Saturday, 20 June 2009

Satu lagi punca kanser ditemui


U
tusan Pengguna keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang membuat pendedahan ini di dalam keluaran Mac - April 2009. Mereka menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas barangan kosmetik yang mengandungi talc ( talkum ). Talkum dikenalpasti merbahaya kerana zarah - zarahnya boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru - paru.

Zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari. Beberapa kajian telah menemui zarah talkum dalam tumor ovari. Wanita yang menghidap tumor ovari pula didapati lebih kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding mereka yang sihat.

Penemuan terbaru dari Amerika menyarankan bahawa wanita yang memakai bedak talkum 40 % lebih cenderung menghidap kanser ovari. Pakar - pakar dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston menjalankan kajian ke atas lebih daripada 3,000 wanita dan mendapati pemakaian talkum walaupun cuma seminggu sekali menambah risiko kanser ovari sebanyak 30%. Malah peratusannya meningkat kepada 41% bagi mereka yang memakainya setiap hari.

Bedak talkum juga boleh membahayakan kesihatan pernafasan kerana ia mengandungi zarah - zarah halus yang mudah sampai ke paru - paru. Debu putih itu akan berada di sesuatu tempat apabila berlaku bawaan udara, boleh disedut oleh bayi atau sesiapa sahaja yang menggoncang botolnya.

Talkum boleh menyebabkan laluan udara bayi membengkak lalu menyebabkan pneumonia. Selain itu, bedak talkum juga dikaitkan dengan asma di kalangan kanak - kanak. Statistik menunjukkan terdapat ribuan kanak - kanak meninggal dunia setiap tahun atau mengalami masalah kesihatan yang serius akibat terhidu bedak talkum bayi.

Pengguna dinasihatkan supaya memakai bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras. Ibu - ibu pula dinasihatkan supaya menggunakan minyak sapu ( oitment ) dan bukkannya bedak talkum berubat untuk bayi yang mengalami masalah ruam kulit.

* Artikel diterbitkan semula secara ringkas. Untuk maklumat sepenuhnya sila rujuk kepada akhbar Utusan Pengguna.


Tahniah buat peserta Pertandingan Badminton anjuran Pemuda PAS Alor Gajah


Lima orang peserta daripada PAS Kawasan Bukit Katil telah menyertai Pertandingan Badminton Tertutup anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah pada 20 hb Jun 2009 bertempat di Dewan SKJC Sin Wah, Pekan Durian Tunggal. Di antara kalangan peserta tersebut adalah saudara Sofi Wahab, Yang Di Pertua PAS, Ketua Urusan Ulama' Ustaz Nurkhairi Yusof, dan saudara Puhat Bedol, Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Kesemua peserta telah digandingkan dengan peserta dari kawasan lain berdasarkan format pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pertandingan malam itu boleh dikatakan memihak kepada PAS Kawasan Bukit Katil, memandangkan kesemua tempat pertama hingga tempat ke-empat dimenangi oleh pasangan gandingan Kawasan Bukit Katil. Inilah yang diharapkan daripada saf pimpinan PAS, bukan sahaja menceburkan diri dalam bidang politik dan dakwah, tetapi juga bidang sukan.

Dalam hal yang berkaitan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK )di dalam perancangan untuk menganjurkan Pertandingan Bowling Piala Ketua Pemuda PAS Melaka pada tahun ini. Setelah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, DPPBK melalui Lajnah Sukan Sukan dan Seni Budaya berhasrat menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan sebagai cara untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda. Sama - sama kita menunggu ketibaannya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59