Saturday, 10 January 2009

Catatan Perjalanan Lawatan Sambil Belajar ke Kedah ~ Ref Malaysiakini




Apabila YB Mohd. Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan menyebut tentang perubahan yang kelihatan di Hotel The Regency, sebuah hotel di bawah kelolaan kerajaan negeri Kedah, den berasa sedikit terharu. Apa tidaknya, sepanjang pengalaman den menginap di hotel-hotel 3-4 bintang semasa ‘jalan-jalan makan angin’ bersama keluarga, amat jarang bertemu dengan kakitangan hotel yang seratus persen menutup auratnya. Segala puji bagi Allah, kerajaan PR pimpinan PAS di negeri Darul Aman telah menampakkan biah solehahnya. Walaupun YB mengaku terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh, hatta daripada pegawai kerajaan negeri sekalipun, berkat dokongan ahli2 jemaah yang istiqamah dengan perjuangan PAS Kedah berjaya mengharungi cabaran tersebut. PAS bukan menang mutlak di Kedah, ‘la ni’ berkongsi kuasa dengan sahabat sahabat lain dalam Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu ada beberapa dasar dan polisi terpaksa ‘ditangguhkan’ demi menghormati hubungan yang sedia terjalin. Den percaya, dasar perjuangan politik PAS lambat laun akan diizinkan Allah untuk diterima oleh kawan mahupun lawan sedikit demi sedikit.


Antara yang dapat dipelajari daripada lawatan tempohari, PAS Kedah menekankan strategi untuk menguasai suasana melalui pendidikan. Di mana PASTI banyak, sekolah agama / pondok tumbuh merata, di situlah cawangan PAS kuat. Tarbiah amat diutamakan, malahan Kedah mencatatkan bilangan PASTI terbanyak di Malaysia. Kerajaan PAS Kedah mewujudkan Gagasan Ilmu dengan objektif untuk menjadikan Kedah Cemerlang melalui INSANIAH, IPT di bawah pentadbiran kerajaan negeri.


Ucapan YB Dr. Ismail Salleh, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ketika kami melawat kediaman rasmi YAB Menteri Besar di Sri Mentaloon juga banyak yang boleh diambil iktibar. Walaupun Datuk Seri Ustaz Azizan Abu Bakar tidak dapat menghadirkan diri beliau, sambutan yang diberikan kepada rombongan kami amat memuaskan hati. Walaupun seketika sebelum kami sampai ke Sri Mentaloon terdapat majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran kerajaan negeri, sambutan yang diberikan amat bermakna untuk kami. Kami dimaklumkan Datuk Seri Ustaz Azizan tidak menggunakan kediaman rasmi ini sebagai rumah penginapan beliau. Beliau hanya tinggal di teratak beliau sendiri bersama ahli keluarga beliau yang lain, yang juga dijadikan markas PAS. Menurut Ustaz Ahmad Ismail yang menjadi penyambut tetamu kami ketika kami baru sampai di Kedah, kediaman beliau tersebut penuh dengan buku – buku, hampir – hampir tidak kelihatan seperti rumah kediaman. Inilah gaya hidup pemimpin yang mengabdikan dirinya untuk ilmu, tidak hanya mementingkan kebendaan yang bersifat sementara.

Hubungan 2 hala juga telah terjalin dengan PAS Kawasan Pendang, hasil daripada lawatan ini. Banyak yang dapat dipelajari daripada lontaran pandangan dan perkongsian ilmu dan pengalaman saf pimpinan PAS Kawasan Pendang, daripada Ketua Dewan Ulama sehinggalah kepada Ketua Muslimatnya yang juga merupakan anak jati Melaka. Beliau kelihatan amat bersemangat dengan gerak kerja Muslimat di dalam mendaftarkan pengundi baru yang sudah mencecah beratus-ratus orang bilangannya sejak daripada PRU yang ke 12. Antara yang ditekankan beliau, gerak kerja ini hanya boleh dijalankan oleh pihak muslimat, bukannya muslimin atau pemuda memandangkan tahap ‘ketelitian’ yang amat diperlukan. Satu ‘kredit’ untuk muslimat Pendang dari den. Two thumbs up dalam bahasa omputih.

Klimaks yang dapat disimpulkan oleh Ketua Rombongan yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil adalah perjumpaan dan perbincangan dengan Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang yang diwakili oleh kesemua wakil kaum bukan Melayu di Kedah; Siam, Cina dan India. Secara peribadi, den amat berbangga dengan AJK Kelab Penyokong PAS yang memberikan ucapan ringkas yang padat walaupun kesemuanya mengaku inilah kali pertama mereka memberi ucapan di majlis rasmi anjuran PAS. Sokongan yang diberikan amat bernilai, malah den dengan rendah hati merasakan kerja dan sumbangan yang mereka berikan untuk memastikan Islam terus memerintah di Kedah jauh lebih banyak berbanding dengan diri den. Moga ia dapat menyuntik semangat ke dalam diri ini. Amin.

Di dalam hati den terdetik, alangkah bagusnya jika PAS yang bertanding di DUN Bukit Baru yang bertanding di dalam PRU ke 12 Mac lepas mendapat keputusan yang sama dengan DUN Kubang Rotan. DUN YB Nasir merupakan kawasan yang ramai pengundi bukan Melayu, tidak diletakkan sebarang ‘target’ untuk menang. Malahan ia merupakan kawasan yang ditandingi bekas Menteri Besar Kedah, 2 senario yang hampir sama di DUN Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil. Tetapi Allah masih belum mengizinkan PAS untuk mentadbir di sini. Benak den mengiyakan kenyataan yang dilontarkan oleh Dr. Dzulkifli Ahmad ketika Seminar PRU 13 pada 28 Disember 2008 baru-baru ini, yang merupakan kenyataan yang sama diucapkan oleh ketua rombongan PAS Bukit Katil ketika berada di Kedah; Menangnya PAS di kerusi DUN / Parlimen di Melaka bermakna kemenangan juga PAS di Malaysia. Biiznillah. Soalnya, kenapa ‘swing’ pengundi bukan Melayu terutamanya kaum Tiong Hua kepada calon PAS di seluruh Malaysia khususnya di Kubang Rotan tidak berlaku di Melaka. Di mana silapnya kita di sini ?


Antara ringkasan intipati yang diutarakan semasa seminar PRU ke 13 di Pantai Puteri baru – baru ini:

Strategi Penampilan Islam

  1. Al-Istikhlaf – Pengurusan Baik ( Good Governance )
  2. Al-Isti’mar – Memakmurkan Rakyat dan Negara ( Wealth Creation and Distribution )
  3. Al-Falah – Kesejahteraan / Keadilan Untuk Semua Rakyat ( Well Being and Quality of Life for All )

PAS mengarusperdanakan prinsip – prinsip pemerintahan Islam ( Siasah Syariah ) bagi menjinakkan komponen parti PR, penyokong dan rakyat dengan gagasan ‘ PAS UNTUK SEMUA ‘ .

Menjana Pasukan Yang Berjaya – Gandingan 5 Unsur Kritikal

  1. Kepimpinan yang memahami tuntutan. Kepimpinan bertempat – Situational Leadership
  2. Matlamat dan strategi perjuangan yang jelas
  3. Ahli yang berpengetahuan, komited dan berdisiplin
  4. Tandzim yang tersusun mudah
  5. Kelancaran perlaksanaan dan pemantauan

Siasatud Dakwah

- Memahami tabiat perjuangan PAS, bukan hanya badan dakwah atau hanya badan politik.

- Memahami tuntutan menekuni PAS selaku badan Siasatud Dakwah yang menggembleng seluruh tuntutan syariah secara ‘kulliy’ / menyeluruh.

- Memahami tuntutan Maqasid Syariah dalam menetapkan matlamat serta meletakkan perhitungan Fiqh Alawiyat.

Mutiara – mutiara Kata -

“ Jangan takut untuk engage, tetapi jangan engage kerana takut “.

Strategi Menyahkan Prejudis – >“ Negara Berkebajikan “

“ What do you say is important, but how do you say it make the difference “.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dirafa’kan di atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan oleh PAS Negeri Kedah. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih juga di atas tempat berehat, mandi dan bermalam yang telah disediakan, minta halal makan & minum. Juga terima kasih diucapkan untuk cenderamata dari Kerajaan Negeri Kedah dan ole2 dari Muslimat Kawasan Pendang. Jemputlah datang ke tempat kami pula, kecil tapak tangan, satu negeri Melaka kami tadahkan.

Pondok Parit Ismail

19 – 21 Disember 2008 PAS Kawasan Bukit Katil & Seminar PRU ke 13, 28 Disember 2008 anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Melaka


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59