Tuesday, 30 June 2009

Nota Tahalluf Siyaasi



D
efinasi Tahalluf Siyaasi :
1. Tahalluf adalah istilah politik Islam bermaksud berpakat atau bermuafakat untuk mencapai dan menjayakan kepentingan bersama dalam membina negara atau mendapatkan kuasa.

2.Tahalluf adalah suatu perjanjian persefahaman untuk berkerjasama dan bantu membantu untuk menghadapi lawan. Boleh berlaku di bawah beberapa situasi berdasarkan sirah Rasulullah dan para sahabah:-


Sejarah Tahalluf :

- Antara kumpulan Islam seperti perjanjian dengan puak Aus dan Khazraj.

- Golongan bukan Islam seperti persefahaman antara Rasulullah dengan golongan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib sebelum hijrah. Juga perjanjian antara Rasulullah dengan Kabilah Khaza’ah selepas perjanjian Hudaibiyah.

- Sesama golongan jahiliyah yang bersatu untuk menentang kezaliman iaitu peristiwa melibatkan seorang lelaki dari kabilah Zabid telah dizalimi oleh Al-A’as bin Wasil. Beberapa orang bangsawan Mekah yang bersimpati membuat persepakatan perfahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang sebarang bentuk kezaliman. Berhubung ini Rasulullah bersabda:-
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah suatu pakatan yang aku sangat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah. Kalau aku diajak kepadanya di zaman Islam nescaya aku menyahutnya”
(peristiwa Hilful Fudhul Riwayat Ibn Ishaq)

KAEDAH HUKUM & SYARAT-SYARAT TAHALLUF

- Membawa Maslahah dan Tidak Mengikat Sehingga Menjejaskan Prinsip

- Dalil 1 : Hubungan Rasulullah dengan keluarga dari kalangan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutolib khasnya Abu Tolib. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah dengan bersedia berkorban apa sahaja. Tetapi apabila Abu Tolib cuba memujuk Rasulullah dengan tawaran golongan bangsawan Quraisy agar baginda bertolak ansur, maka dengan tegas baginda bersabda dengan sabda yang mashyur:-

“Wahai bapa saudaraku. Demi Allah! Kalau mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, nescaya aku tidak akan meninggalkankannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamanya ataupun aku mati kerananya”.

- Dalil 2 : Hubungan antara Abu Bakar dengan Ibnu Dugnah yang sedia memberikan perlindungan kepadanya terpaksa dibatalkan apabila Ibnu Dugnah mensyaratkan kepada Abu Bakar agar jangan membaca al-Quran di luar rumah kerana boleh mempengaruhi orang lain.

MASLAHAH YANG DIIZINKAN

1. Ke Arah Kedaulatan Islam dan Perlaksanaan Syariat ( contoh isu pembuangan perkataan Bismillah & Rasulullah dlm Piagam Madinah)

2. Menentang Kezaliman, Penyelewengan dan Keruntuhan Moral (Dalilnya ialah persetujuan Rasulullah terhadap Persefahaman Pakatan Menentang Kezaliman Semasa Zaman Jahiliyah seperti sabda Rasulullah:-
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi”

MAWAADA’AH

Disana terdapat persefahaman sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan Mawada’ah dan ada juga ulamak yang meletakkannya dalam perkara Hadanah (Gencatan Senjata)

ISTIAA’NAH (Meminta bantuan atau pertolongan)

Apabila adanya persefahaman maka berlakulah tolong menolong yakni mereka berjanji untuk menolong kita dan kita juga berjanji untuk menolong mereka dalam perkara yang diizinkan syarak tanpa mengorbankan prinsip dan dasar Islam

KESIMPULAN

Tahalluf itu boleh dibahagikan menurut keadaan berikut:-

1- Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:-
- Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
- Mengiktiraf negara Islam
- Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2- Tanpa Membentuk Negara:-
- Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang besar
- Maslahah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan membebaskan orang tahanan tanpa diadili dan seumpamanya
- Berlindung sementara di masa lemah
= Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan harakah Islamiyah

* Ringkasan daripada slot pengisian semasa Bengkel Perancangan Strategik Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil 29 Jun 2009


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59