Thursday, 24 December 2009

Usrah Bulanan


Usrah bulanan peringkat Pemuda Kawasan bersambung dari ayat 1 – 5 Surah Muhammad yang telah dibincangkan sebelum ini. Intisari ringkasan pembentangan isi tafsir ayat 6 & 7 Surah Muhammad oleh Ustaz Nor Khairi Yusoff semasa sesi usrah yang dijalankan pada hari Rabu, 24 Disember 2009 pukul 8 malam bertempat di rumah saudara Abu Khir, Peringgit :

Tafsir ayat 6 Surah Muhammad : “ dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka “.
Ayat ini adalah lanjutan daripada ayat sebelumnya; ayat 5 Surah Muhammad : “ Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka “.

Bagi mereka yang berhijrah ke jalan Allah Taala, mereka akan Nampak jalan yang mereka pilih itu adalah luas, dan rezeki Allah pada jalan ini amat banyak. Apa yang berlaku sekarang ini adalah ramai ahli – ahli agama tidak berani ke depan untuk membela agama mereka sendiri, sebabnya mereka sukar untuk dapati rezeki Allah ini luas sebenarnya.


Mereka ini melihat perjuangan agama ini tidak ada apa-apa , mungkin akan kurang rezeki. Mereka yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama ini mempunyai keyakinan yang sedikit tentang jalan perjuangan islam.

Tafsir ayat 7 Surah Muhammad : “ Hai orang – orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia ( Allah ) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Janji Allah di dalam Al Quran menerusi ayat ini ada dua perkara; Pertama Allah akan tolong kita, dan kedua Allah akan tetapkan pendirian kita dengan syarat kita lakukan terlebih dahulu bukan semata – mata mengharapkan pertolongan Allah. Kita mesti tolong agama Allah terlebih dahulu, baru Allah akan beri balasan atas pertolongan kita tadi.



Hakikatnya bukan Allah memerlukan pertolongan kita, malah Allah tidak memerlukan bantuan dari sesiapa jua kerana Allah Maha Berkuasa. Jangan kita meletakkan syarat apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati, barulah kita hendak masuk dalam perjuangan islam. Jangan kita tunggu sehingga habis belajar contohnya, barulah kita hendak menyertai jemaah islam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59