Sunday, 3 May 2009

Barisan Kepimpinan Baru PAS Kawasan Bukit Katil





Tahniah kepada PAS Kawasan Bukit Katil kerana telah selamat dengan jayanya mengadakan muktamar tahunan kali ke-6 pada pagi tadi (3.5.09). Muktamar yang berlangsung di INB Resort itu tadi telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS YBhg Tn.Hj Mohd Sabu.Muktamar kali ini juga menyaksikan kehadiran para perwakilan yang begitu ramai.

Menurut urusetia mukatamar, kehadiran para perwakilan serta pemerhati yang di luar jangkaan itu menyebabkan buku laporan muktamar tidak mencukupi untuk diedarkan kepada semua yang hadir.

Memandangkan muktamar kali ini terdapatnya pemilihan terhadap barisan kepimpinanan, maka sejajar dengan itu para perwakilan telah pun memainkan peranan masing-masing dengan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Proses pengundian berjalan lancar dan keputusan pemilihan tersebut adalah seperti berikut.

Yang Dipertua PAS Kawasan disandang oleh Sdr.Mohd Sofi Bin Wahab,manakala TYD dan NYD pula diamanahkan kepada Tn.Hj Mohd Ali bin Shariff dan Tn.Hj.Ismail Bin Ahmad.Jawatan Yang Dipertua yang dipertandingkan itu telah mendapat pencalonan daripada semua cawangan-cawangan di bawah kawasan Bukit Katil.Setelah diambilkira dari kelayakkan bertanding hanya dua nama sahaja yang tersenarai sebagai calon YDP iaitu Th.Hj Bakerin dan Sdr.Sofi Wahab.Namun begitu Tn.Hj.Bakerin telah pun menarik diri dan memberi laluan kepada Sdr.Sofi untuk memegang amanah tersebut.

Inilah jiwa besar pemimpin yang melalui proses ditarbiyah ,jawatan bukanlah suatu untuk dibanggakan dan ianya boleh dilepaskan bila-bila masa sahaja jika itu yang perlu dilakukan.
Inilah gambaran yang menunjukan betapa suburnya nilai murni,akhlak serta prinsip demokrasi di dalam PAS itu sendiri.Media arus perdana lah sebenarnya yang cuba mencetuskan api kemarahan dan melaga-lagakan antara pimpinan dan pendokong serta pengikut-pengikut PAS.

Justeru itu suka saya mengingatkan kepada media arus perdana supaya hentikanlah segala kerja-kerja sia-sia itu kerana sesungguhnya setiap pengikut dan pendokong PAS telah pun sedia maklum akan niat jahat kamu itu.

Kesempatan ini kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saf kepimpinan yang baru dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mantan YDP serta barisan ajk-ajk yang lalu atas segala curahan khidmat yang telah tuan-tuan berikan.Ingatlah , semua itu pasti akan dihitung oleh Allah SWT sebagai amalan mulia di akhirat kelak.

Kepada yang telah diamanahkan teruskan agenda untuk menyedarkan rakyat Melaka, bagi dewan pemuda selaku sayap kanan parti akan terus bergerak seiring dengan pas kawasan dalam menjayakan setiap program yang dirancangkan.

***** PAS FOR ALL ******


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59