Saturday, 27 February 2010

Ceramah Pemuda Pakatan Rakyat Malam ini


Pada malam ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil akan diadakan Ceramah Pemuda Pemuda Pakatan Rakyat. Antara yang turut menyampaikan ceramah adalah Saudara Khairul Faizi selaku Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustz Kamaruddin Sidek selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, YB Tian Chua selaku Ahli Parlimen Batu dan Saudara Vincent Lee selaku Pengerusi Kelab Penyokong Muda PAS Nasional.

Orang dijemput hadir bagi memeriahkan suasana serta mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negara terutamanya di negeri Melaka.

Sumber: kijang59


Friday, 26 February 2010

Rumah Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat Melaka



Pemuda Pakatan Rakyat Melaka menjemput rakyat di negeri Melaka menghadiri rumah terbuka anjuran Pemuda Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP.

Ketika berucap pada sidang media, wakil Pemuda Pakatan Rakyat Khairul Che Salleh (gambar) yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO menjemput kaum Tiong Hwa dan semua rakyat Melaka menghadiri majlis tersebut.

Majlis Rumah terbuka tersebut berkonsepkan Citra Budaya. Sambutan seumpama ini julung-julung kalinya diadakan atas kesepakatan Pemuda Pakatan Rakyat bagi mencerminkan kesediaan kita menguruskan rakyat pelbagai kaum tanpa ada unsur-unsur perkauman, kata beliau.

Pakatan Rakyat juga memenangi isu yang dimainkan oleh sesetengah pihak dan menepis dakwaan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai krisis adalah tidak benar sama sekali, tegas beliau.

Majlis Rumah Terbuka akan bermula jam 2 petang di alamat 9397, Jalan Singa, Taman Sin Hoe Bukit Baru, Melaka pada hari Sabtu, 27 Februari 2010. Turut hadir dalam Majlis Terbuka Pemuda Pakatan Rakyat ini adalah beberapa orang Ahli Parlimen dari PAS, PKR dan DAP. Antaranya Dr Hajjah Halimah Ali, Vincent Lee selaku Pengerusi Kelab Penyokong Muda PAS Nasional, YB Tian Chua, YB Gobalakrishnan dari PKR dan YB Anthony Loke daripada DAP serta ramai lagi.

Oleh: kijang59

Video sidang Media sila klik http://musafirkini.blogspot.com


Video: Sidang Media Pemuda Pakatan Rakyat Melaka







Sunday, 21 February 2010

Program Ketua Pemuda PAS Pusat Bersama Pemuda PAS Bukit Katil


Diedit daripada laporan asal oleh blogger Aizatlegendz :

Kami AJK Pemuda Kawasan Bukit Katil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhil Al Ustaz Nasrudin Tantawi atas kunjungan ke sini pada 16 hb Feb 2010 yang lalu. Percambahan idea hasil daripada pertemuan tersebut sesungguhnya diperlukan bagi memantapkan lagi gerak kerja jemaah khususnya di Melaka. Jazakallah, moga Allah memberi kekuatan kepada seluruh ahli jemaah PAS di Malaysia untuk terus bergerak kerja bagi mencapai kemenangan Islam di bumi Malaysia khususnya. InsyaAllah. Ameen.




Petikan artikel dari blog Ustaz Nasarudin Tantawi :

2 Jam Setengah Bersama Pemuda. Vol 3

Bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil [ Melaka ] dan Kawasan Rompin [ Pahang ]

1. Alhamdulillah , pada 16hb Feb yang lalu sekali lagi saya dapat menjejak kaki ke negeri Melaka dan kali ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil .

2. Sungguh ceria dan bertenaga sekali adik - adik kita di Bukit Katil yang tentunya telah bersiap sedia untuk memastikan DUN Bukit Baru akan menjadi DUN sulong bagi PAS di negeri Melaka insyaallah.

3. Apa yang menarik , DUN Bukit Baru yang terletak di Parlimen Bukit Katil ini adalah DUN Ketua Menteri yang banyak mencetuskan kontraversi dengan idea - idea kolotnya.

4. Tentu semua orang masih ingat bagaimana si Ali Rustam sang Ketua Menteri ini mengharamkan penduduk negeri Melaka melawat dan menziarahi negeri Kelantan kerana semata - mata Kelantan dipimpin oleh PAS . Demikianlah tahap kematangan beliau berpolitik dan memimpin .

5. Terkini Ali Rustam sekali lagi mencetus kontraversi yang sangat memalukan malah meruntuhkan nilai kredebiliti beliau sebagai seorang Ketua Menteri apabila berlaku penyalahgunaan wang Yayasan Melaka untuk bail out YBK dalam isu pembayaran cukai tanah tertunggak kepada kerajaan negeri Selangor.

6. Penyalahgunaan wang dan penyelewengan urustadbir bagi negeri - negeri yang dipimpin UMNO dan BN telah menjadi suatu yang telah diketahui umum . Sebelum ini akhbar Harakah telah mendedahkan bagaimana Johor berdepan dengan bankrap atau muflis menjelang 2012 nanti . Tunggu sahaja lah , saya yakin selepas ini satu persatu pendedahan terhadap penyelewengan ini akan dilakukan dan bukan sahaja Johor yang berdepan dengan muflis tetapi juga beberapa buah negeri yang lain.

7. Persiapan jentera pemuda mendepani pilihanraya umum kelak sedang giat dilaksanakan melibatkan pelbagai aspek dan unsur termasuklah material , taktikal dan spiritual secara bersepadu ke arah mencipta kemenangan bersejarah yang didambakan . Tidak banyak berbeza kecuali latar belakang medan perjuangan antara kawasan Bukit katil dengan kawasan Rompin . Pemuda mereka ternyata mula menyemarakkan semangat dan gerakkerja yang sememangnya tidak pernah malap dan luntur.

8. Sejurus pulang dari Bukit Katil , saya dijadualkan pula bersama Dewan pemuda PAS kawasan Rompin . Agak lama saya tidak pulang ke keratong [ DUN Bukit Ibam ] yang menjadi tuan rumah pertemuan pemuda PAS kawasan Rompin pada 17hb Feb lalu . Teringat saya 12 tahun yang lalu , bagaimana saya sendiri pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin pada ketika itu .

9. Terlalu cepat dan pesat perkembangan berlaku dan meletakkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin kini serba baik dan hebat berbanding 12 tahun yang lalu . Sebagaimana di kawasan - kawasan lain , pemuda diletakkan sebagai jentera utama untuk memenangi pilihanraya bahkan turut menjadi pemangkin kepada perlaksanaan amal tarbawi serta tidak terkecuali gerakkerja dakwah kepada pelbagai lapisan masyarakat .

10. Secara umumnya , pemuda kini telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan senantiasa mengekalkan stamina [ ruuhi dan jasadi ] dalam menggerakkan jentera dan organisasi perjuangan ini demi memastikan Islam yang diperjuangkan sampai ke setiap sanubari ummah biarpun terpaksa berdepan aneka tribulasi . Saya ucapkan selamat berjuang buat semua pemuda , Demi Islam ! bangkit lah berjuang tanpa lengah .


Saturday, 20 February 2010

Perutusan Tahun Baru Cina


Alhamdulillah , di kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat teman teman Pakatan Rakyat Melaka serta tak lupa juga kepada seluruh Warga Tiong Hua yang menyambutnya pada kali ini.

Tahun ini adalah merupakan yang dinisbahkan menerusi kepercayaan masyarakat Cina ialah Tahun Harimau , lantas menyingkap pelbagai manifestasi positif serta tidak ketinggalan persepsi negetif yang menjadi elemen peringatan buat masyarakat Tiong Hua , sungguhpun begitu kebanyakan mereka melihat tahun ini adalah tahun yang lebih mencabar kearah meraih pelbagai kesan positif antaranya keuntungan , kemenangan , keutuhan dan lain lain lagi yang menjurus kearah hasil yang positif.

Bagi saya , ini adalah masa yang sesuai untuk kita bersama sama menikmati kesepaduan bagi merintis kemenangan yang diidam idamkam oleh seluruh pecinta Keadilan , Kesejahteraan dan Kemakmuran di tanah air kita.

Kesepaduan serta Kerjasama yang utuh dan ikhlas baik menerusi "benih benih" pejuang rakyat melalui Pakatan Rakyat khususnya di Melaka yang "baik" tidak ketinggalan juga buat seluruh rakyat Malaysia yang bersama berdiri diatas prinsip Keadilan , Kesaksamaan dan Berkebajikan bakal menghasilkan sebuah kehidupan bernegara yang lebih aman , tenang dan makmur.

Sudah sampai masanya untuk kita bersama 'berdiri diatas titik pertemuan' tanpa sebarang prasangka diantara kepimpinan Pakatan Rakyat samada diperingkat Negeri mahupun Nasional bagi kearah memenangi hati rakyat dengan prinsip Keadilan , Kesaksamaan dan Berkebajikan.

InsyaAllah , saya yakin dengan semangat tahun baru ini seluruh rakyat khususnya masyarakat Tiong Hua dapat bertegas untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13 yang sedang menghampiri kita.

Ustaz Khairul Che Salleh
Exco Dewan Pemuda PAS Melaka
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
musafirkini.blogspot.com


Nilai Blog Blogger-blogger Pemuda Bukit Katil



Berikut ialah nilai harga blog bagi blogger-blogger Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil

1) Blog: http://www.mutaligat.blogspot.com
Nilai: RM 71,971.13

2) Blog: http://www.kijang59.blogspot.com
Nilai: RM 46,837.63

3) Blog: http://www.angkasanuri.blogspot.com
Nilai: RM 45,130.88

4) Blog: http://www.pemudabukitkatil.blogspot.com
Nilai: RM 17,972.00

5) Blog: http://www.palestinhood.blogspot.com
Nilai: RM 14,746.14

6) Blog: http://www.wwwaizatlegendz.blogspot.com
Nilai: RM 7,536.44

7) Blog: http://www.musafirkini.blogspot.com
Nilai: RM 7,214.12

Sumber: kijang59


Monday, 15 February 2010

Tidak dibenarkan mengajar di seluruh negeri Melaka.


Itulah antara kandungan surat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama islam kepada beberapa orang ustaz di negeri Melaka. Amat menyedihkan apabila orang yang menghalang kelas – kelas pengajian agama yang telah sekian lama dijalankan di masjid– masjid di negeri Melaka ini adalah bukannya orang jahat, tetapi orang yang disangkakan baik. Apabila seorang Pengerusi Masjid di sebuah kampung di negeri Melaka ini menghantar seutus surat kepada seorang ustaz untuk menutup kelas pengajiannya, orang – orang tua mengadu kepada Pengerusi Masjid tersebut. Orang – orang tua ini mengharap pembelaan daripada beliau tetapi dijawabnya; “Dah tiada tauliah, tutup aje !”

Hampa hati orang kampung. Sejak 2 tahun lebih kuliah ustaz tersebut berjalan, sudah hampir 200 orang mengikuti kuliah tersebut. Anak – anak muda sudah mula rapat. Yang peliknya, satu kelas pengajian tafsir di masjid yang sama hendak ditutup kerana tidak mendapat sambutan, tetapi kenapa pengajian ustaz ini juga hendak ditutup sama sedangkan ramai yang datang?

Seiringan dengan itu, Imam 2 di masjid yang sama juga dipecat di atas sebab tidak membaca teks semasa khutbah jumaat. Akibatnya berlakulah senario solat jemaah 2 imam di masjid tersebut. Noja dan bilal masjid kemudiannya meletakkan jawatan. Yang dikhuatiri, kalau ada orang meninggal, siapa hendak mandi / menguruskan jenazah di kampung tersebut? Dengan ketiadaan mereka yang secara rasminya bertanggungjawab ke atas urusan jenazah di kampung itu, dengan siapa masyarakat kampung hendak merujuk dan meminta bantuan?

Ustaz tersebut juga dituduh sebagai Kaum Muda, dan malahan dituduh sebagai Wahabi. Sedangkan di dalam surat pemecatan beliau tidak sebutkan tentang hal ini. Kuliah ustaz ini juga dirakamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam, & apabila ditanya oleh ustaz ini tentang isi kandungannya, dijawab pula “ tiada apa – apa !” Malahan diberitahu kepada ustaz tersebut, ilmu ustaz itu lebih banyak. Jadi apa masalahnya? Dijawabnya, “ Masalahnya ustaz membaca Qunut Nazilah… !” Walaupun diakui bahawa Qunut itu adalah bersumberkan dari Nabi SAW.

Astaghfirullahal azim....

Kesan daripada peristiwa ini, hamba Allah yang menghalang majlis ilmu itu tadi tidak diterima oleh orang kampung. Solat Gerhana yang dipimpinnya hanya dihadiri oleh 4 orang, ramai jemaah yang lain solat di surau. Sampaikan solat jenazah di kampung tersebut pun tidak menerima beliau sebagai imam. Keluarga jenazah enggan menerima beliau untuk mengimamkan solat jenazah tersebut.

Pernah orang kampung merayu memintanya supaya tidak menutup dahulu kelas ilmu tersebut untuk memberi masa kepada ustaz terbabit supaya mengambil tauliah, tetapi tidak diendahkan. Malahan yang paling mengecewakan adalah beliau berkata “ Kalau Datuk Ali tanya, saya nak jawab apa ….. “

Masya Allah...

Tidak ditakutinya pula kalau Allah tanya nanti dia nak jawab apa? Inilah yang berlaku apabila orang yang hendak menjaga kuasanya di dunia mengkhianati agama Allah. Kalau di Selangor ‘meletup’ kisah Dr. Asri Zainal Abidin ditahan JAIS kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama, di Melaka juga berlaku kisah yang seakan sama. Ustaz yang tidak mempunyai tauliah tidak boleh mengajar, walaupun ilmunya diakui dan diterima masyarakat. Pengerusi Masjidnya takut dengan Ali Rustam, yang amat bimbang dengan kuliah agama dan penyebaran dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sesungguhnya Umno sangat busuk lagi membusukkan jiwa masyarakat.

Kisah benar ini diperdengarkan sendiri kepada den dan jemaah Balai Islam Taman Cempaka baru-baru ini. Moga diambil iktibar.

Pondok Parit Ismail,
15 Februari 2010


Thursday, 11 February 2010

KENYATAAN MEDIA : Apa Sudah Jadi Dengan Hutan Air Keroh ?


Laporan blogger Palestinhood baru - baru ini tentang keadaan terkini Hutan Rekreasi Ayer Keroh telah menarik perhatian Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) untuk bersuara bagi melahirkan keperihatinan terhadap kawasan terbabit. Hutan Rekreasi yang terletak di dalam Parlimen Bukit Katil ini telah dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan; gambar - gambar yang dipaparkan di blog tersebut menunjukkan tanah telah ditarah dan aktiviti yang kelihatan merosakkan kawasan sekitar hutan, dibimbangi merosakkan sistem ekologi hutan berkenaan.

Persoalan yang ditimbulkan juga adalah kenapa nama Hutan Rekreasi bertukar kepada Taman Botanikal? Adakah ia membawa maksud kawasan tersebut akan bertukar statusnya daripada hutan yang memelihara flora dan fauna Ayer Keroh akan menjadi kawasan taman, yang tentunya akan merubah lanskap asal kawasan tersebut?

DPPKBK dengan ini menggesa agar pihak yang berkuasa ke atas kawasan hutan tersebut agar memberi penjelasan tentang pendedahan oleh blogger terbabit supaya rakyat Melaka tahu dan jelas tentang situasi sebenar. Atas dasar keperihatinan terhadap keadaan alam sekitar di Parlimen Bukit Katil telah membuat DPPKBK berasa terpanggil untuk bersuara. Bukan maksud DPPKBK menghalang dan mempertikaikan sebarang usaha pengubahsuaian ke arah penambahbaikan kawasan terbabit tetapi isu dan persoalan yang dilontarkan harus dijawab segera bagi mengelakkan sebarang prasangka buruk terhadap pihak berwajib yang menguruskan kawasan terbabit.

Mempersada Perjuangan Rakyat,

Puhat Bedol,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
Februari 2010

sumber laporan : http://palestinhood.blogspot.com/2010/02/lenyapnya-hutan-rekreasi-ayer-keroh.html


Tuesday, 9 February 2010

Gegau 1 Selat Melaka


Program Gegau 1 Malaysia yang berlangsung di Dataran Klebang awal bulan ini telah mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records, dengan hampir 51,000 orang membanjiri dataran tersebut ( mengikut laporan The Star edisi internet bertarikh 5 Februari ). Pengisytiharan rekod itu dibuat oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan program tersebut. Dataran itu yang juga dikenali sebagai Dataran 1 Malaysia berjaya mengumpulkan ribuan umat Melaka, yang mana habis semua jabatan kerajaan dipaksa dan dikerah untuk menunjukkan bahawa parti / kerajaan pimpinan Ali Rustam mendapat sokongan padu rakyat.

Menurut blogger angkasanuri, setiap sekolah di sekitar Melaka diwajibkan menghantar paling kurang sebuah bas untuk membawa pelajar sekolah menengah. Sekolah rendah tidak disuruh, nanti nampak sangat budak-budak belum aqil baligh yang ramai menyokong parti yang mendakwa ia adalah juara rakyat itu. Selepas ini bukan sahaja 1 Melaka digegaukan dengan himpunan tersebut, 1 Selat Melaka juga mungkin akan digegaukan. Dikhuatiri gegauan itu mungkin akibat skandal yang menyerupai skandal PKFZ, malahan dibimbangi skandal itu jauh lebih besau kerana melibatkan wang yang jauh lebih banyak, RM 44 bilion berbanding kos PKFZ RM 12 bilion.

Banyak persoalan yang timbul hasil daripada cadangan projek mega ini, yang mana pada pendapat den banyak negatif daripada positifnya. Antara persoalan utama adalah adakah kajian teliti telah dibuat ke atas kos pembinaan dan pulangan melalui pembinaan jambatan yang dianggarkan menelan belanja US$12.5 bilion ( RM44.25 bilion ) itu? Kita kena teliti sama ada sesuai atau tidak pembinaan jambatan ini dari segi kos dan pulangannya.

Berdasarkan kepada kos pembinaan US12.5 bilion dan berdasarkan anggaran trafik di atas jambatan itu yg dijangka ialah kira-kira 15,000 kenderaan sehari dan caj tol setiap kenderaan dianggarkan antara AS$75 hingga AS$85;

Maka, kutipan tahunan ialah RM 1.5bilion ( 15,000 x US$80 x 3.5 = RM4.2 m / hari ) / ( RM4.2 m x 365 hari = RM1.5 bilion / tahun ).
Jadi, ianya memerlukan 30 tahun untuk mengembalikan kos pembinaan sahaja tanpa mengambil kira kos pengurusan dan kos kewangan/ faedah untuk pinjaman.

Dan secara kiraan kasar, kebiasaannya, dengaan kadar faedah tahunan 2%, jumlah pembayaran semula ialah 2 kali ganda daripada pinjaman pokok. Ertinya perlu 60 tahun untuk bayar pokok + faedah pinjaman. Ertinya, perlu tempoh 1 generasi untuk bayar balik hutang!!!

Inilah antara persoalan yang dilontarkan oleh YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada 12/11/2009. Isu yang sama juga telah dibangkitkan semasa program ceramah di Pejabat Pas Kawasan Bukit Katil melibatkan ADUN dari DAP Melaka. Tunggulah sama ada isu ini akan digegaukan dengan skandal menyerupai PKFZ, atau mungkin jambatan Melaka - Sumatera di Selat Melaka itu nanti digegaukan dengan pelanggaran kapal dengan pylon / tiang jambatan tersebut ( akibat cuaca buruk dan sebagainya... Minta dijauhi tuhan ).

Pondok Parit Ismail,
9 hb Februari 2010.


Sunday, 7 February 2010

Program Turun Padang Sempena Sambutan Tahun Baru Cina


Bukit Baru - Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah mengadakan program mengedarkan kad ucapan Tahun Baru Cina dan buah limau kepada penduduk - penduduk di taman - taman perumahan di sekitar Bukit Baru. Program ini juga bertujuan untuk menjemput penduduk tempatan ke Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 27 Februari 2010 di Taman Sin Hoe, Bukit Baru.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut sama menyertai program ini dalam ulasannya menyebut bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha Pemuda PAS Negeri Melaka dan Kawasan Bukit Katil untuk mendekati penduduk kawasan DUN Bukit Baru khususnya kaum Tionghua. Respon yang diterima adalah memberangsangkan dengan hampir 1000 kad jemputan yang diedarkan, boleh dikatakan semuanya diterima dengan baik oleh penduduk setempat yang datang membeli belah di Pasar Bukit Baru tersebut. Beliau mengharapkan kehadiran yang baik di Majlis Rumah Terbuka itu nanti, yang matlamatnya untuk menghimpunkan rakyat Melaka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Apa yang menarik adalah ada diantara pengunjung yang bertanyakan tentang kehadiran pemimpin dari peringkat pusat yang akan hadir ke Majlis Rumah Terbuka itu nanti. Ada yang bertanyakan tentang Tuan Guru Nik Aziz, malah nama Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak lepas dari pertanyaan seorang pengunjung wanita Cina, yang menurutnya akan melimpah ruah majlis itu nanti jika Datuk Seri Anwar hadir.





Ustaz Kamarudin sedang mengagih-agihkan limau dan kad jemputan kepada pengunjung Pasar Bukit Baru.


Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, disertai dengan beberapa wakil dari MTD Bukit Baru yang turut sama menghulurkan tenaga. Tidak ketinggalan, YDP PAS Kawasan Bukit Katil saudara Sofi Wahab.



ADUN Ayer Keroh dari DAP Melaka, YB Khoo juga tidak lepas daripada menyertai program ini.



Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Melaka, saudara Abu Khir sedang menerangkan tentang lokasi Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat kepada seorang pelanggan sebuah kedai makan.



Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Ustaz Khairul ( berkopiah putih ) bersama dengan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil, saudara Puhat Bedol ( berjaket ) sedang bersedia untuk mengagihkan buah limau kepada para pengunjung.


Inilah bukti kesungguhan Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam mendekati dan menyantuni rakyat. Semoga ianya diberkati Allah dan mendapat sokongan serta dokongan rakyat.


Saturday, 6 February 2010

Bengkel Media Baru


Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka akan menganjurkan program Bengkel Media Baru pada hari Sabtu 20 hb Februari 2010 bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Melaka. Penganjur seminar separuh hari yang akan bermula pada pukul 8.30 pagi - 1.00 petang ini mengalukan-alukan penyertaan dari semua ahli PAS negeri Melaka. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara Amin, Ketua Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di talian 013-6515912


Thursday, 4 February 2010

Iktibar bagi orang islam yang beriman



Satu kisah yang benar2 baru berlaku yang perlu kita ambil iktibar, sekiranya kita masih lg sayangkan Islam sayangkan Allah dan rasulnya kita perlu menjadikan diri kita sebagai hambanya atau umatnya yang benar mentaati segala suruhanya spt kisah dibawah ini orang yang kuat menentang islam akhirnya memeluk islam selepas dia mendalami AlQuran. Kita pula bagaimana, mengapa kita masih lg tercari2 lg jalan yg benar masih lg memberikan pelbagai alasan untuk menegakkan islam mengapa tidak mencari penyelesaian untuk menegakan ia, ayuh sahabat2 tidak kira dari jemaah apa pun dr fahaman politik mana pun mari kita bersama2 berganding bahu menegakan Islam dinegara ini.

Sokonglah jemaah yang ingin menegakkan Islam yg syumul yang ingin mengikut sunnah2 nabi ingin menegagak daulah islamiyah, ingin menegagkan undang islam di depanya ingin meniru cara nabi dan sahabat2nya memerintah ingin mencari keredaanya agar di hari pembalasan kita diberi syafaat oleh nabi Muhammad saw agar allah membalas segala keringat kita dengan memasukkan kita ke dalam syurga yang telah dijanjikan insya allah..

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.


Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.


1Malaysia – Senjata makan tuan


Kenyataan perkauman yang dilontarkan oleh pegawai khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam di Melaka dalam satu seminar 1 Malaysia  menunjukan jelas bahawa UMNO adalah parti yang berfikiran perkauman yang sempit, bercelaru dan tidak konsisten hala tujunya dibawah pimpinan Dato Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda DPPBK menyeru ahli2 Umno, MIC dan juga MCA tidak lagi menjadi penyokong yang setia tidak bertempat ini kerana nakhoda yang menerajui BN semakin hari semakin hilang arah tuju semakin hilang penghormatanya manakan tidak pegawai khas beliau sendiri masih belum faham maksud 1 Malaysia. Sehingga kini pemerintahan dato Seri Najib Razak sudah banyak berlaku perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian antara kaum yang selama ini kelihatan baik dan aman.

Kenyataan Datuk Nasir Safar bagaikan melawan arus dengan konsep 1 Malaysia beliau menyatakan bahawa kaum Cina dan India adalah pendatang dan mengungut mereka akan ditarik kerkyatan sekiranya menentang keputusan kerajaan menghadkan 12 matapelajaran dalam peperiksaan SPM. Ini menunjukan semangat 1 Malaysia yang dilontarkan oleh perdana menteri bagaikan satu retorik hanya mainan politik Umno untuk mendapatkan sokongan rakyat pelbagai kaum. Manakan tidak juak – juak Umno masih lagi memepermainkan isu perkauman ini sejak hampir tewas di PRU 12.

Dengan ini Pakatan rakyat adalah platform terbaik bagi semua kaum di bumi Malaysia ini. Ini kerana dasar pakatan rakyat adalah Negara kebajikan  untuk semua kaum dengan mengikut perlembagaan Negara. Umno dengan dasar perkauman yang sempit dimana semua kaum ditolak kecuali kroni2 Umno sahaja kita lihat kononya ingin membantu orang-orang melayu tapi dalam pada yng sama menindas orang melayu. Pemerintahan sudah lebih 52 tahun tapi tahap kemiskinan melayu masih pada tahap yang tinggi.. Pemuda Pas kawasan Bukit katil menyeru sekali lagi marilah beramai2 bersama2 dalam pakatan rakyat semoga kita dapat membangunkan Negara ini dengan lebih baik lagi. Takbir.


Tuesday, 2 February 2010

Mengapa anda perlu mengundi PAS??




1) PAS tidak kekosongan dalam agenda perubahan politik negara. PAS bergabung bersama PKR dan DAP selain mempunyai hubungan yang kuat dengan NGO-NGO lain. Jadi anda tidak perlu meraguinya kerana ia mewakili kehendak atau suara ramai.(bukan kehendak PAS semata-mata).

2) PAS merentasi semua kaum dan lapisan masyarakat. PAS menolak segala racism, politik perkauman yang jumud dan sempit. UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti komponen dalam BN berteraskan politik perkauman. UMNO untuk Melayunya, MCA untuk Cina dan MIC untuk India. Ia membuka ruang yang tidak selamat kepada usaha perpaduan antara kaum di negara ini jika menjadikan parti-parti tersebut sebagai wasilah perjuangan. Walaupun menggunakan BN sebagai penyatu antara parti-parti kaum didalamnya, namun ia masih di atas kepentingan kaum tertentu dan bukan melihat kepentingan semua pihak. Sedangkan PAS bercirikan kesyumulan yang berteraskan agama Islam, kerana Islam bukan untuk Melayu, Cina, atau India semata-mata tetapi untuk semua kaum, bangsa, dan agama.

3) PAS mempunyai agenda nasional yang besar, bukannya dilihat di dalam juzuk sempit politik semata-mata tetapi PAS melihat beribu-ribu isu negara yang terabai di bawah pemerintahan BN sebelum ini. Isu penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, Badan-badan pencegahan, badan keselamatan dan lain-lain. Sebagai contoh dalam sistem keadilan negara. Kerajaan BN di dalam pemerintahannya telah menjadikan kebebasan bersuara di sekat dengan pelbagai akta dan politik sempit. BN juga telah merencatkan perkembangan jiwa dan minda rakyat untuk melahirkan world-class mentality (mentaliti kelas dunia) dengan pelbagai ugutan, ancaman dan permusuhan terhadap rakyat yang berani meluahkannya.

4) PAS masih kekal dengan rekod yang cemerlang di negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, negeri role-model Kelantan yang menjadi sebuah negeri yang berkebajikan di bawah pemerintahan pemerintah yang adil dan bersih. Skim Kifalah, Armalah, Gerak berdikari dan lain-lain yang dilaksanakan di Kelantan menjadi contoh bahawa walaupun negara di rundum dengan masalah ekonomi, kebajikan rakyat masih lagi terpelihara. Tidak di bawah pemerintahan BN yang hanya akan menyusahkan lagi rakyat dengan pelbagai beban kewangan, cukai, harga barang, tol, tarif air dan elektrik dan lain-lain atas alasan bagi menampung kewangan negara di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia.

5) Akhirnya, sebab apa anda harus mengundi PAS kerana ianya bukan hanya untuk masa depan kita, tetapi untuk kemakmuran dan masa depan anak cucu kita.

Wallahu'alam

~PAS untuk Semua~


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59