Wednesday, 11 March 2009

DAULAT TUANKU!!


Patik insan yang hina ini amat tersentuh dengan titah Baginda DYMM Sultan Selangor yang jelas mahukan negeri itu aman, bersatu, makmur, sejahtera dan berkebajikan.

Ternyata Baginda faham aspirasi rakyat baginda yang sentiasa berdiri tegak di bawah payung Raja-Raja Melayu yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Daulat Tuanku!!!!

Seorang Raja yang bijaksana, adil dan sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat sudah pasti disayangi dan didaulat oleh rakyat.

Hari ini, Baginda menitahkan bahawa Prinsip yang paling penting untuk mencapai sebuah negara yang maju ialah prinsip demokrasi dengan pandangan rakyat perlu diutamakan dalam menetukan hala tuju sesebuah negara."Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri.

"Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum," titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Patik yakin negeri Selangor akan menjadi sebuah negeri yang maju dari segenap segi termasuk fizikal dan spiritual berkat pentadbiran Tuanku dan memanda Menteri Besar dan para Exconya yang bekerja dengan komited serta telus, adil dan cekap.


ALI RUSTAM DI CABAR ISYTIHAR HARTA


Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman mencabar Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan exco-exconya mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya cabar Ali dan semua Exco isytiharkan harta mereka bermula dari hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini"

"Ada antara mereka yang sudah menjadi Yang Berhormat lebih dari 3 penggal dan kita mahu mereka isytiharkan harta dari mula-mula mereka menang, jangan berdolak-dalih lagi," katanya.

Katanya, ini penting untuk membuktikan pemimpin kita di Melaka ini bersih dari sebarang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Imran berkata Ali tidak boleh sekadar bercakap menghentam kerajaan Negeri Selangor namun tidak berani untuk mengisytiharkan harta beliau dan exco-exconya sebagaimana yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid dan barisan Exconya.

"Jika Ali tidak berani untuk mengisytiharkan hartanya bermakna mungkin beliau bermasalah, sebab itu tidak berani untuk berbuat demikian," ujarnya.

Khalid hari ini mengumumkan bahawa beliau bersama barisan Exconya akan mengisytiharkan harta masing di dalam laman web kerajaan negeri bermula esok


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59