Tuesday, 29 December 2009

Umno yang gila kuasa


B
erita gempar edisi petang Jumaat 25 Disember 2009 keluaran blogger angkasanuri menarik perhatian den untuk terus menziarahi blog beliau. Memang sah gempar - surau yang 'dinaiktaraf' melaksanakan solat Jumaat untuk warga Taman Merdeka, Batu Berendam yang terletak di dalam DUN Ayer Keroh, Parlimen Bukit Katil itu mencatatkan satu sejarah pilu apabila kesemua AJK syaraknya meletakkan jawatan.

Inilah hasil kerja puak - puak Umno Melaka yang gila kuasa. Kuasa yang digila-gilakan itu bukan tinggi mana pun, hanya jawatan Imam sebuah surau. Tetapi disebabkan pengaruh jawatan itu yang bukan sedikit terhadap masyarakat setempat, membuatkan orang Umno ( yang menurut blogger angkasanuri, orang kuat Ali Rustam ) mengidamkannya.

Natijahnya AJK yang selama ini bekerja untuk masyarakat tempatan melepaskan semua jawatan mereka. Siapa yang rugi? Tentulah masyarakat tempatan itu sendiri. Tetapi puak Umno Melaka peduli apa? Asalkan diri sendiri untung, sudah. Sungguh gila kuasa puak - puak ini sehinggakan AJK yang selama ini amat disenangi oleh penduduk di situ terpaksa meletakkan jawatan. Satu kerugian yang amat sangat kerana dalam keadaan Melaka yang penuh dengan gejala sosial ini memerlukan banyak kegiatan kerohanian untuk menjana sinar keimanan di kalangan masyarakat, telah kehilangan tenaga kerja dakwah yang komited.

Ada kebenarannya apabila blogger Angkasanuri melahirkan keyakinan beliau bahawa penduduk setempat akan meminggirkan program agama anjuran mereka yang gila kuasa ini.

Artikel asal di pautan berikut : angkasanuri.blogspot


---


25 December 2009

GEMPAR!!! KERANA POLITIK UMNO SELURUH AJK SYARAK SURAU/MASJID AN NANJIHIN LETAK JAWATAN SERTA MERTA!


Selepas solat Jumaat sebentar tadi, Imam 1, Imam 2,Bilal 2 dan seluruh jawatankuasa Surau/Masjid An Najihin Taman Merdeka Batu Berendam Melaka meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Kenyataan itu dibacakan oleh Imam Shuib selaku Imam 1 di hadapan kira-kira 1000 jemaah jemaah yang hadir selepas Solat Jumaat. Menurut beliau peletakan jawatan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dilelakkan.



Namun, semua jemaah tahu bahawa surau An Najihin yang digunakan untuk solat Jumaat mengetahui campur tangan politik umno yang telah sekian lama mencampuri dalam pengurusan surau berkenaan yang didalangi oleh Bilal 1 yang juga pengerusi surau iaitu orang kuat Umno yang selama ini melobi diri sendiri untuk jawatan berkenaan. Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK Umno yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan. Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.



Peletakan jawatan ini menjadi tamparan hebat pada Umno di tempat berkenaan dan di Melaka yang seringkali menunjukkan sikap mencampuri urusan pengurusan surau dan masjid di Melaka. Timbul tanda tanya siapa yang akan menjadi imam dan jawatankuasa syarak selepas ini memandangkan Imam 1 dan lain-lainnya cukup disenangi penduduk dan kariah serta telah lebih 9 tahun berkhidmat di surau berkenaan. Selepas ini saya yakin surau berkenaan yang sering imarah dengan pelbagai aktiviti akan dipinggirkan oleh majoriti penduduk setempat yang kurang senang dengan campur tangan politik Umno yang gila kuasa di situ.



Suasana pilu menyelubungi di dalam masjid bila jemaah dan jawatankuasa syarak yang meletak jawatan berpelukan sesama sendiri selepas pengumuman perletakan jawatan itu dibuat.


Posted by angkasanuri at 12/25/2009 01:59:00 PM


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59