Saturday, 16 May 2009

Sukan PASTI Kawasan Bukit Katil



Pagi tadi telah berlangsungnya sukan PASTI peringkat Kawasan Bukit Katil.Acara tahunan tersebut yang diadakan di padang Ar-Rahmah telah dijuarai oleh PASTI Seri Jati sekali gus memusnahkan impian PASTI Al-Kautsar untuk mencipta hatrik pada kejohanan kali ini.Manakala PASTI Al-Ikhwan menduduki tempat kedua dan Al-Kautsar jatuh di tempat ketiga.Perlawanan bolasepak tersebut dibuat secara liga.

Sementara itu bagi acara bola jaring pula Ar-Rahmah mengungguli tempat pertama,meletakkan Seri Jati berada di tempat kedua.Nampaknya penguasaan Seri Jati dalam kedua-dua acara tersebut telah meletakkan pasukan mereka untuk mewakili PASTI Kawasan Bukit Katil pada pertemuan 30 Mei nanti.

Sekalung tahniah buat kedua-dua pasukan tersebut.Bagi yang tidak berjaya,jangan putus asa,berlatih bersungguh-sungguh.Tahun depan boleh berentap lagi.

Tidak lupa juga Dewan Pemuda mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jabatan PASTI Kawasan serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jawatankuasa pemuda,Majlis Guru PASTI,guru-guru PASTI serta ibubapa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program tersebut.

Pengorbanan kalian pasti akan dikira oleh Allah di akhirat kelak,insyaAllah.Janji Allah itu benar dan pasti.

Amalan yang baik akan dibalas syurga,kejahatan dibalas neraka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59