Tuesday, 9 February 2010

Gegau 1 Selat Melaka


Program Gegau 1 Malaysia yang berlangsung di Dataran Klebang awal bulan ini telah mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records, dengan hampir 51,000 orang membanjiri dataran tersebut ( mengikut laporan The Star edisi internet bertarikh 5 Februari ). Pengisytiharan rekod itu dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan program tersebut. Dataran itu yang juga dikenali sebagai Dataran 1 Malaysia berjaya mengumpulkan ribuan umat Melaka, yang mana habis semua jabatan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menunjukkan bahawa parti / kerajaan pimpinan Ali Rustam mendapat sokongan padu rakyat.

Menurut blogger angkasanuri, setiap sekolah di sekitar Melaka diwajibkan menghantar paling kurang sebuah bas untuk membawa pelajar sekolah menengah. Sekolah rendah tidak disuruh, nanti nampak sangat budak-budak belum aqil baligh yang ramai menyokong parti yang mendakwa ia adalah juara rakyat itu. Selepas ini bukan sahaja 1 Melaka digegaukan dengan himpunan tersebut, 1 Selat Melaka juga mungkin akan digegaukan. Dikhuatiri gegauan itu mungkin akibat skandal yang menyerupai skandal PKFZ, malahan dibimbangi skandal itu jauh lebih besau kerana melibatkan wang yang jauh lebih banyak, RM 44 bilion berbanding kos PKFZ RM 12 bilion.

Banyak persoalan yang timbul hasil daripada cadangan projek mega ini, yang mana pada pendapat den banyak negatif daripada positifnya. Antara persoalan utama adalah adakah kajian teliti telah dibuat ke atas kos pembinaan dan pulangan melalui pembinaan jambatan yang dianggarkan menelan belanja US$12.5 bilion ( RM44.25 bilion ) itu? Kita kena teliti sama ada sesuai atau tidak pembinaan jambatan ini dari segi kos dan pulangannya.

Berdasarkan kepada kos pembinaan US12.5 bilion dan berdasarkan anggaran trafik di atas jambatan itu yg dijangka ialah kira-kira 15,000 kenderaan sehari dan caj tol setiap kenderaan dianggarkan antara AS$75 hingga AS$85;

Maka, kutipan tahunan ialah RM 1.5bilion ( 15,000 x US$80 x 3.5 = RM4.2 m / hari ) / ( RM4.2 m x 365 hari = RM1.5 bilion / tahun ).
Jadi, ianya memerlukan 30 tahun untuk mengembalikan kos pembinaan sahaja tanpa mengambil kira kos pengurusan dan kos kewangan/ faedah untuk pinjaman.

Dan secara kiraan kasar, kebiasaannya, dengaan kadar faedah tahunan 2%, jumlah pembayaran semula ialah 2 kali ganda daripada pinjaman pokok. Ertinya perlu 60 tahun untuk bayar pokok + faedah pinjaman. Ertinya, perlu tempoh 1 generasi untuk bayar balik hutang!!!

Inilah antara persoalan yang dilontarkan oleh YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada 12/11/2009. Isu yang sama juga telah dibangkitkan semasa program ceramah di Pejabat Pas Kawasan Bukit Katil melibatkan ADUN dari DAP Melaka. Tunggulah sama ada isu ini akan digegaukan dengan skandal menyerupai PKFZ, atau mungkin jambatan Melaka - Sumatera di Selat Melaka itu nanti digegaukan dengan pelanggaran kapal dengan pylon / tiang jambatan tersebut ( akibat cuaca buruk dan sebagainya... Minta dijauhi tuhan ).

Pondok Parit Ismail,
9 hb Februari 2010.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59