Thursday, 11 February 2010

KENYATAAN MEDIA : Apa Sudah Jadi Dengan Hutan Air Keroh ?


Laporan blogger Palestinhood baru - baru ini tentang keadaan terkini Hutan Rekreasi Ayer Keroh telah menarik perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) untuk bersuara bagi melahirkan keperihatinan terhadap kawasan terbabit. Hutan Rekreasi yang terletak di dalam Parlimen Bukit Katil ini telah dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan; gambar - gambar yang dipaparkan di blog tersebut menunjukkan tanah telah ditarah dan aktiviti yang kelihatan merosakkan kawasan sekitar hutan, dibimbangi merosakkan sistem ekologi hutan berkenaan.

Persoalan yang ditimbulkan juga adalah kenapa nama Hutan Rekreasi bertukar kepada Taman Botanikal? Adakah ia membawa maksud kawasan tersebut akan bertukar statusnya daripada hutan yang memelihara flora dan fauna Ayer Keroh akan menjadi kawasan taman, yang tentunya akan merubah lanskap asal kawasan tersebut?

DPPKBK dengan ini menggesa agar pihak yang berkuasa ke atas kawasan hutan tersebut agar memberi penjelasan tentang pendedahan oleh blogger terbabit supaya rakyat Melaka tahu dan jelas tentang situasi sebenar. Atas dasar keperihatinan terhadap keadaan alam sekitar di Parlimen Bukit Katil telah membuat DPPKBK berasa terpanggil untuk bersuara. Bukan maksud DPPKBK menghalang dan mempertikaikan sebarang usaha pengubahsuaian ke arah penambahbaikan kawasan terbabit tetapi isu dan persoalan yang dilontarkan harus dijawab segera bagi mengelakkan sebarang prasangka buruk terhadap pihak berwajib yang menguruskan kawasan terbabit.

Mempersada Perjuangan Rakyat,

Puhat Bedol,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Februari 2010

sumber laporan : http://palestinhood.blogspot.com/2010/02/lenyapnya-hutan-rekreasi-ayer-keroh.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59