Monday, 31 August 2009

Berita Ringkas




Ahad 9 Ramadan 1430 H - Beberapa saf pimpinan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil ( DPPBK ) yang diketuai oleh Saudara Puhat Bedol hari ini telah menyertai Program Larian Merdeka 2009 anjuran DAP Melaka bertempat di Pejabat DAP Melaka Lorong Pandan. Larian yang bermula pada pukul 8 pagi ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan walaupun cuaca agak mendung dan hujan renyai - renyai yang kadangkala turun. Beberapa YB DAP Melaka juga kelihatan turut sama memeriahkan program ini.

Laporan penuh oleh blogger mutarligat di http://mutaligat.blogspot.com/

Dalam hal yang berkaitan Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Negeri Melakayang diketuai oleh Ustaz Khairul Che Salleh yang juga AJK DPPBK telah berjaya mengadakan satu program mengedarkan bendera secara percuma kepada orang ramai sempena sambutan kemerdekaan tahun 2009. Program yang diadakan bersama-sama dengan DAP Melaka ini berlangsung di Pasar Besar Melaka telah bermula pada 9 pagi Sabtu, 29 Ogos 2009. Beberapa AJK DPPBK juga telah turut serta mengambil bahagian di dalam mengagihkan bendera dan risalah al-Fikrah terbitan Lajnah Penerangan dan Dakwah, Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka yang juga boleh didapati di laman web Pemuda PAS Neger Melaka di alamat
http://dppnmelaka.wordpress.com/



Kelihatan saudara Puhat Pedol, Ketua DPPBK berkumpul dengan sebilangan para peserta larian merdeka di hadapan Pejabat DAP Melaka.



Para peserta sedang bersiap sedia untuk memulakan larian.


Tazkirah Ramadan


K
uliah subuh oleh Ustaz Musa di Balai Islam Taman Cempaka pada 8 Ramadan 1430 Hijrah bersamaan hari Sabtu 29 Ogos 2009 menyentuh tentang peranan Al Quran yang diturunkan oleh Allah SWT. Antara ringkasan intipati kuliah beliau adalah Ramadan adalah sinonim dengan bulan Al Quran, dan Allah telah berfirman yang membawa maksud ' ...diturunkan Al Quran sebagai petunjuk kepada manusia yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Al Quran itu adalah Al Huda, yakni petunjuk sebagaimana yang disebut Allah Taala di dalam surah Al Baqarah ayat yang permulaan sekali - ' Alif Lam Mim, Demikianlah Al Quran itu adalah kitab yang tiada keraguan. ' Seolah - olah Allah memberitahu kita kitab yang lain itu penuh dengan keraguan.

Ikuti rakaman sepenuhnya kuliah subuh ini ( dalam bentuk .mp3 ) beserta penjelasan / kupasan menarik tentang hukum bagi peminum arak yang menjadi isu hangat baru-baru ini di link berikut :

http://www.4shared.com/file/128893001/36a5822d/kuliah_subuhust_musa_-_Copy.html


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59