Friday, 25 December 2009

Program Ceramah Tahun Baru Hijrah


Tanggal 24 Disember 2009 telah berlangsungnya Program Ceramah Tahun Baru Hijrah 1431 bertempat di Balai Islam Taman Cempaka anjuran Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka. Ustaz Faisol Sheikh Mohamed yang merupakan penceramah yang tidak asing lagi di Kawasan Bukit Katil telah menyampaikan bait - bait ilmu yang antara isi kandungannya :

1. Nabi SAW berhijrah bukan kerana baginda pejuang tanahair atau pejuang bangsa. Kalau Nabi pejuang tanahair, baginda tidak akan tinggalkan Mekah. Nabi sangat sayang dengan Mekah, baginda lahir di Mekah, cinta baginda terhadap Mekah amat kuat. Tetapi Nabi bukan pejuang tanahair, baginda wafat di Madinah. Kubur baginda di Madinah, bukan di Mekah. Sebab itu bagi mereka yang memperjuangkan tanahair semata - mata, Islam dilempar, itu bukan mencontohi perjuangan Nabi SAW. Malah nabi bersabda " Bukan di kalangan kami menyeru orang, menyokong orang asobiyah. " yakni kebangsaan. Perjuangan bangsa nabi tidak iktiraf.

2. Perjuangan islam tidak boleh dipisahkan dengan masjid dan surau. Solat berjemaah tidak boleh dipisahkan dengan perjuangan islam. Fungsi masjid mestilah dijalankan dengan betul, menerangkan kepada masyarakat tentang hukum hakam islam yang sebenar. Jangan disekat mereka yang berdakwah untuk memahamkan masyarakat.



3. Nabi mempersaudarakan ummah bukan dengan semangat kebangsaan. Melayu hari ini tidak mahu menggunapakai Islam, lihatlah apa yang terjadi dengan gejala sosial yang melanda masyarakat sekarang. Nabi menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah yang bergaduh beratus tahun dengan iman dan islam. Golongan / aliran yang pelbagai di dalam jemaah islam mesti bersatu barulah islam tertegak di negara ini. Tiada salahnya kita mempunyai kecenderungan di dalam aliran tertentu - bertariqat, bermaulud, berzikir dan sebagainya selagi kita berada dalam saf perjuangan yang sama. Jangan sesekali meninggalkan perjuangan islam.

4. Nabi tegakkan negara Islam. Inilah kemuncak hijrah. Bukan namanya negara Islam jika hukum dan perlembagaan negara bukannya berasaskan Al Quran dan As Sunnah. Sampai bila kita nak berpandukan undang - undang kafir sedangkan sudah lama kita merdeka. Keindahan islam tidak akan terlihat selagi hukum Islam tidak terlaksana.

. Antara isu - isu menarik yang dikupas :

- Kenyataan Dr. Yusof Qardawi tentang Islam dan Politik tidak boleh dipisahkan
- Hukum sebat Kartika
- Mufti yang 'menggantung' politik di pintu pagar masjid
- Doa Tuan Guru
- Kehilangan enjin pesawat

Muat turun rakaman ceramah ini di pautan berikut : Ceramah Maal Hijrah 1431

Klik untuk gambar - gambar sekitar program

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59