Sunday, 28 March 2010

Kincir Air Sungai Melaka tidak berfungsi, membazir


Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Adun Bachang ( DAP ), Lim Jak Wong menyatakan bahawa pembinaan ‘Kincir Air’ di sungai Melaka adalah satu kegagalan dan pembaziran keranya ianya tidak boleh berfungsi, ketika beliau membahaskan ucapan perasmian Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan negeri Kedua belas.

“ Sehingga hari ini kincir air tersebut masih tidak berfungsi walaupun sebanyak RM1.76 juta telah dibelanjakan iaitu fasa pertama RM1,477,500.00; fasa kedua RM191,650.00 dan fasa ketiga RM98,000.00.

“ Adakah kita kena tunggu fasa keempat atau seterusnya beratus hingga berjuta wang rakyat dibelanjakan, malah projek ini juga menjejaskan imej kerajaan negeri yang menjadikan pelancongan sebagai punca pendapatannya.

Beliau menyatakan sepatutnya segala perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti agar dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.

Manakala Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, Dato’ Latiff Thamby Chik ketika menjawab soalan lisan berkenaan ‘Kincir Air’ menyatakan bahawa ianya telah berfungsi semula pada 28 Februari 2010 dan Utem Holdings Sdn Bhd sedang menjalankan kerja – kerja penambahbaikan beberapa kelengkapan mekanikal untuk memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam, beliau yang memberi idea pembinaan ‘Kincir Air’ tersebut dan mendapat ilham ketika berkunjung ke Li Jiang, China, kerana ianya telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

“ Saya fikir baik dibina kincir air seperti di Li Jiang itu dan kita keluarkan tender reka dan bina serta hantar mereka ke Syiria untuk mendalami kepakaran itu tetapi ianya berat dan sungai Melaka airnya tenang terpaksa guna motor.”

“ Kita terpaksa baiki dan gagal, jadi banyak pihak suruh buang untuk dibina yang baru, saya kata takkan nak buant RM1.4 juta kita ada teknologi takkan ini tak boleh dibuat.”

“Utem kata kosnya RM98,000.00 dan mereka setuju baiki, hari ini kita minta mereka baiki dan benda ini kecil aje pakar – pakar ramai orang dah boleh pergi ke bulan,” katanya.

Kincir Air yang dibuat daripada kayu itu dibina pada 18 September 2007 dan siap pada 28 Mac 2008 oleh Rintiz Rezeki (M) Sdn Bhd dengan kos RM1,477,500.00 tetapi ianya gagal berfungsi atau bergerak disebabkan kayunya yang berat dan air sungai Melaka yang tenang tidak bergerak.

Lalu, diarahkan TPM Engineering Sdn Bhd anak syarikat Teknologi Park Malaysia merekabentuk dan memfabrikasi sistem gegalas, membekalkan motor dan kotak galas panel kawalan bagi menggerakkan roda kincir air secara mekanikal dengan kos RM191,650 pada 13 Jun 2008 dan siap pada 2 April 2009.

Namun, ianya masih gagal digerakkan dan diambil alih oleh Utem Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknika Malaysia Melaka pada 29 Julai 2009 dengan kos tambahan RM98,000 lagi di mana dikatakan berjaya berfungsi selama sebulan bermula 20 Oktober 2009 tetapi kemudiannya rosak semula.

Sebaliknya, Dato’ Latiff menyatakan di dalam jawapan lisannya bahawa’Kincir Air’ itu telah beroperasi semula pada 28 Februari lalu tetapi ketika Harakah melakukan tinjauan ianya tidak bergerak dan dimaklumkan hanya berpusing sesekali sahaja.


Thursday, 25 March 2010

Program Meraikan Pelajar - pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM




Satu majlis meraikan pelajar – pelajar cemerlang UPSR, PMR dan SPM telah dianjurkan oleh PAS Cawangan Taman Cempaka pada hari Khamis 18 Mac 2010. Seramai 10 orang pelajar yang tinggal di kawasan persekitaran telah diberi penghargaan di atas kejayaan mereka di dalam peperiksaan pada tahun 2009.


Program yang bermula dengan majlis khatam Quran pada sebelah petangnya telah disertai oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Faisol Abd Rahman yang turut menyampaikan kuliah maghrib beliau di Balai Islam Taman Cempaka. Majlis tamat selepas solat Isyak dengan bacaan tahlil dan doa selamat dan disusuli dengan jamuan makan.


Berikut adalah senarai pelajar – pelajar yang telah diraikan :

UPSR:
1. Nur Hidayah Binti Rosli
2. Najihah Binti Hj. Rahman
PMR:
1. Shafie Bin Shahar
2. Arasy Bin Hj. Megat
3. Syahril Bin Ghanis
4. Husnah Sakinah Binti Supian
5. Muhd Faiz Bin Chapriman
SPM:
1. Shazwan Afiq Bin Ismaon
2. Baihaqi Bin Shahar
3. Maryam Binti Md Nor


Wednesday, 24 March 2010

Macam Inikah Melaka Maju 2010?


Begini ke keadaan Melaka Maju 2010? Memang pelik betul dengan negeri Ali Rustam. Semakin hari semakin pelik yang berlaku di negeri 1Malaysia ini. Apa dah jadi dengan Ali Rustam ni? Cuba buktikan, ikut celah mana agak-agaknya Melaka ini maju dari negeri selain negeri "Melawat Melaka Umpama Melawat 1Malaysia."

Cuba perhatikan di manakah tempat ini?

Gambar di atas bukanlah diimpose dari mana-mana. Ini adalah kenyataan. Memang tempat ini negeri Melaka. Siapa kata ini bukan Melaka? Kalau bukan, nanti hantarkan komen diruang komen. Melaka! Sah memang ini di Melaka.

Buktinya ada beberapa papan tanda berdekatan dengan dua orang pemuda yang tertulis "Melaka Sentral", "Melaka River Cruise" dan banyak lagi. Apa kaitan sebenarnya gambar ini dengan Melaka? Gambar ini cuba menunjukkan Melaka adalah sebuah negeri yang bakal maju pada tahun 2010.

Dua pemuda itu sedang buat apa sebenarnya? Pemuda itu sedang memancing di sebuah longkang berdekatan dengan Terminal Melaka Sentral dan berhadapan dengan Tesco. Jadi, apakah isunya? Isunya di sini menunjukkan kerajaan Melaka tidak menyediakan tempat untuk memancing kepada kaki pancing terutamanya Melayu seperti yang berlaku kepada dua orang pemuda di atas.

Masih tidak percaya dengan gambar di atas apa yang pemuda itu buat. Kita saksikan gambar yang lebih dekat. Memang betul dua pemuda itu sedang memancing di kawasan bandar. Kenapa ia berlaku demikian? Ini kerana kawasan dan tanah milik penduduk telah dirampas oleh UMNO termasuk dengan kolam pancing.

Bagi mereka, longkang pun longkanglah asal boleh pancing

UMNO Melaka sanggup melihat rakyatnya memancng dalam longkang yang kotor. Itu juga melambangkan bahawa orang melayu itu pengotor sama macam UMNO. Itulah sebabnya mengapa banyak berlakunya gejala sosial di Melaka. Antara sebabnya adalah kepupusan kolam pacing dan menyebabkan ramai kaki pancing memancing longkang dan memancing "anak dara" di bandar Melaka.

Kerajaan Melaka harus sedar dan serius dengan tindakan rakyatnya merempat di tepi longkang. Adakah memancing dilongkang itu sebagai mencari sumber rezeki demi memberi sesuap nasi kepada anak bini?

Renung-renungkanlah wahai sahabat pembaca. Antara lokasi yang menjadi tumpuan kaki pancing longkang adalah disekitar longkang Taman Merdeka berdekatan dengan Caltex, di taman Angkasanuri, berdekatan dengan kilang CTRM (ini kilang GLC kerajaan, tidak malu ke?), Longkang berdekatan Family Store, Longkang bersebelahan dengan dengan Shell dan Petronas, Longkang berdekatan dengan dewan sukan Batu Berendam, longkang berdekatan lapangan terbang (Antarabangsa kononnya) dan banyak lagi. Kalau tidak percaya, petang esok kalau tidak hujan pergilah saksikan sendiri

Sumber: kijang59


Sidang DUN Melaka : ISU YBK hangatkan DUN Melaka


Harakah keluaran 3 – 5 Rabiulakhir 1431 / 19 – 21 Mac 2010-03-19

Melaka : Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka yang kedua belas turut menyaksikan pertikaman lidah di antara wakil daripada BN dan DAP apabila isu pembayaran cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor ( YBK ) dibangkitkan, di sini, baru – baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa beliau mencadangkan bayaran kepada YBK atas tujuan perniagaan. “ Saya cadangkan bayar YBK untuk ’bisnes’ setelah dikaji oleh untung, saya cadang DMDI Finance House bayar cukai tanah ini tapi dah lambat dan Selangor tak terimanya tapi moral ceritanya kita dah buat perjanjian untuk buat pelaburan tapi Selangor banyak politik."

“ Kalau kita kat Melaka buat apa nak rampas tanah orang contoh tanah RM100 juta tak bayar cukai RM5 juta ini tak adil.” “ Bukan macam Selangor aniaya orang, Selangor zalim tak ada pertimbangan, habis orang rugi terjun bangunan saya juga salah ke? Talam hutang RM300 juta kenapa Selangor boleh ‘bailout’,” katanya. Adun Kota Laksamana ( DAP ), Betty Chew Gek Cheng lalu bangun mencelah dengan mengatakan jawapan yang diberikan Adun Bukit Baru ( UMNO ) itu membuang masa kerana tiada kaitan dengan perbahasan.

Suasana kemudiannya menjadi kecoh hampir 10 minit dengan berlaku pertikaman lidah di antara kedua – dua belah pihak apabila Adun Sungai Rambai ( UMNO ), Hasan Abdul Rahman turut mencelah bagi mempertahankan Ali Rustam. “ Duduklah Kota Laksamana, peraturan mana pakai tu, you lupa makan ubatkah, histeriakah?,” kata Hasan.

Ali Rustam seterusnya berkata, kita 1 Malaysia hati mahu baik, sekarang kita mahu bayar terimalah, kenapa orang miskin tak boleh tolong dan 1 ekar RM8,000 adalah harga yang murah. Khoo menerusi soalan membangkitkan persoalan bahawa bukankah penubuhan Yayasan Melaka bertujuan untuk memajukan tanah di Melaka lalu mengapa pelaburan dibuat di Selangor dan diputuskan Ketua Menteri sendirian.

“Ini salah guna kuasa, mana boleh keluarkan wang dengan cara begitu untuk bayarkan hutang cukai tanah guna wang rakyat Melaka dan bukan saya menjerit tapi ramai kaki bodek di sini yang mengganggu ucapan saya,” ujarnya.

Komentar oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka :

APA LOGIKNYA ALI RUSTAM BANTU YBK ?

RAKYAT MELAKA TERTANYA - TANYA AKAN TINDAKAN KERAJAAN MELAKA NAK TOLONG BAYAR CUKAI TERTUNGGAK 8 TAHUN YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) SELANGOR YANG DIPEGERUSIKAN OLEH DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM. SOALNYA ALI RUSTAM AMBIL DUIT DARI MANA? KENAPA BEGITU MUDAH DILULUSKAN? ADAKAH RAKYAT MELAKA SENDIRI DAH TAK PERLUKAN DUIT? APA JASA YBK KEPADA RAKYAT MELAKA? ADAKAH KERANA HUBUNGAN POLITIK KEPARTIAN, SANGGUP KORBANKAN WANG RAKYAT?

ADAKAH KERAJAAN MELAKA DAH SELESAIKAN HUTANGNYA SENDIRI?BANYAK LAGI PERSOALAN YANG PATUT DIBANGKITKAN..... ADAKAH SETAKAT JANJI KOSONG YBK DALAM MEDIA UNTUK BINA KAMPUS UiTM DI MELAKA DAH CUKUP DILEPASKAN RM5.7 JUTA SEBAGAI GERAN SOKONGAN ?. SAYA TAK NAMPAK KAMPUS TERSEBUT AKAN TERBINA DI MELAKA. SETELAH BERTAHUN LAMANYA YBK BEROPERASI, SETAKAT INI HANYA IA MAMPU BINA RUMAH ANAK YATIM DI SELANGOR SAHAJA. KENAPA APABILA BN DAH JATUH DI SELANGOR BARU DENGAR NAK BUAT KAMPUS ITU & INI.

http://kbsn26melaka.blogspot.com/2010/02/apa-logiknya-ali-rustam-bantu-ybk.html


Sunday, 21 March 2010

Ziarah LPN Pemuda Melaka ke Rumah Mendiang Siva (Panthiyan)


Gambar Mendiang Siva
 
Setelah tamat sesi taklimat dari wakil kawasan di Pejabat Perhubungan PAS Melaka, anggota Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat diiringi oleh ahli jawatan kuasa Lajnah Perpaduan Nasional PAS Melaka telah berkunjung ke rumah keluarga mendiang Siva.

 Wakil Pemuda Kawasan dan Pemuda Pusat
 
Turut hadir dalam ziarah tersebut adalah Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Pemuda PAS Kawasan Jasin dan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah dan juga wakil dari Pemuda PAS Pusat iaitu saudara Khairul Faizi selaku Exco Pusat merangkap Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO Pemuda.
 
Exco Pemuda PAS Pusat
 
Sebelum itu, program ziarah ini telah ke Bukit Baru untuk menyampaikan sumbangan kepada orang India yang memerlukan bantuan. 

Bersama keluarga mendiang Siva
 
Program ziarah juga sempat bertemu dengan tuan rumah yang terlibat dalam kebakaran rumah di Masjid Tanah dan sumbangan telah disalurkan keada keluarga mangsa melalui wakil Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah iaitu saudara Rashidi.

Ditulis oleh: kijang59


LPN Pemuda PAS Turun Melaka


Juhari, Pengarah Jabatan Amal PAS Pusat

Semalam telah berlangsungnya program yang telah dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Melaka dan dipengerusikan oleh Khairul Che Salleh selaku Exco Dewan Pemuda PAS Melaka.

Khairul Faizi, Exco Pemuda PAS Pusat

Turut hadir sama adalah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi dan beberapa yang lain. Tujuan utama program itu adalah untuk menerangkan fungsi sebenar Lajnah Perpaduan Nasional kepada ahli dan juga peranannya kepada masyarakat.

Beberapa orang wakil dari PAS Pusat

Program yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang turut dihadiri oleh wakil dan juga ahli jawatankuasa bagi setiap kawasan. Kehadiran AJK seramai 50 orang yang mewakili setiap kawasan menghantar wakil seramai 8 orang.

Turut hadir sama dalam majlis tersebu adalah Pengarah Jabatan Amal PAS Pusat, Juhari selaku panel yang dijemput untuk memberi taklimat kepada ahli yang hadir.

Sumber: http://kijang59.blogspot.com/2010/03/program-lajnah-perpaduan-nasional-di.html


Friday, 19 March 2010

Himpunan Aman Cintai Rasulullah SAW - 26 Mac 2010


Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini memaklumkan kepada semua bahawa Himpunan Aman membantah akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW TELAH DIJADUALKAN ke hari Jumaat 26 Mac 2010 .

Umat Islam digalakkan berhimpun di Masjid Tabung Haji [ solat Jumaat ] Kuala Lumpur dan selepas itu akan berarak ke Kedutaan Sweden bersama - sama bagi menunjukkan solidariti dan kemarahan ummat Islam terhadap penghinaan atau pencabulan maruah yang dilakukan oleh Akhbar Sweden terhadap Ummat Islam dan Rasul mereka SAW.

Sebelum ini beberapa karikatur Nabi saw telah dikeluarkan oleh Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden . Penghinaan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama .Ayuh buat seluruh Ummah yang prihatin khasnya ummat Islam , buat persiapan dan pastikan 26 Mac 2010 semua dapat hadir.

Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasarudin Tantawi mengharapkan semua pihak, sama ada Islam atau bukan Islam akan menghadiri himpunan tersebut.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bersama-sama bagi menunjukkan soladiriti dan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam itu,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden tidak boleh diterima sama sekali.

“Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya. "

Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad SAW. “Akibatnya umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark. Kini Sweden mengulangi kesilapan yang sama, dan seakan-akan mahu mengajak umat Islam berperang,” tambahnya.

Justeru, umat Islam yang kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, serta merasa tercabar dengan penghinaan terhadap Baginda itu, diseru bersama-sama menghadiri perhimpunan aman tersebut. Katanya, beliau akan memimpin perhimpunan aman itu bersama-sama ahli jawatankuasa kierja DPPP yang lain. "Selain itu pimpinan PAS pusat serta pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain, turut menyatakan komitmen mereka untuk menghadiri perhimpunan ini,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad SAW pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, 63, dan dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.Rabu lepas, tiga akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur itu.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/03/protes-akhbar-sweden-hina-nabi-ditunda.html


Thursday, 18 March 2010

JKKK Jaga Balai Raya kata Ali Rustam


Harakah keluaran 29 Rabiulawal – 2 Rabiulakhir 1431 / 15 – 18 Mac 2010 :

Melaka : Ketua Menteri Melaka Dato’ Seri Mohd Ali Rustam menyatakan bahawa balai raya adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan diuruskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung ( JKKK ) dan Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menggunakannya adalah merupakan perkara biasa.

“ Balai raya adalah di bawah Pegawai Daerah dan diuruskan JKKK dan Pakatan Rakyat tak dibenarkan adalah perkara biasa sebab negeri Pakatan Rakyat juga tak benarkan Umno gunakan. “ katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun Ayer Keroh ( DAP ), Khoo Poay Tiong yang menanyakan balai raya di bawah bidang kuasa siapa dan mengapakah kerajaan tidak benarkan pembangkang menggunakan balai raya.

Selanjutnya Khoo meminta penjelasan berhubung kenyataan Ali Rustam itu sama ada balai raya ini hanya untuk Umno-BN sahaja atau untuk kegunaan orang ramai dan kenapa memerlukan kelulusan JKKK serta siapa yang lebih utama JKKK atau Adun.

Sebaliknya Ali Rustam menyindir negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pun begitu juga seperti Pulau Pinang sambil mengatakan jika tidak percaya boleh tanya isteri Ketua Menterinya dan menyatakan tindakan kerajaan negeri Kelantan lebih teruk.

Speaker Dun, Dato’ Othman Muhamad turut mencelah dengan mengatakan bahawa di Selangor Umno-BN yang bina balai raya tetapi sekarang ini dihalang untuk menggunakannya.

Sebelum itu ketika menjawab soalana lisan Adun Paya Rumput ( Umno ), Dato’ Tahir Hasan berkenaan perancangan bagi memastikan setiap taman perumahan mempunyai balai raya, Ali Rustam menyatakan pemaju disyaratkan menyediakan tapak balai raya dan kerajaan negeri mencadangkan supaya pemaju membina balai raya tersebut.

Adun Bachang ( DAP ) Lim Jak Wong pula dalam soalan tambahannya mempertikaikan kenapa balai raya dibina di kawasan padang taman perumahan dan ianya tidak adil kepada pembeli yang merasakan tertipu sambil meminta kerajaan negeri merezabkan kawasan padang tersebut bagi kegunaan penduduk setempat.

Komentar : Milik siapa Balai Raya kalau JKKK yang menjadi jaga? JKKK yang ahli dan ketuanya terdiri daripada ahli Umno mendirikan Balai Raya menggunakan duit Umno atau duit kerajaan ( @ duit rakyat )? Kalau duit rakyat yang digunakan, kenapa Umno seolah-olah menjadikan Balai Raya sebagai pejabat mereka?

Balai Raya adalah milik semua, tanpa mengira kaum, agama dan pegangan politik.


Tuesday, 16 March 2010

Kupasan usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil pada 12 Mac 2010


Firman Allah SWT:
"...dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt atas kesempatan yang dikurniakan kepada kita dengan 2 nikmat yang tiada galang gantinya , pertama nikmat Islam, dimana kita tidak perlu melalui suatu zaman survival yang begitu maha hebat pada zaman permulaan Islam disemai oleh baginda Nabi Muhammad saw dan yang kedua nikmat Iman yang mana nikmat ini kita diketegorikan sebagai umat manusia yang paling bertuah sesudah lahirnya bukan sahaja kita sudah pun berada dari kalangan Islam dan kita juga Islam bahkan kita turut memiliki keyakinan yang tiada berbelah bagi keatas Islam , Allah swt dan juga Rasullullah saw.

Dan sebagai penerusan agenda Khalifah dimuka bumi ini sesungguhnya Firman Allah yang dibacakan sebentar tadi (diatas) merupakan suatu isyarat yang jelas bahawa tugas kita bukan sekadar menjadi ikutan semata mata bahkan ianya menuntut kita terima yakni dengan keimanan yang tidak berbelah bahagi seterusnya melaksanakan segala perintah Allah swt sehinggakan dari sekecil – kecil perkara kepada sebesar besar perkara sepertimana perjuangan menegakkan sebuah Masyarakat dan Negara dengan menjadikan Islam sebagai Ad Dien yang syumul lengkap mengurus segala keperluan manusia.

Sebagai Khalifah atau ahlul siyasi atau amillin atau juga seorang Dae'i , disini juga peringatan buat saya penglibatan kita bukan sekadar untuk mendakwahkan manusia lain selain dari kita , malah kita sebagai manusia yang semestinya adalah insan insan biasa yang memiliki pelbagai sejarah hidup, maka kita juga mesti bersedia untuk menerima proses pentarbiyahan.

Pentas kehidupan tidak selalu menjanjikan sesuatu yang indah malah sebagai pewaris generasi para anbiya', sudah amat pasti kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai mehnah dan ujian bahkan ujian ujian tersebut sentiasa datang dan pergi bersilih ganti dan sesungguhnya itulah proses peningkatan keimanan dan disana Allah swt ada menjelaskan kepada kita sepertimana yang disebut sepertimana FirmanNya yang bermaksud:

" ..Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." Surah Al Baqarah 214

Dan Allah swt memperjelaskan lagi melalui Firmannya yang bermaksud;
"...Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Surah Al Baqarah 286

Melalui 2 "mesej dari Langit" ini , jelas bahawa seorang khalifah pastinya tidak sunyi dengan mehnah walaubagaimanapun sebagai seoarang ahli Jamaah adalah suka saya nyatakan musuh kita adalah mereka dari kelompok manusia yang menolak Islam , mereka yang tidak mahu melihat Islam tertegak dalam sesebuah Negara , mereka merosak hak hak manusia , mereka yang merompak kesejahteraan hidup manusia dan mereka yang rosak akhlaknya dari kalangan bergelar pemimpin dan jelas itulah musuh kita.

Dalam proses kita membina neraca keadilan dengan mengatasi kejahilan , adalah seharusnya kita mesti berpadu merintis Jalan kemenangan yang dijanjikan Allah itu dengan tanpa sebarang sikap yang boleh melambatkan proses kemenangan, hormatilah kemampuan seseorang tanpa sebarang prejudice , bantulah sahabat yang baru mendekati alam Jamaah , sentiasa meningkatkan rasa kasih sayang antara sesama sahabat , sentiasa rendah diri atas kelebihan kita lebih lebih lagi mereka dari kalangan yang menerima proses tarbawi yang lebih baik berbanding dengan sebahagian besar sahabat yang baru mewaqafkan diri dengan perjuangan.

InsyaAllah jika itu yang berlaku pastinya akan lahirlah apa yang disebut sebagai ahlul siyasi yang rabbani , Dae'i yang rabbani , Murobbi yang rabbani atau pimpinan rabbani melalui kesan rabbani inilah suatu Afraad Jamaah yang mantap akan terhasil merentasi kefakiran duniawi semata mata.

Ustaz Khairul,
Baitul Tasnim
PJ, Bukit Baru

http://musafirkini.blogspot.com/2010/03/tazkiyatul-ruuhiyah-kupasan-usrah-dewan.html


Sunday, 7 March 2010

Kejohanan Bowling Ketua Pemuda


Ustaz Kamaruddin Sidek
Pagi tadi telah berlangsungnya kejohanan bowling Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Perasmian turut dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Melaka iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek.
Sebanyak 25 pasukan telah menghantar penyertaan yang dibahagikan kepada 3 orang setap kumpulan. Kebanyakkan yang menyertai kejohanan ini terdiri daripada belia-belia di bawah umur 40 tahun dan terbuka kepada semua golongan lelaki dan perempuan.

 Sahri dengan jatuhan pin terbanyak
Kejohanan berakhir jam 1.30 petang dan pemenang bagi jatuhan pin terbanyak telah dimenangi oleh Sahri daripada DPPKAG dengan jatuhan pin sebanyak 581 mata bagi tiga pusingan yang dipertandingkan dengan menewaskan peserta yang lain..

 Tempat Pertama: Madu 2

Tempat kedua: Team 59
 Tempat ketiga: Hijera

Bagi acara berkumpulan tempat pertama pula dimenangi oleh kumpulan Madu 2 dengan jatuhan pin sebanyak 1509. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Team 59 yang juga blogger Pemuda Bukit Katil dengan jatuhan pin sebanyak 1441 dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Hijera dengan jatuhan pin sebanyak 1438.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang tempat pertama bernilai RM500 termasuk wang tunai, piala pusingan, medal, hamper dan sijil penyertaan. Bagi tempat kedua hadiah bernilai RM400 termasuk wang tunai, medal, hamper dan sijil penyertaan. Manakala untuk tempat ketiga hadiah bernilai RM300 termasuk wang tunai, medal, hamper dan sijil penyertaan.

 Dari kiri: Khairul Che Salleh, Azizone Norhan, Ustaz Kamaruddin Sidek
Sebanyak enam hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada kepada pemain yang bernasib baik. Hadiah pemenang disampaikan oleh Pengarah DACS Melaka iaitu saudara Azizone, Pengarah DACS Kawasan Bukit Katil iaitu saudara Aizuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka iaitu Yuzi Azhar dan saudara Puhat selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Ditulis oleh kijang59


Saturday, 6 March 2010

Blog Pemuda Bukit Katil Berwajah Baru


Assalamualaikum... Maka selesailah perubahan dan pembaikan pada blog Pemuda Bukit Katil setelah ada sedikit masalah dengan template yang terdahulu. Diharapkan agar pembaca terus mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam sekitar negeri Melaka dan juga peringkat nasional.

oleh: kijang59


Wednesday, 3 March 2010

Beli Oh Beli Ahli Parlimen PR


Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.

Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.

(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)

Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung. Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.

Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.

Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.

Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.

Pengalaman PAS

Sementara itu, mengikut pengalaman PAS pula, dua tokoh penting PAS telah hilang kerusi Parlimen mereka akibat dari persempadanan semula kawasan pilihan raya ini iaitu Haji Mohamad Sabu di Kuala Kedah dan Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Kedua-duanya telah menang di kawasan tersebut dalam pilihan raya 1999. Ia ekoran sokongan kuat Melayu kepada PAS dalam pilihan raya tersebut.

Bagi memecahkan pengundi Melayu, beberapa kawasan Cina di Alor Setar telah dimasukkan ke kawasan parlimen Kuala Kedah dan Pokok Sena dalam persempadanan semula kawasan pilihan rayan 2003.

Terbukti ia berjaya dan kedua-duanya kalah dalam pilihan raya 2004. Namun Mahfuz yang terus bertanding di Pokok Sena dalam pilihan raya 2008 menang selepas pengundi Cina pula lari kepada pembangkang dalam pilihan raya itu. Mohamad Sabu kalah dalam pilihan raya itu kerana dia bertanding di Kuala Terengganu dan bukannya di Kuala Kedah.

Menjelang PRU 13

Kini, menjelang pilihan raya umum ke 13, Umno dan pakar-pakarnya sedang menyusun semula strategi untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya . Tanpa kuasa dua pertiga Parlimen, ia tidak akan berjaya. Maka datanglah usaha ini, membeli seramai mungkin wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Menurut Raja Petra, "Orang di belakang 'shoping spree' membeli anggota Parlimen Pakatan Rakyat ini adalah Hamdan, sepupu Najib, yang telah diberikan Kudat IPP sebagai 'cash cow' untuk membiayai 'shoping spree' ini."

Menurut Raja Petra, Hamdan bekerja rapat dengan Special Branch (Cawangan Khas) dan Military Intelligence (Penyiasat Tentera).

"Orang hubungan beliau di Bukit Aman adalah Akril Sani manakala dalam Military Intelligence adalah Datuk Salleh," tulis Raja Petra.

"Nombor telefon Hamdan adalah +6012-279-5945," tulis Petra lagi.

Menurutnya, Hee Yit Fong, Adun DAP Perak yang meninggalkan partinya dibayar RM25 juta kerana peranan beliau untuk menjatuhkan kerajaan negeri Perak.

Namun, katanya, Tan Tee Beng, anggota Parlimen PKR dari Pulau Pinang yang baru sahaja keluar dari PKR dibayar hanya RM2 juta sahaja.

Sumber: Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59