Friday, 13 March 2009

PERLUNYA PERUBAHAN UNTUK LONJAKKAN PERJUANGAN


PAS Melaka perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan perjuangan menegakkan Islam di Melaka diterima rakyat.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi berkata kesungguhan, komitmen, jihad dan pengorbanan amat penting untuk ditingkatkan jika PAS mahu mencontohi kejayaan jirannya Negeri Sembilan dan Johor yang berjaya memecahkan tembok kebuntuan dengan memenangi kerusi pada PRU 2008 lalu.

"Jangan kita harap kita memperolehi sesuatu jika kita hanya menjadi penonton dan tumpang gembira kejayaan orang lain, sedangkan kita senang lenang diulik mimpi saban malam".

"Kejayaan tidak datang bergolek sebaliknya ianya seiringan dengan gerakerja dan pengorbanan yang kita lakukan".

Jauhar berkata jika semua pihak dalam jentera PAS Melaka dari peringkat negeri hingga ke cawangan berjaya melipatgandakan usaha, PAS Melaka bukan sahaja akan menjadi pembangkang malah berupaya untuk merampas negeri ini dari tangan BN dengan kerjasama dan sokongan dari rakan-rakan dari DAP dan PKR.

"Tidak mustahil kita akan menang pada PRU 13 nanti, riak-riaknya sudah ada, cuma kita kena usaha dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh" tambahnya.

Jauhar berkata demikian semasa diminta memberi kenyataan tentang peluang PAS untuk menang di Melaka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59