Sunday, 21 February 2010

Program Ketua Pemuda PAS Pusat Bersama Pemuda PAS Bukit Katil


Diedit daripada laporan asal oleh blogger Aizatlegendz :

Kami AJK Pemuda Kawasan Bukit Katil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Al Ustaz Nasrudin Tantawi atas kunjungan ke sini pada 16 hb Feb 2010 yang lalu. Percambahan idea hasil daripada pertemuan tersebut sesungguhnya diperlukan bagi memantapkan lagi gerak kerja jemaah khususnya di Melaka. Jazakallah, moga Allah memberi kekuatan kepada seluruh ahli jemaah PAS di Malaysia untuk terus bergerak kerja bagi mencapai kemenangan Islam di bumi Malaysia khususnya. InsyaAllah. Ameen.




Petikan artikel dari blog Ustaz Nasarudin Tantawi :

2 Jam Setengah Bersama Pemuda. Vol 3

Bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil [ Melaka ] dan Kawasan Rompin [ Pahang ]

1. Alhamdulillah , pada 16hb Feb yang lalu sekali lagi saya dapat menjejak kaki ke negeri Melaka dan kali ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil .

2. Sungguh ceria dan bertenaga sekali adik - adik kita di Bukit Katil yang tentunya telah bersiap sedia untuk memastikan DUN Bukit Baru akan menjadi DUN sulong bagi PAS di negeri Melaka insyaallah.

3. Apa yang menarik , DUN Bukit Baru yang terletak di Parlimen Bukit Katil ini adalah DUN Ketua Menteri yang banyak mencetuskan kontraversi dengan idea - idea kolotnya.

4. Tentu semua orang masih ingat bagaimana si Ali Rustam sang Ketua Menteri ini mengharamkan penduduk negeri Melaka melawat dan menziarahi negeri Kelantan kerana semata - mata Kelantan dipimpin oleh PAS . Demikianlah tahap kematangan beliau berpolitik dan memimpin .

5. Terkini Ali Rustam sekali lagi mencetus kontraversi yang sangat memalukan malah meruntuhkan nilai kredebiliti beliau sebagai seorang Ketua Menteri apabila berlaku penyalahgunaan wang Yayasan Melaka untuk bail out YBK dalam isu pembayaran cukai tanah tertunggak kepada kerajaan negeri Selangor.

6. Penyalahgunaan wang dan penyelewengan urustadbir bagi negeri - negeri yang dipimpin UMNO dan BN telah menjadi suatu yang telah diketahui umum . Sebelum ini akhbar Harakah telah mendedahkan bagaimana Johor berdepan dengan bankrap atau muflis menjelang 2012 nanti . Tunggu sahaja lah , saya yakin selepas ini satu persatu pendedahan terhadap penyelewengan ini akan dilakukan dan bukan sahaja Johor yang berdepan dengan muflis tetapi juga beberapa buah negeri yang lain.

7. Persiapan jentera pemuda mendepani pilihanraya umum kelak sedang giat dilaksanakan melibatkan pelbagai aspek dan unsur termasuklah material , taktikal dan spiritual secara bersepadu ke arah mencipta kemenangan bersejarah yang didambakan . Tidak banyak berbeza kecuali latar belakang medan perjuangan antara kawasan Bukit katil dengan kawasan Rompin . Pemuda mereka ternyata mula menyemarakkan semangat dan gerakkerja yang sememangnya tidak pernah malap dan luntur.

8. Sejurus pulang dari Bukit Katil , saya dijadualkan pula bersama Dewan pemuda PAS kawasan Rompin . Agak lama saya tidak pulang ke keratong [ DUN Bukit Ibam ] yang menjadi tuan rumah pertemuan pemuda PAS kawasan Rompin pada 17hb Feb lalu . Teringat saya 12 tahun yang lalu , bagaimana saya sendiri pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin pada ketika itu .

9. Terlalu cepat dan pesat perkembangan berlaku dan meletakkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin kini serba baik dan hebat berbanding 12 tahun yang lalu . Sebagaimana di kawasan - kawasan lain , pemuda diletakkan sebagai jentera utama untuk memenangi pilihanraya bahkan turut menjadi pemangkin kepada perlaksanaan amal tarbawi serta tidak terkecuali gerakkerja dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat .

10. Secara umumnya , pemuda kini telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan senantiasa mengekalkan stamina [ ruuhi dan jasadi ] dalam menggerakkan jentera dan organisasi perjuangan ini demi memastikan Islam yang diperjuangkan sampai ke setiap sanubari ummah biarpun terpaksa berdepan aneka tribulasi . Saya ucapkan selamat berjuang buat semua pemuda , Demi Islam ! bangkit lah berjuang tanpa lengah .

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59