Sunday, 7 February 2010

Program Turun Padang Sempena Sambutan Tahun Baru Cina


Bukit Baru - Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah mengadakan program mengedarkan kad ucapan Tahun Baru Cina dan buah limau kepada penduduk - penduduk di taman - taman perumahan di sekitar Bukit Baru. Program ini juga bertujuan untuk menjemput penduduk tempatan ke Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 27 Februari 2010 di Taman Sin Hoe, Bukit Baru.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut sama menyertai program ini dalam ulasannya menyebut bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha Pemuda PAS Negeri Melaka dan Kawasan Bukit Katil untuk mendekati penduduk kawasan DUN Bukit Baru khususnya kaum Tionghua. Respon yang diterima adalah memberangsangkan dengan hampir 1000 kad jemputan yang diedarkan, boleh dikatakan semuanya diterima dengan baik oleh penduduk setempat yang datang membeli belah di Pasar Bukit Baru tersebut. Beliau mengharapkan kehadiran yang baik di Majlis Rumah Terbuka itu nanti, yang matlamatnya untuk menghimpunkan rakyat Melaka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Apa yang menarik adalah ada diantara pengunjung yang bertanyakan tentang kehadiran pemimpin dari peringkat pusat yang akan hadir ke Majlis Rumah Terbuka itu nanti. Ada yang bertanyakan tentang Tuan Guru Nik Aziz, malah nama Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak lepas dari pertanyaan seorang pengunjung wanita Cina, yang menurutnya akan melimpah ruah majlis itu nanti jika Datuk Seri Anwar hadir.





Ustaz Kamarudin sedang mengagih-agihkan limau dan kad jemputan kepada pengunjung Pasar Bukit Baru.


Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, disertai dengan beberapa wakil dari MTD Bukit Baru yang turut sama menghulurkan tenaga. Tidak ketinggalan, YDP PAS Kawasan Bukit Katil saudara Sofi Wahab.



ADUN Ayer Keroh dari DAP Melaka, YB Khoo juga tidak lepas daripada menyertai program ini.



Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Melaka, saudara Abu Khir sedang menerangkan tentang lokasi Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat kepada seorang pelanggan sebuah kedai makan.



Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Ustaz Khairul ( berkopiah putih ) bersama dengan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, saudara Puhat Bedol ( berjaket ) sedang bersedia untuk mengagihkan buah limau kepada para pengunjung.


Inilah bukti kesungguhan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam mendekati dan menyantuni rakyat. Semoga ianya diberkati Allah dan mendapat sokongan serta dokongan rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

DEWAN MUSLIMAT PAS BUKIT KATIL said...

ALHAMDULILLAH...Tahniah..masa untuk banyakkan kerja..kurangkan bercakap..IA
DMPBK akam menyusul program yang sama..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59