Friday, 27 March 2009

Tindakkan Pengecut ,Bacul Serta Tidak Bermaruah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyifatkan tindakan KDN yang menggantung penerbitan HARAKAH serta SUARA KEADILAN sebagai suatu yang amat malang dan tidak bermaruah.

Dalam suasana rakyat dahagakan maklumat yang benar dan telus KDN melalui arahan UMNO-BN telah bertindak sewenang-wenangnya menyekat arus tersebut.Apa lagi dalam situasi 'perang' ketika ini yang mana dalam susana kehangatan DUN Bukit Selambau,Parlimen Bukit Gantang serta Batang Ai sedang menghadapi kempen pilihanraya kecil .

Apakah UMNO-BN fikir dengan menyekat maklumat-maklumat terkini yang melondehkan segala kebejatan dan kejahatan pemimpin UMNO-BN mampu menguburkan semangat perjuangan rakyat,sudah pasti tidak sama sekali.Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO,bahawa kamu sebenarnya hanya menambahkan lagi kebencian serta menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat terutama golongan marhaen terhadap kalangan pemimpin UMNO itu sendiri.

Dalam pada itu DPPKBK mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada HARAKAH dan SUARA KEADILAN atas sikap serta semangat juang yang telah ditunjukan selama ini dalam menghadapi pelbagai ujian dan mehnah demi menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini.Amarah rakyat pasti tidak akan mampu dibendung oleh penguasa yang zalim dan gila kuasa ini bila telah sampai kekemuncaknya.

Takziah kepada UMNO-BN serta seluruh juak pengampunya atas hilangnya rasa perikemanusiaan,terkuburnya sistem demokrasi yang berpaksikan keadilan.Hilangnya nilai jatidiri apalagi rendahnya akhlak serta hancurnya nilai akalbudi di kalangan pucuk pimpinan UMNO-BN itu sendiri.Inilah suatu penyakit kronik yang amat busuk lagi membusukkan.

Bagaikan bangkai yang diliputi najis rasuah mana mungkin bisa ditutup begitu sahaja daripada dihidu oleh rakyat. Cubaan untuk menafikan setiap berita yang menelanjangkan segala kebobrokan UMNO sudah pasti tidak akan berhasil.Di dalam kes rasuah yang membabitkan Ketua Menteri Melaka sudah jelas apatah lagi apabila kes tersebut diputuskan sendiri oleh pihak Lembaga Disiplin UMNO itu sendiri.Namun sudah menjadi dasar manusia yang tidak tahu malu,orang yang telah jelas bersalah itu masih lagi memegang tampuk pemerintahan Negeri Melaka tanpa ada rasa segan dan silu.

Begitu juga sebagaimana yang telah didedahkan oleh Presiden PAS tentang akhbar luar negara yang telah melaporkan kes salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).

Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini."

Berita-berita sebeginilah sebenarnya yang menjadi punca UMNO-BN begitu takut akan sampai kepada rakyat dan bertindak
mengarahkan jentera kerajaan seperti KDN supaya menghukum HARAKAH dan SUARA KEADILAN daripada diterbitkan.Penyalahgunaan kuasa ini adalah suatu perbuatan yang amat keji dan tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang kononnya mendakwa mendapat sokongan rakyat.Apatah lagi bagi UMNO-BN yang menguasai hampir keseluruhan media cetak dan elektronik.Gunakanlah seluruh saluran yang ada itu untuk menjawab segala tuduhan kononnya, jika itu yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar ini.

Buatlah tindakkan undang-undang jika yakin UMNO-BN itu di pihak yang benar.Adakah UMNO berani?

Justeru itu demi membersihkan maruah KDN kami daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendesak dan menggesa walau dengan apa cara sekalipun agar KDN dapat mengembalikan hak penerbitan bagi kedua-dua akhbar rakyat ini dengan segera,tanpa perlu menunggu sehingga berakhirnya tempoh 3 bulan penggantungannya.



Mohd Nazri Arifin,
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59