu ketika menjawab soalana lisan Adun Paya Rumput ( Umno ), Dato’ Tahir Hasan berkenaan perancangan bagi memastikan setiap taman perumahan mempunyai balai raya, Ali Rustam menyatakan pemaju disyaratkan menyediakan tapak balai raya dan kerajaan negeri mencadangkan supaya pemaju membina balai raya tersebut.

Adun Bachang ( DAP ) Lim Jak Wong pula dalam soalan tambahannya mempertikaikan kenapa balai raya dibina di kawasan padang taman perumahan dan ianya tidak adil kepada pembeli yang merasakan tertipu sambil meminta kerajaan negeri merezabkan kawasan padang tersebut bagi kegunaan penduduk setempat.

Komentar : Milik siapa Balai Raya kalau JKKK yang menjadi jaga? JKKK yang ahli dan ketuanya terdiri daripada ahli Umno mendirikan Balai Raya menggunakan duit Umno atau duit kerajaan ( @ duit rakyat )? Kalau duit rakyat yang digunakan, kenapa Umno seolah-olah menjadikan Balai Raya sebagai pejabat mereka?

Balai Raya adalah milik semua, tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59