Friday, 19 March 2010

Himpunan Aman Cintai Rasulullah SAW - 26 Mac 2010


Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini memaklumkan kepada semua bahawa Himpunan Aman membantah akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW TELAH DIJADUALKAN ke hari Jumaat 26 Mac 2010 .

Umat Islam digalakkan berhimpun di Masjid Tabung Haji [ solat Jumaat ] Kuala Lumpur dan selepas itu akan berarak ke Kedutaan Sweden bersama - sama bagi menunjukkan solidariti dan kemarahan ummat Islam terhadap penghinaan atau pencabulan maruah yang dilakukan oleh Akhbar Sweden terhadap Ummat Islam dan Rasul mereka SAW.

Sebelum ini beberapa karikatur Nabi saw telah dikeluarkan oleh Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden . Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama .Ayuh buat seluruh Ummah yang prihatin khasnya ummat Islam , buat persiapan dan pastikan 26 Mac 2010 semua dapat hadir.

Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi mengharapkan semua pihak, sama ada Islam atau bukan Islam akan menghadiri himpunan tersebut.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bersama-sama bagi menunjukkan soladiriti dan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam itu,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden tidak boleh diterima sama sekali.

“Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya. "

Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad SAW. “Akibatnya umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark. Kini Sweden mengulangi kesilapan yang sama, dan seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang,” tambahnya.

Justeru, umat Islam yang kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, serta merasa tercabar dengan penghinaan terhadap Baginda itu, diseru bersama-sama menghadiri perhimpunan aman tersebut. Katanya, beliau akan memimpin perhimpunan aman itu bersama-sama ahli jawatankuasa kierja DPPP yang lain. "Selain itu pimpinan PAS pusat serta pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain, turut menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri perhimpunan ini,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad SAW pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.Rabu lepas, tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/03/protes-akhbar-sweden-hina-nabi-ditunda.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59