Tuesday, 7 April 2009


Kemenangan calon DUN Bukit Selambau dalam PRK kali ini melengkapkan lagi pusingan pilihanraya kali ini.Bermakna ADUN Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan mereka dan seterusnya menafikan kemaraan calon BN itu sendiri.

S Manikumar telah berjaya menawan hati penduduk di Bukit Selambau untuk terus mempercayai kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh MB Dato' Seri Ust.Azizan.

Cukup lah tu wahai pengampu dan juak-juak UMNO sekalian,sudah jelas sekarang bahawa rakyat sudah cukup muak dengan kerajaan yang dipimpin oleh BN.Tunggu saja di PRU ke 13 nanti jika pemimpin yang ada ini masih lagi tidak mahu berubah dan terus bersikap angkuh serta sombong.

SEKALI LAGI TAHNIAH KPD KEDUA-DUA CALON ATAS KEMENANGAN HARI INI.RAKYAT BENAR-BENAR MENGHAYATI "SELOGAN KEMBALIKAN HAK KEPADA RAKYAT."


Tahniah YB Dato Seri iR Muhamad Nizar,tahniah PR


Alhamdulillah,keputusan PRK P059 Bukit Gantang telah pun rakyat ketahui.Setinggi syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kemenangan ini.Sememangnya Allah ingin mengajar akan keangkuhan BN yang sekarang ini dikepalai oleh sang ketua yang penuh kontroversi.

Sebagaimana ulasan sdr sofi dlm blog beliau mmutaligat.blogspot
,"Saya baru menyaksikan siaran langsung pengisytiharan keputusan PRK Bukit Gantang melalui saluran Astro Awani.

Selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Datuk Seri Nizar, beliau berundur ke belakang dan Datuk Seri Nizar terus berucap di rostrum. Pada masa yang sama Pengarah SPR Perak dengan muka yang masam mengarahkan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah memberitahu sesuatu kepada Ir Nizar. Saya yakin bahawa beliau meminta Nizar berhenti berucap sedangkan Nizar baru sahaja memulakan ucapannya.

Seperti biasa memang menjadi kelaziman bahawa calon yang menang dan kalah diberi peluang untuk berucap. Namun dalam insiden tadi terbukti Pengarah SPR Perak sangat benci kepada PAS sehingga tidak membenarkan Nizar berucap.

Saya yakin ribuan rakyat Malaysia menyaksikan insiden ini tadi. Jelas SPR berpihak dan tidak menjadi pengadil yang baik.

Angkuh sungguh Pengarah SPR Perak tersebut. Saya yakin jika BN menang sudah tentu beliau akan lebih angkuh dan sombong.

Saya menggesa beliau meminta maaf kepada Datuk Seri Nizar dan seluruh penyokong PAS dengan serta merta.

Kejadian tadi amat memalukan. Saya yakin selepas ini media pencacai Umno akan memfitnah Nizar. Tidak serik-serik lagi mereka ini."


Malah pengarah spr yang sombong itu cuba menarik YB nizar dari belakang supaya berhenti berucap namun tidak dilayan oleh YB nizar.Insiden tersebut menjadi saksi akan sikap sebenar spr dalam mengadili proses pilihanraya di negara ini.

Apa pun rakyat telah menunjukkan sokongan mereka yg tidak berbelah bagi kepada MB mereka yang masih sah sehingga sekarang ini.

MB kudeta Zambry masih tak reti-reti lagi nak berundur.Rakyat telah benar-benar menunjukkan undi protes dan secara langsung menolak kerja jahat yang telah dilakukan UMNO-BN dengan cara merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.Kalau dia seorang yang bermaruah dan ada sifat malu yang mana sifat malu itu merupakan salah satu dari cabang iman maka dengan segala hormatnya rakyat telah menunjukkan jalan keluar dari sistem pemerintahan sekarang dan juga keluar dari rumah kediaman rasmi menteri besar yang diduduki secara haram itu.

Sesungguhnya Zambry sememangnya benar-benar tidak layak menduduki rumah yang hanya diamanahkan untuk pemimpin rakyat sahaja.


Tapi masih adakah lagi erti
MARUAH dalam diri orang seperti ini...?

Hancur!!! Lah kau UMNO-BN.



Bukit Gantang, Selasa 7 April 2009 - Petugas PAS dari Pemuda Cawangan Taman Cempaka melaporkan terdapat kekecohan berhampiran Unit Peti Undi ( UPU ) Kuala Terong malam tadi disebabkan oleh kehadiran beberapa buah bas yang mencurigakan. Penduduk tempatan yang cuba menahan bas tersebut yang dipercayai membawa pengundi - pengundi hantu telah dileraikan oleh pihak polis. Walaupun penduduk tempatan menunggu sehingga pagi untuk mengekori bas tersebut ke tempat pembuangan undi, difahamkan tiada sebarang tindakan telah dapat diambil.

Seorang lagi petugas melaporkan saingan yang agak hebat diberikan oleh perayu undi dari BN di pondok panas mereka. Namun 'bateri' mereka tidak dicas semula sebaik sahaja matahari tegak menandakan sudah sampai ke tengah hari. Waktu petang agak hambar, berlawanan dengan semangat dan usaha merayu undi yang berterusan dari petugas PAS khususnya petugas dari Melaka yang ditugaskan membantu di UPU tersebut. Antara yang kelihatan turun membantu adalah pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan Cawangan Taman Cempaka.

Petugas tersebut juga memberikan tanggapan bahawa sambutan pengundi adalah nampak cenderung kepada PAS. Peluang menang tetap ada, berdasarkan pemerhatian beliau yang sudah banyak pengalaman membantu di pondok panas PAS semasa hari pilihanraya.

Dalam hal yang berkaitan, petugas lain dari PAS Kawasan Bukit Katil yang pergi awal sebelum hari penamaan calon lagi berpendapat, kebanyakan pengundi Cina khususnya di UPU Kampung Temeloh memberikan sokongan yang padu kepada calon PAS, Ir. Hj. Mohamad Nizar. Ini berpandukan kepada pendaftaran ahli Kelab Penyokong PAS di UPU tersebut yang amat menggalakkan. Para petugas dari Melaka ini bersama - sama dengan petugas tempatan telah berjaya mengumpulkan keahlian hampir kepada 60 orang bukan islam pada hari pertama kaunter pendaftaran dibuka sejak dari pagi pada hari Jumaat, 20 Mac 2009. " Amat mengejutkan !" ulas seorang petugas tempatan dari UPU Tebok.

Sambutan luar biasa juga pada petangnya diterima semasa Hj. Mohamad Nizar datang merasmikan penubuhan kelab tersebut. Khemah yang disediakan tidak cukup untuk menampung kehadiran yang ramai, sehinggakan pekan Kampung Temeloh 'sesak' dengan penduduk yang datang, majoritinya dari kaum Tionghua. Hari yang berikutnya juga menyaksikan permohonan keahlian yang bertambah, sehingga kaunter ditutup pada petangnya.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi petugas UPU sibuk mencari dan mengambil para pengundi yang masih belum menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Harapan tinggi menggunung kepada petugas PAS agar tiada seorang pengundi pun terlepas dari memangkah undi. Sama - sama kita menunggu keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang malam ini.



Istana Keadilan, Putrajaya, 7 April 2009 – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah. Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan.

Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia . Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya.

Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002. Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul. Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh. Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.



Bandar Hilir - Muktamar Dewan Pemuda Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPBK ) kali ke 5 telah berjaya dijalankan dengan sempurna pada 5 April 2009 bersamaan 9 Rabiulakhir 1430. Mesyuarat ini yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Bin Haji Sedik buat julung-julung kalinya telah diadakan di sebuah hotel bertempat di Bandar Hilir, Melaka.

Di dalam ucapan perasmiannya, Ustaz Kamaruddin Hj. Sedik menyentuh tentang kepentingan para perwakilan pemuda dari cawangan-cawangan seluruh Bukit Katil memilih saf kepimpinan yang benar-benar jitu dan berketerampilan bagi memastikan gerak kerja yang berterusan. Berbanding dengan kawasan – kawasan lain di negeri Melaka ini, DPPBK berdepan dengan suasana bandar di mana kebanyakan elit Umno negeri Melaka dilahirkan. Oleh itu DPPBK tidak mahu tidak harus terkehadapan dan bijak mengambil kesempatan atas kelemahan Umno Bahagian Bukit Katil lebih – lebih lagi setelah kes politik wang semasa Perhimpunan Agong Umno baru – baru ini yang melibatkan 4 orang yang kesemuanya dari Bahagian Bukit Katil.

Ustaz Kamaruddin juga menegaskan tentang kepentingan DPPBK mempunyai kekuatan yang ampuh bagi menghadapi Ketua Menteri Melaka yang juga dari kawasan Bukit Katil. Saingan mesti ditunjukkan, bukan sahaja terhadap seteru politik malah juga kepada kawan di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Sambil membuat perbandingan kepada rakan seperjuangan Parti Keadilan Rakyat yang lebih muda penglibatannya dalam politik, beliau menasihati agar faktor umur jangan sesekali dijadikan alasan untuk tidak berjuang. Jangan sesekali menunggu usia melebihi 30 an baru ingin terjun berjuang dalam jemaah pemuda.

Sesi pembentangan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti Tahunan serta Laporan kewangan agak hidup dengan soal jawab dan perbahasan dari para perwakilan dan AJK. Pengerusi Tetap telah berjaya memainkan peranan beliau dengan mengendalikan Muktamar dengan licin dan menghiasinya dengan nasihat-nasihat yang amat berharga selaku orang yang pernah terlibat dalam saf kepimpinan pemuda suatu masa dahulu.

Mesyuarat Agong kali ini juga telah melibatkan pembubaran AJK DPPBK sesi 2007/2009 dan pemilihan AJK baru untuk sesi 2009/2011. Hasil daripada undian yang telah dijalankan, para perwakilan secara majoritinya telah melantik saudara Puhat Bin Bedol sebagai Ketua DPPBK yang baru, saudara Nazri Ariffin sebagai Timbalan Ketua DPPBK dan Ustaz Abu Bakar Ramli sebagai Naib Ketua DPPBK. Semoga saf kepimpinan baru ini dapat menjana dan menggarap kekuatan DPPBK sebagai tenaga utama kepada PAS Kawasan Bukit Katil ke arah memenangi pilihanraya yang akan dating.

Laporan oleh Ahli Pondok Parit Ismail,
10.30 malam,
10 Rabiulawal 1430H


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59